Studio Rakaman Dan Jamming Yang Terbaik Di Rawang

Studio Rakaman Dan Jamming Yang Terbaik Di Rawang

Semalam selepas balik daripada Shooting Shortfilm bersama Penyamun Inc., aku dikerahkan untuk menemani kawan aku. Katanya nak buat rakaman suara. Aku yang azalinya memang minat dengan seni suara ni terus bertolak ke studio yang telah ditetapkan. Theory X Production nama diberi. Macam-macam teori bermain dalam kepala otak aku bila ada dalam studio ni. Hahaha.

Kawan aku rakam empat lagu semalam. Aku dah lupa lagu apa, tapi yang nyatanya ada satu lagu yang aku dan dia berduet. Dan, sejujurnya, aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku sendiri nikmati semalam. Semuanya berkualiti. Layanan pun best. Pekerja dan bos studio ni sempoi-sempoi. Nyaris-nyaris bos studio ni nak belikan aku satu set korset. Hahaha. Tuan, jangan marah ye. Hahaha. Bergurau je tu. 

Baiklah, jom layan gambar-gambar kat bawah ni. Gambar-gambar semasa dalam studio tu.


studio rakaman dan jamming terbaik
Bos Theory  X Production
studio rakaman dan jamming terbaik
Muka orang-orang yang tak sabar nak merakam suara sendiri. Haha. Semasa sesi memilih lagu.
studio rakaman dan jamming terbaik
Bersungguh-sungguh tarik sampai nak terpelanting keluar anak tekak, padahal menyanyi lagu anak itik tok wi je.
studio rakaman dan jamming terbaik
Last proses. Proses suntingan. 
Sejujurnya, aku amat berpuas hati. Apatah lagi charge untuk sesi rakaman suara selama sejam hanya rm50. Taklah cekik darah. Kalau studio lain aku rasa mahunya rm100 lebih ke rm200 lebih sejam. Rm50 ni pun termasuk sunting sikit-sikit bagi sedap. Jadi kalau korang mencari studio untuk merakam suara dan studio untuk jamming yang terbaik di sekitar Rawang ni, korang boleh datang ke studio Theory X Production. Memang terbaik. 

Theory X Production
No 34-1, Jalan Bersatu 10, 
Taman Bersatu,
48000 Rawang, 
Selangor Darul Ehsan.
03-60912312 / 017-3034568 (Office)
017-3983565 (Shah)
017-2765322 (Sal)
016-6406608 (Wan)

{ 41 comments.. read them below or add one }

Akupenghibur.com Akupenghibur.com 26 February, 2013
wahhh best niee ..boleh try :)
fairus fairus 26 February, 2013
TERINGAT SATU MASA DULU, JAMMING... LAGU JIWANG2 JE.. SESEKALI LAYAN METALLINGKUP (METALLICA) :)
Luqman Zakaria Luqman Zakaria 26 February, 2013
fuyoo..nak p nyanyi jugak laa..pastuh boleh letak lagu yg nyanyi sendiri kat phone..dengar sorang2..haha.
hana hadi hana hadi 26 February, 2013
hana pemerhati je lah.:)
miss yatie miss yatie 26 February, 2013
wahhh..nak gi join jugalah..nak ajak takkkk..
zaxx zaxx 26 February, 2013
wow..masyuk..leh wat album gini...bajet--> 1 lgu rm50 je..:)
Unknown Unknown 26 February, 2013
bro dah buat album ker ?????
dasat!!!!
bila nak release??
Unknown Unknown 27 February, 2013
boleh la sangat bro kita g dua amacam??
C.T.K C.T.K 27 February, 2013
amboiii nk buat album pulak ke..hihihi
Eizil Eizil 27 February, 2013
Baru tahu boleh rakam suara macam ni... :D macam manalah hasilnya kalau suara dirakam erk... macam menarik dengan harga yang ditawarkan...

lepas ni makin banyak aa nyanyian bro boni kita kedengaran di corong-corong radio... ;)

hazman aka species1980 hazman aka species1980 27 February, 2013
orang kata sore aku nie bagus untuk suara latar.... sebab champion masa pertandingan pantomen kat skolah dulu....keh3x
Unknown Unknown 27 February, 2013
Assalam, tak pernah pulak aku masuk jamming nie... kalau nak nyanyi apa lagi... hhaha
ceklala ceklala 27 February, 2013
dasatttt! siap rakam lagu lagi tuh..memang dah taraf retis hebat nihh
Denaihati Denaihati 27 February, 2013
bila boleh dengar lagu bro berduet tu...kira dah ada album.
wantie wantie 27 February, 2013
lagu anak itik tok wi sampai mcm tu sekali. versi rock ni.
Unknown Unknown 27 February, 2013
kalau lyeen nak duet lagu RATUKU by awie n adira dgn abg boni mesti laku kan?hahahaha
Unknown Unknown 27 February, 2013
ambooii, abg boni nanti boleh lah jd penyanyi. :P
Unknown Unknown 27 February, 2013
wow thanks boni... ppp mmg tengah cari studio.. b.t.w ada tak composer yg boleh gubah lagu?? (tengah dlm process buat lagu tuk grouup MASIH CINTA) hampir siap 80% dah... klw ada mohon pm ppp boni thanks... terbaik...
Unknown Unknown 27 February, 2013
Malu la nk nyanyi kt sini..suara macam budak..nyanyi anak itik tok wi pn xlepaa..
Aimacomel Aimacomel 27 February, 2013
Wah best tu.. Kita suka nyanyi tp x reti pun hehehehe
dya nasir dya nasir 27 February, 2013
bestnya..tpi suara kita xsdp..hihihi
mujagirl92 mujagirl92 27 February, 2013
muja lak dah lama bersara,, hehe
Unknown Unknown 27 February, 2013
MEH LA NAK DENGAR SIKIT SUARA YANG DIRAKAM TU..SEDAP KE IDAK...
krole krole 27 February, 2013
wuah! cam bes lak...msti mrdu sora ko kan boni hihihi~
محمد رازيق محمد رازيق 27 February, 2013
wah. cam syok je bro. aku tak penah try.
Ezad Skytech Ezad Skytech 27 February, 2013
haa, bila ko nak buat rakaman album boni? huhu~
NAL NAL 28 February, 2013
bile nak release album bro boni ? :)
eyriqazz eyriqazz 28 February, 2013
Fuhh,memang dah layak join bintang mencari bintang ni bro...
Unknown Unknown 28 February, 2013
nk testing suara boleh???
lynmunir lynmunir 28 February, 2013
Baru tahu pasal studio jamming yang kat sini. Esok-esok bolehlah suruh Hafiz yang try.
Si Matatajam Si Matatajam 28 February, 2013
M tengok ja dari jauh..bab ni mmg tak layan sangat..hi hi...
P/s: Sori la tak dapat singgah sini yek..
fifie fifie 01 March, 2013
Tak lama lagi habis lah penyanyi penyanyi kat luar sana. Huhu
Unknown Unknown 01 March, 2013
Perghhhh syok nih...kalo sesaja nk rakam suara bole ke? huhuhu...mencabar jgk eh bawak lagu ank itik tokwi tu..hahahaha
Izzat Eshak Izzat Eshak 01 March, 2013
Siap studio rakaman lagi tu =)
maszull maszull 01 March, 2013
assalamualaikum boni...wah bestnya berjamming la selalu nampaknya...;)
TiranaAduka TiranaAduka 02 March, 2013
bila nak berduet dgn tirana aduka?
iha iha 03 March, 2013
Fuhhh murah jugak tu.. boleh la keluarkan 10 lagu yang dah simpan ni.. tu pun kalau lagu ni tak basi lagi la.. haha..
amirini amirini 11 March, 2013
teringin gak nk jamming... tp xder anugerah dalam bidang ni la...