Final malam ni sangat mendebarkan. Sengit yang sangat sengit. Tapi tetap ada kelemahan yang perlu diperbaiki untuk akan datang. Malaysia tetap kekurangan sengat dalam acara individu dan perseorangan.
Chong Wei Feng nampak langsung kurang bersemangat dan tak ada nafsu untuk menang. Semuanya serba tak menjadi dan tak menyengat. Mungkin sebab terlalu tekanan dan juga terlalu gemuruh. Dalam kes ni, kekuatan mental memainkan peranan. Mungkin mental Chong Wei Feng tak cukup kuat untuk masuk dalam Final Piala Thomas 2014 ni.
Chong Wei Feng. sumber |
Liew Daren. sumber |
Lee Chong Wei. sumber |
Bagi beregu kedua yang berjaya memenangi perlawanan tadi, aku dapat katakan... dorang memang satu pasangan yang sangat sempurna. Saling melengkapi antara satu sama lain. Pasangan regu ni juga wajar diberi kepujian dan penghormatan sebab mempamerkan semangat juang yang tinggi hingga memenangi perlawanan malam ni. Ini adalah pasangan regu yang terbaik ada kat Malaysia sekarang ni. Cuma harapan aku agar dorang akan kekal konsisten dan hebat.
Jepun bagi aku satu pasukan yang memang mantap. Bagi aku, dorang memang dah cukup persediaan. Tengok je lah apa jadi pada China. Dengan selamber badak je dorang ayam-ayamkan China. Aku mula-mula ingat Jepun masuk Final Piala Thomas ni mungkin sebab faktor nasib. Tapi lepas saksikan permainan dorang, aku katakan yang dorang memang layak ada kat Final. Semangat juang dorang dan jarang buat kesilapan membuktikan yang dorang bakal menjadi satu lagi saingan hebat dalam arena badminton dunia.
Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya memberikan saingan yang sangat sengit kepada Jepun. Final Piala Thomas 2014 malam ni memang sangat-sangat epik. Walau kalah tadi, tapi aku bangga dengan pemain-pemain Malaysia. Teruskan berusaha dan teruskan berkembang lepas ni.
Sekarang ni aku nak tuam bontot aku. Habis lebam-lebam sebab melantun-lantun dan tercampak-campak tadi.