Aku Meminta Tolong Sahabat Semua Untuk Mendoakan Mak Dara Dan Suami

Seperti yang ramai sedia maklum, suami Mak Dara iaitu Abang Martias Ali sedang dalam keadaan semakin kritikal. 

mak dara, bicara mak dara, blogger mak dara, blogger,


Untuk makluman, Mak Dara adalah seorang rakan blogger aku dan boleh dikatakan sangat baik dan ramah kepada sesiapa sahaja termasuklah pada aku sendiri. Banyak kali juga kitorang berjumpa dalam Event-Event melibatkan blogger dan tak pernah lekang senyuman dari Mak Dara. 

Bila Mak Dara dan suaminya Abang Martias Ali ditimpa musibah, aku turut merasa sebak. Dan, paling aku kesalkan, aku lambat tau tentang perkara ni. Malam ni, aku memohon bantuan dan pertolongan pada kawan-kawan semua untuk mendoakan Abang Martias Ali agar sembuh seperti sediakala dan dikurniakan keajaiban daripada Yang Esa untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Doakan agar Abang Martias Ali kuat untuk melawan penyakit ni. 

Blog Mak Dara - www.bicaramakdara.com

" Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami hamba-hambaMu ini. Kami banyak melakukan dosa-dosa di duniaMu ini. Ya Allah yang Maha Berkuasa di atas segalanya, yang menciptakan segala penyakit, Kau sembuhkanlah penyakit yang dideritai oleh Abang Martias Ali. Kau Maha Berkuasa yang mampu mengurniakan keajaiban kepada sesiapa yang Kau kehendaki, sembuhkanlah Abang Martias Ali agar dia dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa. Hanya Kau Yang Maha Berkuasa di dunia, di langit, dan di mana-mana sahaja. Ya Allah, hanya padaMu kami meminta pertolongan dan bantuan. Tiada yang lain selain daripadaMu Ya Allah."

{ 9 comments.. read them below or add one }

Ooh Deo Ooh Deo 29 May, 2014
" Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami hamba-hambaMu ini. Kami banyak melakukan dosa-dosa di duniaMu ini. Ya Allah yang Maha Berkuasa di atas segalanya, yang menciptakan segala penyakit, Kau sembuhkanlah penyakit yang dideritai oleh Abang Martias Ali. Kau Maha Berkuasa yang mampu mengurniakan keajaiban kepada sesiapa yang Kau kehendaki, sembuhkanlah Abang Martias Ali agar dia dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa. Hanya Kau Yang Maha Berkuasa di dunia, di langit, dan di mana-mana sahaja. Ya Allah, hanya padaMu kami meminta pertolongan dan bantuan. Tiada yang lain selain daripadaMu Ya Allah."

InshaAllah..

Semoga Allah meringankan beban yang ditanggung Abg Martias Ali..
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 29 May, 2014
Semoga suami Mak Dara dapat diselamatkan. Apapun, harap Mak dara kuat semangat, tabah dan sabar.
Lisa Nurulain Lisa Nurulain 29 May, 2014
Alfatihah..en.martias telah kembali kerahmatullah sebentar tadi 10.43pm di hospital ampang .wad icu tgkat 3. Semoga arwah dicucuri rahmatNya
Lisa Nurulain Lisa Nurulain 29 May, 2014
Alfatihah..en.martias telah kembali kerahmatullah sebentar tadi 10.43pm di hospital ampang .wad icu tgkat 3. Semoga arwah dicucuri rahmatNya
jie susanos jie susanos 30 May, 2014
semoga mak dara sentiasa cekal..
Far East Far East 30 May, 2014
Semoga Mak Dara tabah....
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 30 May, 2014
Salam takziah kepada mak dara sekeluarga.. semoga tabah menghadapi ujian Allah.
fairus fairus 02 June, 2014
SEMOGA SUAMI BELIAU CEPAT SEMBUH DAN KEMBALI MENJALANKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA..