Yang paling awal tiba di sana adalah aku,blogger ni dan juga Blogger ni. Aku siap kebasahan lagi. Habis gatal kangkang aku disebabkan spender basah. Redah hujan.
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom terus kita nikmati kehebatan Burger Bakar Kampung ni.
Harga berpatutan. Dan mampu dinikmati sesiapa sahaja. |
Siap ada set lagi. Siapa penggemar Ice Blended bolehlah ke sini sambil menikmati hidangan burger bakar. |
Proses memasak daging. |
Daging yang diproses sendiri sepenuhnya. |
Proses penyediaan burger bakar. |
Siap cheese lagi. Sangat menyelerakan. |
Sudah siap. Aku punya set. Daging Double+DoubleCheese+Sos Blackpepper. Memang terbaik. Berguling-guling aku atas meja sebab terlalu excited. |
Apa yang dapat aku simpulkan, Burger Bakar Kampung ni antara burger bakar yang terbaik setakat ini yang pernah aku rasa. Selain daripada rasanya yang enak itu, suasananya pun memang suasana kampung. Santai dan menenangkan fikiran. Ini satu-satunya burger bakar luar bandar yang pernah aku temui setakat ini.
Sedikit info tentang Burger Bakar Kampung ini.
- Terletak di Jalan Meru Tambahan, Klang
- Baru 4 bulan beroperasi
- Menyediakan burger biasa juga (Burger Ramly)
- Daging yang disediakan adalah daging terbaik setelah berpuluh kali try and error
- Jika mendaftar jadi ahli Burger Bakar Kampung, terdapat pelbagai keistimewaan yang diberikan antaranya percuma set burger bakar
- Menyediakan perkhidmatan DELIVERY ke rumah pelanggan dengan Charge hanya rm1 sahaja. (Hanya untuk kawasan MERU sahaja)
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk ke sini bolehlah terus datang ke Burger Bakar Kampung ni. Tak sia-sia perjalanan jauh ke sini. Ia berbaloi. Di bawah ni aku lampirkan peta untuk ke sana. Kalau korang tak pergi, aku siat-siat kulit korang jadi daging burger bakar. Haha.
Sila klik gambar untuk tumbesaran sempurna |
Waktu operasi
Ahad - Khamis : 6 petang - 11 malam
Jumaat & Sabtu : 6 petang - 12 malam
Hubungi Burger Bakar Kampung
010-7731917
DAN
Facebook --> BURGER BAKAR KAMPUNG
"Mai ke kedai kami" |