Pantau Pekerja Kalau Buka Bisnes Stesen Minyak

PERHATIKAN PEKERJA-PEKERJA ANDA JIKA ANDA BUKA BISNES STESEN MINYAK. Apa yang aku nak kupas malam ni adalah beberapa teknik mencuri duit majikan yang membuka bisnes Stesen Minyak. Teknik ni dah lama dah basi dan dah lapuk. Jadi aku tak pasti samada teknik-teknik macam ni masih digunapakai atau dah tak relevan lagi. Cuma aku nak berkongsi juga supaya menjadi peringatan kepada tauke-tauke kat luar sana supaya sentiasa ALERT. Aku pun dengar dari cerita orang-orang lain. Tapi mungkin ada benarnya teknik-teknik ni. 



pekerja stesen minyak, stesen minyak, kes kecurian di stesen minyak membabitkan pekerja, pekerja stesen minyak yang tak amanah
Gambar sekadar hiasan. SUMBER
Teknik untuk mencuri duit daripada mesin Cashier akan menjadi sangat mudah jikalau tauke tu jenis yang sambil lewa dan tak menguruskan perniagaan dengan berhati-hati. Contohnya tauke yang jenis tak mengira stok-stok barang jualan dan juga terlalu percayakan pekerja hingga tak pantau langsung CCTV. 

Kenapa kira stok ni sangat penting? Sebab dari situ lah kita dapat kira berapa banyak barang yang terjual dan berapa banyak untung atau rugi. Adakah sama dengan yang dikira mesin CASHIER tu. Kenapa ia adalah musibah kalau korang tak kira stok? Sebab  pekerja yang jaga kaunter duit tu mampu keluarkan duit dari mesin duit tu tanpa dapat kesan perniagaan pada hari tu sebenarnya RUGI.

Caranya mudah je. Pekerja tu akan biarkan mesin duit tu sentiasa terbuka dan tak tutup rapat. Dan bila ada Customer masuk beli barang-barang dalam kedai, dia akan Calculate harga-harga tu dengan kepala otak sendiri tanpa ENTER FIGURE tu kat mesin Cashier. Mesin Cashier hanya akan terbuka kalau korang tekan harga barang-barang yang pelanggan beli tu dan tekan ENTER. Jadi, untuk mengelakkan segala FIGURE tu masuk dalam sistem mesin Cashier tu, pekerja akan biarkan je mesin tu tak tertutup rapat atau biarkan terbuka. Secara automatiknya dan secara logiknya, bila duit tu masuk dalam mesin Cashier TANPA ada rekod apa-apa, duit dalam mesin Cashier tu akan jadi OVER bukannya SHORT. Jadi, bila dilakukan secara kerap dan bertubi-tubi ibarat melepaskan anjing yang tersepit, tak mustahil duit yang boleh dikeluarkan dari mesin Cashier itu lebih daripada rm100 sehari. Rm100 tu ibarat bakteria Yakult je sebenarnya jika dibandingkan dengan apa yang masuk setiap hari bagi perniagaan stesen minyak ni. Jadi, penting bagi tauke tu untuk sentiasa mengira stok barang dan juga memantau CCTV.

" Tuan Boni yang kacak lagi bergaya, macam mana dorang nak keluarkan duit tu tanpa dapat dikesan oleh CCTV?"

Begini. Selalunya kerja-kerja macam ni tak dilakukan sorang diri. Selalunya akan berpakat dengan kawan-kawan luar ataupun kawan-kawan yang kerja sekali. CCTV kat atas kepala Cashier akan tala pada mesin Cashier dan pekerja tersebut. Tapi dia tak tala kat luar. Kamera untuk luar pulak kamera yang lain. Jadi, kalau korang pakat dengan kawan korang kat luar untuk ambil duit tu, samada berpura-pura nak pulangkan baki kepada pelanggan, tak mustahil korang boleh terlepas dari pengawasan CCTV. Sebab tu aku cakap penting bagi seorang tauke untuk sentiasa perhatikan CCTV untuk pantau pekerja. 

Satu lagi yang agak menarik dulu adalah Kautim antara pemandu lori dengan pekerja stesen minyak. Yang ni aku tak pasti samada ia meluas atau sekadar kes yang terpencil. Aku bagi contoh yang berlaku kat stesen minyak SHELL

Teknik yang digunakan adalah menggunakan kad SHELL yang dimiliki oleh syarikat lori tersebut. Selalunya ia akan dilakukan pada tengah malam atau tengah pagi.  Jadi, teknik yang digunakan, letak FIGURE minyak yang nak diisi tu dan SWIPE kad Shell tu.  Noozle minyak akan diangkat dan terus diletak semula. Ia akan jadi REFUND di mesin Cashier. Contohnya rm100 REFUND di mesin Cashier. Duit tu akan dibawa keluar dari mesin CASHIER tanpa SHORT sikit pun. Sebab apa? Sebab rm100 tu adalah dari kad SHELL yang dimiliki oleh pemandu lori tu. Jadi, bila dah dapat rm100 tu, biasanya dorang akan bahagi-bahagi mengikut perjanjian syaitan yang telah dimetrai. Hahaha. 

Jadi, setakat ni je lah. Jarang-jarang aku berkongsi artikel-artikel serius macam ni, jadi korang kasi hadam je lah. Cuma aku tak pasti samada teknik-teknik ni masih boleh digunapakai atau dah tak boleh dah. Iyelah, kalau tak salah aku, teknik-teknik ni digunakan berbelas-belas tahun yang lepas. Mungkin sekarang sistem dan sekuriti pun dah banyak UPGRADE. Jadi, pesanan aku, sentiasalah berwaspada jikalau korang nak buka bisnes stesen minyak

*Bukan semua pekerja nakal macam ni. Sebab aku yakin nisbah pekerja yang jujur dan amanah lagi ramai daripada nisbah pekerja yang nakal macam ni. Contohnya macam aku, dah lah jujur, kacak pulak tu. Hnns hnns (kembang kempis kembang kempis hidung)

{ 14 comments.. read them below or add one }

azwan azwan 15 May, 2014
kalau niat tu nak mencuri.
letak anjing serigala sekalipun atas mesin Cashier tetap pekerja tu curi.

manusia jenis ni akan terus mencari jalan untuk mendapatkan sesuatu.
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 15 May, 2014
Macam macam tektik la manusia sekarang kalau nak buat jahat. Mohon dijauhkan kita dari berlakunya sedemikian rupa. Hurmmmm
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 16 May, 2014
Memang kena pantau jika macam ini. Kalau tak susah nak pusing modalkan Boni?
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 16 May, 2014
Penyangak di mana2... :(
Abam Kie Abam Kie 16 May, 2014
skrg baru i tahu teknik penipuan ini.
Unknown Unknown 16 May, 2014
semua nak carik duit cara senang.. memang perangai serupa syaiton.. ada jek idea dia nak mencaras rete orang huh..
Sukma Sukma 16 May, 2014
nasib baik aku tak terfikir nak buka stesen pam minyak begini.....
Bunda_nora Bunda_nora 16 May, 2014
macam2 tektik kotor orang nak dapat duit dengan senang...taukeh2 kena peka...jangan terlalu percaya kepada pekerja2...
Tak semua orang yang jujur...orang akam gelap mata bila banyak duit depan mata...
Cik Itah Cik Itah 16 May, 2014
salam. setuju kata boni tu :)
Firdaus Azizi Firdaus Azizi 17 May, 2014
Orang kalau nak menipu, macam-macam cara diorang buat. Inilah yang terjadi bila tak tau halal haram (ke tak amik tau?)
Maritinggi Maritinggi 18 May, 2014
dulu aku ada perancangan nak buka stesen minyak..selepas beberapa faktor terus tak jadi


Ubat Sakit Lutut Ubat Sakit Lutut 19 May, 2014
susah nak cari pekerja jujur sekarang ni
joehaz joehaz 12 June, 2014
mohon tiru skil2 ni haha pastu tak pasal2 kantoi.
Unknown Unknown 16 September, 2014
Klu xprnh bekerja dgn stesen xpyh nk wt citer dongeng..xbtl lgsg pe yg ditulis psl drawer $ tuu.byk sgt mnipunyerrr..