Tadi aku ke Plaza Imbi. Mula-mula ke Low Yatt sebab cari barang-barang keperluan pejabat. Dekat Low Yatt tu lah terjadinya kejadian menakutkan dalam tandas awam. Ada aku ceritakan kat Facebook aku. Nak tau pergi add --> Boni Kacak
Aku ke Plaza Imbi pun sebab Power Supply CPU yang aku nak beli tak ada. Terpaksa hantar Repair kat Plaza Imbi. Jejakkan kaki ke dalam Plaza Imbi tu, aku dengan dua orang Officemate aku terus tergamam. What the Fishball! Aku tak nampak pun kelibat tauke-tauke Melayu kat sana. Tauke cina pun berapa kerat je. Yang ramai dan memenuhi setiap pelusuk Plaza Imbi tu adalah peniaga dari Pakistan atau Bangladesh. Aku konpius antara dua warganegara ni. Tapi memang ternyata dorang je yang penuh kat Plaza Imbi tu. Suatu ketika dulu masa Low Yatt belum bukak, aku masih ingat kat sana penuh dengan peniaga-peniaga dan tauke warga tempatan. Tapi sekarang ni.... Aku pun dah konpius aku kat Malaysia ke kat mana. Aku tak pasti apa sebab musababnya jadi macam tu. Ok, baiklah. Dalam tempoh masa 5 tahun lagi, aku tak pasti siapa yang akan penuh kat Kuala Lumpur ni. Empayar Bangladesh, Pakistan dengan Arab dah semakin besar dan meluas kat Kuala Lumpur ni. Pakistan dah semakin banyak buat hotel kat Kuala Lumpur. Entah apa yang akan tinggal kat warga negara Malaysia satu hari nanti. Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kena bangkit dan kukuhkan ekonomi Malaysia balik. Jangan biarkan orang luar bina kekayaan kat negara kita sendiri sedangkan rakyat tempatan masih ketinggalan...
" Kasi bikin elok-elok ini Power Supply. Ini Limited Edition punya. Kalau tak elok, saya cucuk Power Supply ni dalam U punya lobang hidung. Lepas tu saya kasi on suis elektrik. Kasi tengok betul-betul muka saya yang kacak ni. Saya ni garang orangnya. Saya benar-benar maksudkannya. Jangan main-main haa.",getus aku kepada peniaga Pakistan tersebut.... tapi..dalam hati je. Hahaha. *Entri ni bukan bertujuan untuk menimbulkan kebencian kepada mereka. Jangan sesekali. Mereka juga adalah manusia. Cuma aku ingin menyeru supaya rakyat tempatan terutamanya orang Melayu supaya bangkit untuk memegang ekonomi Malaysia ni. Kita dah jauh ketinggalan.
Kadang-kadang,tauke mengupah mereka bekerja disini.maklumlah dah jadi tauke besar.tak tahulah kalau ianya adalah perniagaan mereka sendiri.
Tapi untuk peniaga melayu memang sakit nak menapak kerana kekurangan modal.dunia sekarang ni dunia suap-suap.sebab tu mereka senang-senang memulakan perniagaan disini.
itulah...orang luar berpusu2 buat duit kat Malaysia ni..kita harapkan makan gaji je...tp betullah...banyak tempat dh jadi macam negara asal diorang dah...Oh Malaysiaku...
Itulah salah satu cabaran rakyat malaysia sekarang ni Boni..kita tak boleh salahkan dia orang coz ramai yang bagi peluang tu kat dia orang. sapa lagi kalau tak our good Malaysian Friends..sama je macam kes chow kit dan a few places lagi..semuanya dikuasai oleh bagsa asing coz ramai yang nak duit senang. Tunggu kom masuk setiap buan..tak perlu susah-suah kerja..Dan kita tak haira kalau one day even Malaysian jadi kaum minority kat KL..