Masa kat sana, aku terpandang pada sorang awek cina ni. Hurm, ada satu yang buat aku Respect kat dia. Dia sibuk daftar syarikat dia dan nak Running bisnes dia sendiri tapi aku tak tau bisnes apa. Kenapa awek cina sorang ni buat aku Respect kat dia? Sebabnya tangan dia hanya ada sebelah je. Sebelah lagi kudung. Tapi tetap bersemangat nak Set up Company sendiri. Hurm. Itu memang memberi inspirasi kat aku untuk bersemangat macam dia walaupun dia tak sempurna.
Lepas daftar Company, aku gerak pulak ke kedai biasa aku buat cop syarikat. Memang boleh katakan aku baik jugak dengan awek cina kedai ni. Bukanlah bermaksud aku mempunyai skandal liar dengan ahmoi tu, tapi aku memang peramah dengan dia. Dia pun ramah dengan aku. Sampaikan tadi dia bagi aku Free buat cop syarikat aku tu. Dia puji lagi yang aku ni rajin. Lepas tu dia sendiri cakap yang orang Melayu sekarang kuat kerja. Dia nampak perubahan tu. Aku sendiri tak nafikan sebab nampak bangsa aku ni makin kuat kerja sekarang. Walaupun tak semua, tapi nampak graf kebangkitan tu. Mungkin tekanan dari segi ekonomi agaknya. Dan mungkin juga zaman sekarang ni, orang melayu tak dididik dengan cara 'makan suap'. Terutama golongan bawah dan rendah ni. Itu yang menjadikan orang Melayu sekarang pandai cari ruang dan peluang untuk mencari nafkah.
Setel tempah, aku pun berlalu pergi dengan gaya yang paling kejam kacaknya.
Dalam perjalanan balik, aku terngiang senario dua ahmoi yang aku jumpa tadi. Buat aku semakin bersemangat nak menjadikan impian aku sebagai realiti. Kena kuat kerja dan rajin. Kena jadikan awek cina pertama tu sebagai Role Model, dan awek cina kedua yang Support aku kaw-kaw tu sebagai batu loncatan untuk terus berjaya.
Fikiran aku melayang-layang atas motor tadi. Nak sampai rumah dah, tiba-tiba aku tersentak. Motor aku hilang kawalan. Nasib baiklah ada dua tiga orang awek kat tepi jalan tadi. Disebabkan awek-awek tu lah aku bersungguh-sungguh kawal motor aku dengan sehabis baik sambil terus kontrol muka agar tak jadi buruk. Malu lah kalau jatuh motor depan awek. Tercalar maruah woo.
Aku cari puncanya, rupanya Spoket aku dah haus. Rantai sampai terkeluar dari spoket dan tersangkut. Nasib baik tak jadi kat jalan yang sibuk. Kalau tak, kena sapu lah aku tadi.
Bila kita baik dengan orang lain tak kira apa bangsa dia sekalipun, sebenarnya agak susah nak wujud istilah Racist ni. Yang penting kita hormat antara satu sama lain kan?