What's Up Yeo's. Heh heh. Jenama Yeo's ini sangat sempoi untuk jadi sebutan sesiapa sahaja kan? Ini adalah antara salah satu sebab jenama Yeo's ini senang merebak seantero Malaysia. Tapi siapa yang tahu asal usul Yeo's ni? Aku baru buat penyelidikan. Hasil penyelidikan tak seberapa, baru aku dapat tahu sedikit sebanyak tentang Yeo's ni.
Eh!! Salah gambar! |
Hah! Baru gambar yang betul. |
Yeo's diasaskan oleh seorang lelaki yang mungkin agak kacak bernama Yeo Keng Lian pada tahun 1900. Memang lama kan? Daripada perniagaan kicap, Yeo Keng Lian kembang ke minuman pula.
Menariknya, Yeo's merupakan syarikat pertama yang membuat minuman dalam bekas Tetra Brik Aseptik menggunakan proses UHT. Yeo's juga merupakan syarikat pertama yang memasarkan kari ayam dalam bentuk tin. Menarik bukan?
Syarikat Yeo's terus berkembang maju sehingga sekarang. Buktinya kita dapat lihat pada sekeliling kita. Di mana-mana sahaja akan ada jemana Yeo's ini. Dari minuman, sos cili, sos masakan, minyak bijan hinggalah ke mee segera. Jangan satu hari kita dengar ada helikopter jenama Yeo's. Hehehe. Itu memang kemajuan yang mendadak betul.
Ok, berbalik pada Yeo's pilihanku. Sememangnya Yeo's menjadi keutamaan bila aku keluar membeli-belah. Apa lagi bila tibanya Ramadhan. Minuman keluaran Yeo's lah yang pertama akan aku cari kerana selain dapat melegakan rasa dahaga bila seharian berpuasa, ia juga sangat sedap. Siapa yang tak penat bila berpuasa kan? Dengan Yeo's, aku akan kembali bertenaga selepas berbuka puasa. Minuman Yeo's yang selalu akan aku cari adalah 'Genre' Teh Krisantimum. Rasanya memang aku sangat suka.
Kalau dulu, semasa aku ni masih lagi bergetah dan kerap bermain Futsal, aku semestinya akan mencari minuman Yeo's untuk diminum. Maklumlah, bila dah main futsal dan memerah tenaga lebih daripada 100%, badan kita akan cepat ternyah hidrat. Rasa penat dan dahaga tu sampaikan lidah boleh terjelir dengan sendirinya. Jadi, untuk menyelesaikan masalah lidah terjelir secara tiba-tiba tu, aku terus minum minuman Yeo's. Menariknya, aku terus rasa segar dan bertenaga semula. Apa lagi, terus sambung main futsal lah jawabnya.
Yang terbaru, Yeo's ada mengeluarkan minuman Teh Krisantimum Light. Ia dikeluarkan pada tahun 2012. Apa yang menariknya, Teh Krisantimum Light ni adalah 40% kurang gula. Walaupun kurang gula, tetapi ia tetap mengekalkan kelazatan yang sama. Ini harus diterima baik oleh masyarakat kerana ia mampu mengelakkan kita daripada terkena penyakit yang menjadi antara pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu kencing manis. Yeo's memang pilihan utama aku kerana ia pelengkap kepada gaya hidup sihat rakyat Malaysia. Nampak? Aku ni dahlah kacak, mengutamakan gaya hidup yang sihat pula tu. Terel betul aku kan?
Ini memang benar-benar terbaik!! |
Gaya hidup sihat bersama Yeo's dan Boni Kacak! |
Di samping dapat mengeratkan hubungan antara Yeo's dan penggunanya, ia juga sebenarnya dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga dan kawan-kawan bila mereka bersama-sama menyertai aktiviti ini. Dan, ia adalah satu peluang untuk Yeo's memantapkan lagi jenamanya kepada masyarakat.
Jadi, jom sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk melayari kesemua rangkaian media sosial Yeos ni :-
Facebook :- https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter :- https://twitter.com/YeosMalaysia
Instagram :- http://instagram.com/yeosmalaysia
Youtube :- http://www.youtube.com/yeosmsia
Aku sebenarnya amat segan untuk menyatakan benda ni, tapi aku ingin benar meminta bantuan dan pertolongan korang untuk SHARE FACEBOOK dan G+1 untuk entri ni. Please... Dan kalau korang suka lagu ciptaan aku tu, silakan Share sebanyak yang mungkin.