Berhenti Berblog Disebabkan #SBB2013 | Macam mana aku nak mulakan ye? Ada tak yang mula merindui aku? Ada tak yang mula mencium-cium gambar aku? Dah lama aku diam kan? Sejak Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 (#SBB2013) tempoh hari aku dah tak menaip entri. Ikut pada tajuk entri aku, aku berhenti berblog disebabkan majlis tersebut. Betul ke?
Sebenarnya tak betul. Aku berhenti disebabkan aku sedang di dalam mood tak sihat dan lemah. IQ dan minda aku juga di tahap optimum. Semua disebabkan aku berhenti merokok. Secara mengejut. Dan masuk hari ni dah hari ke sepuluh aku berhenti merokok. Sebenarnya, aku tak sangka ia dapat jejaskan otak aku. Aku tak dapat nak fokus dan aku tak dapat nak memberi tumpuan seperti kebiasaan. Sekarang ni Alhamdulillah aku dapat membiasakan diri sedikit demi sedikit tanpa asap rokok. Rasa macam mati bini pun ada. Jadi, mulai hari ni, aku akan sedaya upaya untuk mengupdate blog seperti biasa. Supaya tak ada yang lari bogel keliling taman sebab terlalu rindukan aku. Jadi, untuk hari ni aku akan sertakan gambar-gambar semasa #SBB2013 bulan lepas.
|
Bro Ilham, pemilik Denaihati sedang memberi ucapan. Beliau sangat-sangat teruja dengan penyertaan tahun ini yang sangat-sangat memberansangkan. Tahun lepas pun aku ada pergi, memang nampak perbezaan ketara pada tahun ini. |
|
Seronok bukan main ye bro. Hehehe. |
|
Di situ ada suami blogger Nadot yang berbaju biru petak-petak dam, sebelahnya adalah blogger Aslamber, dan the very ensem blogger iaitu abang ensem yang berbaju merah periuk belanga. |
|
Akhirnya aku dapat jumpa juga Uncle Gedek. Sempat juga beliau turunkan ilmu nya kepada aku. Untuk tangkap gambar dan menghasilkan sesuatu yang menarik, resipinya adalah MASAM. Maksudnya masamkan muka anda. Nak try lah lepas ni. Hehehe. |
|
Blogger-blogger muda yang sedang meningkat naik. Dari kiri Katak Comel, Ehem-Ehem dan juga Hazwan Hairy. Kepada Katak Comel, sila tinggalkan kredit kalau copy entri Beautifull Nara ye. Hahahaha. |
|
Rasanya tak perlu dikenalkan lagi mereka-mereka ni. Mereka antara blogger yang telah dikenali ramai. Dari kiri Abam Mat Tiger, Abam Ensem, Tauke Unifi, Ladfe Amir, Boni Super Kacak, dan Hazman Fadzil. |
|
Barisan juri vokal bukan sekadar perut. Dari kiri Boni Super Kacak, Azri Johan, Melastik Bintang, dan satu-satunya Si Tinggi Lampai Aku Biomed. |
|
Barisan blogger REMPIT pada petang tu. |
|
Nampak je tenang macam tu, sebenarnya lepas kena panggil oleh Sifu Aku , taik aku terus berkocak-kocak. Hampir-hampir terburai atas stage tu. Apa lagi aku kena menyanyi lagu ramalanku benar belaka. |
|
Ni pun salah seorang rakan blog yang sempoi. Dan selalu mengacau aku sampaikan kadang-kadang aku rasa macam nak hantar hantu penanggal je. Hahaha. Beliau adalah Encik Faizal PJ. |
|
Okeh. Yang berbaju merah tu jangan ditanya siapa. Rata-rata dah kenal. Beliaulah Abang Ensem Sangat2. Hahaha. Manakala di sebelah abang ensem pula merupakan seorang blogger daripada Indonesia yang telah pun menjadi rakan karib aku di alam maya. Beliau adalah Bang Munir Ardi. Setelah lama bertukar-tukar komen, akhirnya kami berjumpa pada petang itu. Salam ukhwah bang Munir. Semoga persahabatan ini akan kekal hinggalah ke akhirat sana. Amin. |
Kredit gambar : Rakan-rakan blogger. Mohon izinkan ye :)
Dua jam masa diambil untuk menyiapkan entri ni. Hahaha.