Keghairahan Boni Kacak
Dalam tempoh dua hari aku paparkan dua video arahan aku. Pergh. Tapi tak apalah. Video ni sebenarnya aku nak menyahut cabaran kempen "UP YOUR GAME" Axiata Cup 2013.
Idea ni tercipta secara membabi-buta sebenarnya. Dengan kekangan masa yang tak berapa mencukupi, aku telah menghasilkan satu video yang berlokasi di depan rumah aku sendiri.
Video ini mengisahkan tentang seorang blogger yang amat meminati dan meletakkan sepenuh hatinya pada sukan badminton. Hinggakan beliau bercita-cita untuk bersaing di dalam kejohanan Axiata Cup. Dan keghairahannya itu juga dikongsi bersama dengan seorang lagi sahabat blog yang juga meminati sukan badminton ini.
Sejuta penghargaan kepada IRWAN ALESSA kerana turut bersama menjayakan video tak senonoh ni.
Anda patut join kerana anda boleh menang:
GOLD: Wang Tunai MYR 5,000
SILVER: Wang Tunai MYR3,000
BRONZE: Wang Tunai MYR 1,500
Semua pemenang juga dapat VIP trip ke semi-finals dan finals acara Axiata Cup di Kuala Lumpur pada 13 & 14 April 2013. Untuk mereka yang dari Indonesia, ia juga termasuk tiket penerbangan ‘return’ untuk 2 orang serta hadiah dari Axiata dan sponsor Axiata Cup 2013.
Video yang terbaik akan dipilih dan peminat boleh mengundi untuk video yang paling disukai. Video dengan paling banyak markah akan dipilih sebagai pemenang pada 9 April 2013. Peraduan ini terbuka dari 18 February dengan tarikh penutup pada 25 Mac 2013.
Korang kalau rasa kreatif , apa tunggu lagi? Jom hantar video kreatif korang untuk kempen "UP YOUR GAME" Axiata Cup 2013 ke www.axiatacup.tv.