Rambut karat yang sangat huduh. Moga lepas ni aku dah tak buat lagi rambut macam ni. Rasa nak lempang diri sendiri je. Cuma aku nak kurus macam dulu. |
Ia adalah mengenai kekasih hati aku. Bila jadi apa-apa yang buruk pada dia, hati aku sangat-sangat terluka.
Inilah dia kekasih hati aku. |
Masa dalam perjalanan balik dari Berjaya Times Square, enjin motor aku tiba-tiba mati. Aku dah agak dah. Bateri aku kong. Sebenarnya dah lama bateri motor aku perlu ditukar, namun aku belum ada rezeki lagi. Nasib baiklah ia terjadi lebih kurang 5km dari rumah aku. Dah nak sampai dah. Menolak aku. Nasib baik ada seorang insan baik hati menolong menunda motor aku. Aku bersyukur sangat kepada Allah kerana menghulurkan bantuanNya ketika aku sedang memerlukan. Dan aku amat berterima kasih pada insan yang dihantar olehNya tersebut.
Semalam aku terus ke bengkel untuk membeli bateri motor. Boleh jimat sikit kalau pasang sendiri. Jadi, inilah kisah hati aku yang terluka. Sedih betul bila kekasih hati aku ditimpa musibah. Dia lah peneman aku selama ni. Sentiasa setia bersama aku di kala susah dan senang aku.
Siap pasang. Lepas ni aku boleh tarik nafas lega. |