Restoran Noorizan Gerak 21 Rawang Mengiurkan

Restoran Noorizan Gerak 21 Rawang Mengiurkan 

restoran noorizan gerak 21

Semalam aku berjumpa dengan seorang blogger. Blogger yang rupanya dekat je dengan aku. Siapa beliau, biarlah dirahsiakan dulu. Cuma lokasi kami bertemu adalah di Restoran Noorizan GERAK 21 , Rawang. Baiklah, lokasi memang tak dapat dirahsiakan sebab aku bukan berjumpa dengan perempuan simpanan. Hahaha.

Sebenarnya itu adalah pertama kali aku singgah kat restoran ni. Dah lama aku nak ke sini sebab selalunya akan penuh restoran ni. Kalau penuh sentiasa, mesti korang dah faham apa maksudnya. Cuma agak kurang bila tak ada WIFI. Kalau tak, semalam dah boleh aku buat liputan LIVE masa ada kat restoran tu. 

restoran noorizan gerak 21

restoran noorizan gerak 21

Selepas tiga jam berfikir dengan penuh teliti, aku telah memesan Char Kway Teow Special. Hanya dengan sekali suapan.... bontot aku terus tergedik-gedik dengan sendirinya. Bila bontot aku tergedik-gedik, itu bermakna ia memang betul-betul sedap. Char Kway Teow tu benar-benar rasa Char Kway Teow. Sangat sedap. Ada sesetengah tempat tu, bila aku makan Char Kway Teow rasa macam tengah kunyah perut ikan buntal rasanya.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat dan hendak menjejaki Restoran Noorizan Gerak 21 yang terletak di Rawang ini, boleh lah terjah ye. Sedap sekali rasanya. Boleh cuba try test. Alamat tertera di bawah.

Restoran Noorizan Gerak 21,
Jalan Adenium 2g, 
Bandar Baru Bukit Beruntung, 
48300 Rawang, 
Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia.

Aku sekarang penggemar kopi panas. Susah untuk jumpa restoran Melayu yang bancuh air sesedap restoran mamak. Air yang sedap pun sebenarnya menggamit selera pelanggan. Air juga merupakan salah satu faktor yang akan buat pelanggan datang berkali-kali ke sesuatu restoran. Semoga teguran ikhlas ini dapat menjadi batu loncatan buat pengusaha restoran melayu seluruh Malaysia. Peace yaw!

{ 59 comments.. read them below or add one }

krole krole 15 February, 2013
char kue teow terbaik! adus...nak p jauh...tak bulekah saudara boni yang kacak pos kat krole yg duduk kat sabah ni hihihi~ macam logik jgk bunyikan? serius boni aku rindu nak baca entry2 lawak ko ni...hm? jumpa sapa tu..ce cete..takyah nak rahsia2~
Unknown Unknown 15 February, 2013
adeh.. perempuan simpanan mana pulak ni.. sedap tak Char Kuey Teow tu.. Adeh teringin pulak nak gi sana hahaha
nur emilya nur emilya 15 February, 2013
Eh betull. Kalau air sedap, rasa nak pergi je kedai tu banyak kali.. susah nak cari kedai buat air sedap..
Bin Muhammad Bin Muhammad 15 February, 2013
Cerite macam sodap bebeno... Tak pe, nanti den singgah...cuba, try, test, uji...
Kalau xsodap...siap kau jang! Hehe...
Unknown Unknown 15 February, 2013
ohhhohoiii ! da lame ta bace entry boni ! always terbaikk ! saya suke !
Unknown Unknown 15 February, 2013
eeh.. nama sama la... sejak bila aku bukak restoran nih..oooo ssebutan saja yang sama, ejaan lain.. sila jangan perasan.. terima kasih..
AzzAMasturA AzzAMasturA 15 February, 2013
air dan mkanan yg tak berape nk sedap akan jd sedap bila abg boni kacak yg lanje ! :D
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 15 February, 2013
Mak aih.... Sampai 3 jam berfikir!
MK Kimi MK Kimi 15 February, 2013
camne rasa perut ikan betul ye? tak pernah lg merasa dan tak pernah lg aku tgk org mkn ikan buntal..ada ke? hoho
fairus fairus 15 February, 2013
TAKUT AKU NAK MAKAN KAT SITU BRO.. TAKUT JADI MACAM KAU, BONTOT TERGEDIK-GEDIK.. WAKAKAKAKA..
Pn Ayu Pn Ayu 15 February, 2013
sedap sampai bontot tergedik-gedik eh ? hahaha..adoiiii.lawak la boni neh :D
Miss N™ Miss N™ 15 February, 2013
TAIPING yong tau fu...

sedap ke..?
hihihihi...
ingatkan awak dtg taiping tadi.. :)
Unknown Unknown 15 February, 2013
makan x ajak aku , grrr
Unknown Unknown 15 February, 2013
knapa tak letak gmbr mkanan skali. hehe
fifie fifie 15 February, 2013
Memang jarang jumpa kedai Melayu yang buat air sedap, fie suka air sirap limau. Tapi selalunya limau tu dia letak seketul je dah la tak rasa apa apa, macam sirap je.
Unknown Unknown 16 February, 2013
3 JAM yang xley blah... itu bukan lagi teliti bahkan rapi. huhuhu

Ok penggemar tegar lah kan dengan air panas.... Kie noticed kowt masa makan kat waroeng penyet #BHD hari tu...
Unknown Unknown 16 February, 2013
wah.......sotong kangkung? cm sedap jerk... agak2 cwgn bangi ada x? jauh plak rawang tu..huhu :)
hana hadi hana hadi 16 February, 2013
char keow teow..huhu kalau sedap sedap sangat. kalau xsedap mmg xsedap langsung.huhu
Chipsmore Chipsmore 16 February, 2013
Haha.. reaksi dapat makanan sedap pelik sgt la.. hahaha..
Denaihati Denaihati 16 February, 2013
sotong kangkung tu buat teringin nak kesana...heee
Unknown Unknown 16 February, 2013
teringin juga nk rasa char kway teow mcm rasa perut ikan buntal tu...hahaha
Mia Meymi Mia Meymi 16 February, 2013
alamak sesat kt sni ! adehh . lawak pulak part yg kunyah ikan buntal tu . haha
Unknown Unknown 16 February, 2013
To buat sy meroyan sotong kangkung pagi2 buta ni....isk!
Mummy MM Mummy MM 16 February, 2013
Hahaha, macam2 lah Abang Boni ni.. Nasib baik orang tak tengok bontot Abang tu.
Unknown Unknown 16 February, 2013
Bro, agak-agak ada delivery tak? heheh. :P
Bunda_nora Bunda_nora 16 February, 2013
char kue tiau..bunda suke2..
deq noor deq noor 16 February, 2013
eh, samalah kita boni.. suka kopi jugak.. hee...
NAL NAL 16 February, 2013
sampai gedik2 bontot tu? aduhai..
Unknown Unknown 16 February, 2013
adeh...... jauhnya nak kena gi Rawang nak makan char kuew tiow yg sedap,

air yang sedap dan kaw tu memang sangat penting untuk menarik pelanggan.... aku sangat sensitif bila air tak sedap
ma ❥ ma ❥ 16 February, 2013
wah promote2 nty kita pg hehe
Unknown Unknown 16 February, 2013
bila video bontot tergedik2 tu nak kuar bro..... he3...tak sangka kampung remy punya masakan pun ada...yong tau fu taiping....he3
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 16 February, 2013
alaa jauh . pos boleh? haha
Unknown Unknown 16 February, 2013
Assalam, meh bawa jet kat sini aku nak pi terjah restoran tu... hahaha
Unknown Unknown 16 February, 2013
Assalam, meh bawa jet kat sini aku nak pi terjah restoran tu... hahaha
wantie wantie 16 February, 2013
ayat tak boleh blah... kunyah perut ikan buntal.

org makan ke perut ikan buntal tu boni?
onlajer onlajer 16 February, 2013
yup air memang memainkan peranan penting, kekadang makanan ok tapi air dia macam di bubuh klorin hampeh
MAY MAY 16 February, 2013
Suke charkueyteow.tp jauh no nk g bukit beruntung.mkn kat lori yg niage kat bt cave pun sedap.
Unknown Unknown 16 February, 2013
habislah makin mampat la restoran tu..ke ini iklan bebayar ;p
Cikgu Ma Cikgu Ma 16 February, 2013
yes...setuju dgn teguran anda yg bawah tu...kalo kat sri aman, ada satu kedai mamak tu, peberet saya tuk singgah minum teh tarik...errr, x suka kopi...
RIZZNA RIZZNA 16 February, 2013
wahhhh,,, taiping, penang pownnnn buka cwgn kt kg. baru
AnonymousAnonymous 16 February, 2013
wahh menarik ni..leh pakat ngan mmber or fmly g try ni...
Tinta Lana Tinta Lana 16 February, 2013
Salam.

Betul la boni pendapat ko pasal minuman tu.

Lana suka cuba makanan kat luar..memang restoran Melayu kurg mahir penyediaan air..especially yg melibatkan teh, kopi, milo. Kalau blended2 terror plak buatnya.

Mat Som Sadona Mat Som Sadona 16 February, 2013
Berdating dgn blogger yg dirahsiakan...
Siapa ya
Tapi yg pasti dia bukan Hanish Zalikha?
Baru ni saya dengar, pinggul boleh tergedik2 kerana sedap sgt makan
char kwey teow hahahaha
Biasanya kerana minum kacip patimah...
lynmunir lynmunir 16 February, 2013
Makan kuea teaw takkan rasa mee hoon goreng pulak Boni. Ayoyo kadawale.
TiranaAduka TiranaAduka 16 February, 2013
rasa nak turun sana la..nak mintak bro boni belanja.ok?
Akupenghibur.com Akupenghibur.com 17 February, 2013
hahahha 3 jam berfikir untuk order makanan ..hebat !!
Unknown Unknown 17 February, 2013
macam tu rupanya kalau boni dapat makan makanan yang sedap hehe
hazwan hairy hazwan hairy 17 February, 2013
hahah..ak rsa pernah lalu sini..
fyna fyna 18 February, 2013
char kuew teow? errkkkk..my peberet tue.
AnonymousAnonymous 18 February, 2013
len kali leh try kat sini lah !
Liyaa Mf Liyaa Mf 19 February, 2013
Char Kuey Teow? Woooooo lama tak makan. Hehe. Kat mamak air dea sedap sebab apa tau? Hahaha! Takde laa. Memang dorang bancuh air sedap kut. Kalau mamak je mula la nak kaitkan yg bukan2. Hakhak!
C.T.K C.T.K 19 February, 2013
terima kasih sbb nk tunjuk rupa kuey teow tu..hahaha...amboi hg, smpai tergedik2 bontot..hahaha
QasehnyaRania QasehnyaRania 20 February, 2013
taiping yong tau foo tu pernah makan..
mmg sedap
Pesta ulang tahun Pesta ulang tahun 21 February, 2013
nice post :D salam kenal yaaa
Cikrosecute Cikrosecute 23 February, 2013
Jauh sangat nak pergi...
Cik Fie Cik Fie 19 March, 2013
nak try pergi la ;)
Doktor Cerita Doktor Cerita 05 May, 2014
Ade nombor telefon restoran noorizan ni x ? Saya nk book tempat laaa . . please :)
AnonymousAnonymous 24 August, 2014
pelayan hisap rokok sambil bekerja,warning pun tak jalan...