Dia Ni Peminat Aku Ke?

Semalam aku alami satu detik yang agak mencemaskan di traffic light. Kejadian tu lepas selesai aku ambil kad jemputan kahwin dari salah seorang sahabat aku. 

penyamun inc.
Tahniah kawan. Doakan aku pula lepas ni.
Macam biasa, bila lampu traffic warna merah, aku akan berhenti sambil membuat wajah yang paling suci dan manja sekali.

penyamun inc.
Cukup manja tak? Hahaha. 
Tengah-tengah elok aku layan perasaan tu, tiba-tiba aku perasan ada seekor motor sedang mendekati aku dari belakang. Slow-slow pulak tu. Ibarat slow motion. Konon bergayalah tu. Puii! 

Bila dia berhenti je kat sebelah , aku pun terus toleh sambil melontarkan senyuman paling ikhlas dan berkesan kat mat motor slow motion tu. Tapi alangkah terkejutnya aku. Aku terkejut bila tengok seolah-olah pantulan diri aku sendiri kat dalam cermin. Motor, helmet, sweater sama brand dan warna. Paling menerujakan aku bila bingkai cermin mata pun sama. Bentuk tonggekan bontot atas motor pun sama macam bentuk tonggekan aku. Nasib baik misai dia tajam meruncing macam blogger ni. Kalau tak, memang sebijik aku.

Pergh. Trauma aku. Alergik pun ada. Dia ni peminat aku ke? Mungkin penangan shortfilm-shortfilm aku bersama Team PENYAMUN INC. yang membuatkan aku ada peminat tersendiri. Kahkahkah. Mohon tampar aku sekuat hati laju-laju di atas keperasanan diri aku ni. Hahaha. 

penyamun inc.


Sebenarnya aku cuma nak bagitau yang Contest Penyamun Inc. akan berakhir 25 FEBRUARI ni. Tinggal sehari je lagi. Jadi, jomlah sertai contest ni beramai-ramai. Nak menang tiket wayang free GANGSTER CELOP tak? 2 tiket tu. Jom-jom. 

penyamun inc.

Cara nak join klik LIKE di PAGE di bawah dan cara-cara menyertai contest ini ada di sana. Semoga berjaya.


SELAMAT PAGI CINTA. Makin kuat pula rasa rindu ni. Okeh, dalam perjalanan ke Shah Alam pagi ni dan petang pula ke Keramat. 

{ 50 comments.. read them below or add one }

Nastyna Nastyna 24 February, 2013
Owhh hoooo.... ingatkan kamu mimpi apa tadi.
Bunda_nora Bunda_nora 24 February, 2013
pelanduk yang menyerupai lah tuh..hihihi :)
Unknown Unknown 24 February, 2013
secret admire lettew.. dh nm kacak mst lah ramai yg berminat heee :D
Unknown Unknown 24 February, 2013
Hahaha..lawak betol Abang Boni Kacccak ni
Aien Not Alien Aien Not Alien 24 February, 2013
didekati seekor motor dan seorang orang yang hampir menyerupai Boni...heee. best la ada peminat...sampaikan tonggekan bontot pun serupa. :D
Unknown Unknown 24 February, 2013
pergh!!!! psyco tu bro... kena hati2...... karang bro yg dia samun....he3....
dah glamer camtu lah.......
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 24 February, 2013
korang2 yg join..gud luck tau !!
BlogS of Hariyanto BlogS of Hariyanto 24 February, 2013
aahhh perasaan mu saja itu sobat...
:-)
krole krole 24 February, 2013
hahahaha! mmg sah tu peminat setiap ko boni..siap stalk lagi ngeee~apakah perasaan anda kala itu boni?hahaha!dari motor sampai pakain smua sama ngeeee~wuah! lom tngok g ceta gengster celop ni...nak tngok blogger hanis blakon camna..adaka berkesan cam ko bro~
Cikrosecute Cikrosecute 24 February, 2013
hihihi...ingatkan awek motor nak ngorat...
najihahfara najihahfara 24 February, 2013
pewit. blogger kacak ada secret admire
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 24 February, 2013
saka boni tu kot.. hahahah =P gurau je.... peminat setia bonilah tu kot.. hehehehe ntah2 dia pun terkejut tgok muka boni akan2 dia XD
nur emilya nur emilya 24 February, 2013
Ceeeh, sekarang ni dah jadi retiss kan, haruslah ada peminat wut wut haha.
inche hlovate inche hlovate 24 February, 2013
kantoi abe boni tonggek bila bawk motr haha
aku HaniAsyira aku HaniAsyira 24 February, 2013
sekian lama tak jejak sini jadi blurr.. =P
Fatin Diana Fatin Diana 24 February, 2013
haha untung lah kalau ada peminat :p
naaisyah S naaisyah S 24 February, 2013
Haha lepas ni abg boni kena tambah misai :P
Unknown Unknown 24 February, 2013
Boni bersyukurlah kerana di minati....best juga tu..seolah jadi ikon kan..jadi ikutan apa salah, cuma kalau semua nak ikut ..boleh rasa apa Boni kacak rasa..saya pun nak lari kemana lah ...hehehe sabar jalah..
maszull maszull 24 February, 2013
assalamualaikum boni...hati2 yer kang kena samun juga...:)
Aimacomel Aimacomel 24 February, 2013
bab tonggek tu yg paling terkesan kat hati. taapi.. misai & tonggek?? erm, something wrong somewhere ni. mmmmm.. hehehe
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 24 February, 2013
Mana gambar peminat obses Boni tu? Dlm dunia ini ada 7 org yg menyerupai kita.
MrPingu Gonzalesz MrPingu Gonzalesz 24 February, 2013
haha xsangka ada org copy cat hang hehe
fairus fairus 24 February, 2013
DAH BOLEH BERI SAIN SEBAB ADA PEMINAT.. :)
Unknown Unknown 24 February, 2013
Untunglah ada peminat! Hehe ^_^
dya nasir dya nasir 24 February, 2013
nampak sgt dya lama xsinggah sini..dya xtahu boni ada buat contest..
Admin Admin 25 February, 2013
senangnye sekarang nak menang contest kann. tiket free tu! hehe.
hana hadi hana hadi 25 February, 2013
peminat fanatik ni. sampai sama habis semua
Dayang Deno Dayang Deno 25 February, 2013
deno rasa dia peminat bony... hehe
حاني رملي حاني رملي 25 February, 2013
"seekor motor.." haha penjodoh bilangan xkena ni.. gud luck in ur life en .boni :)
C.T.K C.T.K 25 February, 2013
mesti org kt blakang kata korang ni dr konvoi mana2 sbb sume same :D
wantie wantie 25 February, 2013
dah glamer...mesti ada yg minat
Unknown Unknown 25 February, 2013
mesti orang tu pun trauma sekali haha
emarieys emarieys 25 February, 2013
tak join tp nak tiket tu boleh tak?hehehe
::EIDA:: ::EIDA:: 25 February, 2013
pengsan hakuu dgn keperasanan si boni niiiii.... eh eh hanis lahh? bgi lah tiket tu kat abg mujahid tu.. wakkakakaka
Pn Ayu Pn Ayu 26 February, 2013
wowwww...manjanya abg boni =)
AnonymousAnonymous 26 February, 2013
ha ha ha mmg x boleh blah betul lah
Unknown Unknown 26 February, 2013
oh mat blogger ! nak sain :D
Unknown Unknown 26 February, 2013
Assalam, khakhakhakahkah... secret admire dan psycho yg mencurigakan... kena hati2 boni.. kelak nanti kena rompak.. apasal kad jemputan kahwin tu...???
lynmunir lynmunir 26 February, 2013
Memang macam nak kena sepaklah tu. Boni..Boni, makin kuat angaunya ni.
Arina Shamsul Arina Shamsul 26 February, 2013
hahahah..nak tempeleng kat mana ni? bagitau cepat! sebelum hinggap kat batang hidung majew tu...hahaha.
Unknown Unknown 27 February, 2013
ada nilai2 suspen dan estetika yg tggi dlm entry ni..ahhaha
QasehnyaRania QasehnyaRania 28 February, 2013
hihi.sabaq je la..sib
tak smepat join la pulak.kalau tak leh tgk kai kedua :)
Unknown Unknown 01 March, 2013
Hahaha....mnje lah sangat...(tgn di bahu)...owhh ade contest?? alahaiiii....x dpt join..nih yg rasa nk tempeleng pc opis lelaju nih...asal domain je blocked! asal blocked je domain! grrrrr....
iha iha 03 March, 2013
Kalau muka sama, tak heran lagi.. tapi kalau semuanya sama bahaya jugak.. takut tu bukan manusia je (saja buat cerita seram) heheh
Cik Fie Cik Fie 19 March, 2013
pewitt ! untung la dah ada admire :P
Tengkubutang Tengkubutang 15 May, 2013
hahahaha.. muka manja lea sgttt.. hu2