Dilema Pengusaha Spa Dan Wellness

Dilema pengusaha Spa dan Wellness yo! Masalah yang melanda pengusaha Spa dan Wellness.

Semalam aku terserempak dengan salah seorang kawan lama aku. Sekarang dah bukak Spa dan Wellness. Bagus-bagus. Kawan sudah bikin bisnes kita kenalah gembira. 

Tapi dalam pada sembang-sembang tu, dia ada cerita jugak perkara-perkara yang dialami sendiri sepanjang mengusahakan pusat Spa dan Wellness tu. Sampai pening kepala dia kadang-kadang. Antaranya :-
  • Lelaki-lelaki Melayu hidung belang telefon untuk Booking Massage. Tapi nak Massage B2B
  • Lelaki Bangladesh telefon nak Booking Massage. Tapi nak tukang urut perempuan.
sumber
Terdetik jugak dalam fikiran aku, kenapa dorang nak perkhidmatan tu? Adakah pusat Spa dan Wellness ni kebanyakannya tawarkan perkhidmatan macam tu? Adakah dah sinonim Spa dan Wellness ni dengan urutan B2B, ahmoy urut, dan jugak urut batin? What The Heck Is Going On? Something Fishy Is Going On Round N Roundabout.

Lepas tu baru dia ceritakan. Kebanyakan Spa dan Wellness terutama kat bandar-bandar ada tawarkan benda-benda tu. Kira pakej rawatan kesihatan sekali dengan penyedap dan pemuas nafsu serakah. Wah. Nasib baik aku tak pernah gatal-gatal nak singgah kat mana-mana pusat Spa dan Wellness. Tak pepasal kalau kena Rush, muka aku masuk 999.

sumber
Disebabkan pusat Spa dan Wellness yang jalankan kegiatan sulit Underground ni lah yang menyebabkan KESEMUA pusat Spa dan Wellness ni dianggap tempat penyedap untuk lelaki-lelaki hidung belang termasuklah suami-suami orang, pakcik-pakcik orang, atuk-atuk orang dan jugak warga asing yang ada kat Malaysia ni. 

Adeh. Masalah besar jugak pada pengusaha yang betul-betul cari rezeki halal dengan pusat Spa dan Wellness ni. Silap-silap pengusaha dia terdedah pada risiko dari lelaki-lelaki sangap berhidung belang yang sanggup dan buat apa je asalkan dapat puaskan nafsu dia. 

sumber
Kat Malaysia ni, lelaki-lelaki yang ada bukan macam aku. Aku lain lah. Berjiwa rakyat. Butang baju sampai atas. Zip seluar tak pernah lupa tarik. Minum teh tarik dengan mata yang kuyu. Jerkah anjing liar yang tengah berak. Nampak awek jatuh tersepak batu, aku marah awek tu dan bawak batu yang tak bersalah tu balik rumah. 

Kalau semua lelaki kat Malaysia macam aku, selamat gadis-gadis kat Malaysia ni. Tapi ramainya yang ada nafsu bagaikan kuda hitam. Cuma sesetengah je yang baik. Tu pun masih tak dapat nak Challenge kebaikan aku. 

Aku ni lain. Muka pun level-level muka hero drama Melayu.
Aku tak mampu nak nasihatkan banyak. Cuma aku suruh dia lebih berhati-hatilah dalam mengusahakan pusat Spa dan Wellness tu. Kalau boleh, pastikan keselamatan diri tu nombor satu. 

Sebenarnya aku pelik jugak. Tak payah cerita pasal pusat Spa dan Wellness yang jalankan kegiatan haram secara Underground ni. Aku petik pusat Massage yang bersepah kat Bukit Bintang tu terang-terang bikin benda tak elok. Tak percaya cuba pergi kalau nakkan kepastian. Persoalan aku.. kenapa masih lagi boleh beroperasi ye? Taiko dia payung besar ke apa? 

sumber

Jadi kepada korang yang menganggap pusat Spa dan Wellness ni adalah pusat yang ada sediakan 'Rawatan-Rawatan LuarBiasa Bayyeekk', betulkan Mindset korang tu balik. Tak semua pusat-pusat Spa dan Wellness menyediakan menatang-menatang sebegitu.

*UPDATE komen dari salah seorang pengusaha SPA



Artikel ni aku tak cakap kesemua lelaki-lelaki Melayu dan kesemua lelaki-lelaki Bangla yang gatal dan berhidung belang tau. Sesetengah je yang memang bernafsu kuda hitam dan jugak nafsu zirafah belang.  

2 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan 17 April, 2016
hmm kena rawat betul-betul mindset depa ni
 ♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 18 April, 2016
Huhuhu.. iols kaki spa jugak.. tapi mmg carik yg khas utk perempuan je. Dkt bukit bintang tu mmg bersepah rumah urut. Taiko jaga kot tu x kena serbu. huhu