Selepas perbincangan secara paksa dan ada sedikit unsur ugut mengugut antara satu sama lain, akhirnya kami sebulat suara untuk memberi tugas suntingan video kepada Reja Mus. Selepas difitnah dan dituduh yang bukan-bukan, akhirnya Reja Mus bersetuju untuk mengambil tugas tersebut. Dan hasilnya akan ditayangkan tak berapa lama lagi. Nantikan...
Antara babak di dalam video tersebut. |
Hari ni hari pertama serangan besar-besaran PDRM dan juga ATM memerangi musuh di Sabah. Sama-sama kita doakan pahlawan-pahlawan kita beroleh kejayaan. Amin. Sekarang masa untuk semua bersatu. Politik buang jauh-jauh. Janganlah masih nak bergaduh dan tuding-menuding lagi. Sekarang yang penting negara dan rakyat , bukan fahaman masing-masing.