Kenapa? Adakah sebab mereka puji kekacakan melampau yang ada pada wajah aku? Bukan sama sekali. Walaupun aku tau aku memang kacak, tapi sebenarnya bukan sebab kena puji.
Ingat lagi tak aku ada Up gambar aku naik Stage dengan Owner produk Zeeta kat artikel Sepetang Bersama Blogger 2016 Penuh Kemeriahan ni? Ingat aku saja-saja naik atas Stage tu tanpa ada alasan yang kukuh dan kuat? Aku belum cukup gila untuk buat macam tu.
Sebenarnya masa berlangsungnya Sepetang Bersama Blogger 2016 hari tu, Team Zeeta ada buat Contest. Contest mudah je. Bergambar bersama model dia yang cun. Aksi yang terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang.
Aku tak tunggu lama. Disebabkan naluri aku untuk menang ibarat naluri seekor harimau bintang, aku terus dapat ilham sekelip mata. Apalagi untuk Show Off dengan model Zeeta ni supaya dia terjatuh cinta On The Spot kat aku. Jadi, terhasillah Posing cenggini.
Alhamdulillah. Dengan Pose cenggitu, aku menang tanpa bertanding (hahaha.. melampau pulak aku rasa ayat ni). Aku menang dengan jolokan gambar paling Rare. Gila tak Rare. Pose cenggini, kalau Elizabeth Tan tertengok pun terus angau kat aku setahun lima minggu.
Ni pun aku berharap model Zeeta, Syairah Saiddin ni dapat kawal perasaan dia. Jangan dia angaukan aku cukuplah.
Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih pada Team Zeeta dan juga Ownernya sendiri ZT ZEETA kerana menobatkan aku sebagai salah seorang pemenang untuk hari tu. Rasa gembira yang teramat bila dinobatkan sebagai salah seorang pemenang pada hari tu. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu akan kukenang sampai bila-bila.
zeeta magis aura mawar |
Jom tengok hadiah yang aku bawak balik hari tu. Alhamdulillah. Rezeki dari Yang Esa melalui Team Zeeta.
Seketul serum dan juga seutas Earphone.
Alhamdulillah. Terima kasih Zeeta!
Sangat serasi dengan aku. Sambil makan pun sedap pakai ni. |
Apa kelebihan serum mawar Anti Aging dari Zeeta ni :-
- Mengecilkan liang-liang pori wajah
- Kulit kekal anjal dan segar
- Menjadikan kulit wajah lebih gebu
- Menjadikan solekan di wajah lebih menyerkah dan tahan lama
- Seri wajah
- Anti Stress
- Terapi minda
- Boleh menghilangkan mengantuk
- Boleh melegakan selsema dan resdung
Aku sejak dapat hadiah ni, aku tak pernah Stop pakai. Dan aku sekarang dalam proses nak beli lagi sebab aku rasa penggunaan dia mudah. Cuma sembur je kat muka. Cara nak Apply produk ni sempoi sangat sesuai dengan aku yang pemalas ni.
Paling ketara, memang lepas sembur rasa segar bijik mata. Hilang mengantuk.
Mana korang nak dapat serum ni? Boleh hubungi Team Zeeta kat
Facebook - Zeeta Pakar Mawar
Instagram - zeetaofficial
Sambar cepat weh. Aku boleh katakan Serum Mawar ni Best!
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya wang ringgit. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dipinjamkanNYA kepada kita.
lepas ni bertambah kacak dan bertambah le org angau..hahaha