Sampai di sana, aku terus berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain iaitu geng Penyamun Inc. Yang tinggal hanyalah Aman Wan, Shairazi dan juga Awie. Manakala Bophairy dan juga Reja Mus sudah ke Menara KL. Ada sambutan Hari Hamster Sedunia. Hahaha. Suka hati aku je.
Jadi, jomlah layan gambar-gambar sekitar Hari Aids Sedunia 2012 yang berlangsung di Berjaya Times Square semalam.
Seronok Awie dapat jumpa belon gergasi. Nasib baik kitorang tahan, kalau tak, dia dah panjat dah belon tu untuk petik sekuntum dua. |
Ramai juga yang datang. Aku kira lebih kurang dua puluh ratus orang. |
Kami beraksi. Susah jadi orang kacak ni. Ke mana- mana sahaja akan ada lensa kamera yang ingin merakam wajah-wajah kami yang kacak ni. sumber gambar --> www.selenagomeze.bom |
Huh!! Awie hanya nampak satu mata??? Iluminati!!!! Pui!! |
Sayangnya tak dapat nak lepak lama dengan dorang. Aku terpaksa bertungkus lumus balik ke rumah untuk menonton perlawanan bola. Tapi, ada kisah yang melukakan perasaan aku dalam perjalanan balik. Nanti aku cerita.