Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's

Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's - Hari Khamis lepas aku telah dijemput oleh Yeo's untuk satu majlis pelancaran kempen amal Ramadhan yang diberi nama Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's. Tiga program telah direncanakan untuk kempen itu iaitu Titian Kasih Seikhlas Ramadhan, Titian Serasa Ramadhan, dan Titian Selami Iman Ramadhan yang akan berlangsung sepanjang Jun dan Julai sehingga Hari Raya Aidilfitri.

program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's

Apa program-program tu? Nanti aku ceritakan. Biar aku perabis dulu cerita siapa yang datang pada majlis tu. Majlis pelancaran tu dilangsungkan kat Kelantan Delights, Subang Jaya. Kempen dan juga program amal itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan dihadiri oleh Encik Ong Chay Seng,(Ketua Pegawai Operasi Yeo's), Ustaz Mohd Hata Bin Ahmad (Pegawai Hal-Ehwal Islam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah), Tuan Haji Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Pengarah Negeri Islamic Relief Malaysia {IRM}), dan beberapa wakil daripada masjid-masjid sekitar Lembah Klang. 


program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's
Dirasmikan dengan ketukan gong.
program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's
Inilah dia IRM - Islamic Relief Malaysia
program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's
Bersama dengan semua tetamu VIP yang telah dijemput termasuk beberapa wakil daripada masjid seluruh Lembah Klang.

Apa yang menariknya adalah kehadiran 3 orang duta Yeo's di mana salah seorangnya adalah dari kalangan blogger sendiri iaitu Boni Kacak. Eh.. Ben Ashaari


program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's
Antara duta-duta yang hadir pada majlis tu. Ben Ashaari (Blogger), Fayse Goh (Juara Astro Talent Quest 2001), dan juga KeQing (Penyanyi dan Pelakon).
program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's
Terbaik Ben Ashaari. bukan calang-calang orang boleh dilantik menjadi duta Yeo's. 
Ok, berbalik semula kat tiga program tu. Jom kasi hadam apa yang aku taipkan ni.


Titian Kasih Seikhlas Ramadhan

Titian Kasih Seikhlas Ramadhan adaah usaha bersepadu Yeo's dan juga IRM untuk mempertingkatkan kesedaran dan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan atau yang terpinggir dengan menyediakan bantuan berupa bekalan makanan untuk menampung juadah sahur dan berbuka puasa mereka. 

Sebanyak 400 kotak bekalan makanan dan juga minuman disumbangkan kepada Yeo's untuk 400 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar sebelum bermulanya Ramadhan. Jumlah bantuan ini berjumlah rm40,000. 

program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's

Setiap kotak makanan mengandungi 20 keperluan asas seperti garam, gula, gandum, biskut beraneka, minyak masak, beras , dan produk-produk Yeo's seperti Mi Tanpa Goreng Cintan, Cintan Kari Ayam, Cintan Asli, Yeo's Kicap Pekat, Yeo's Kari Ayam, Yeo's Sardin dan juga Susu Soya Yeo's.

Dijangka ratusan pekerja Yeo's bersama keluarga mereka dan sukarelawan dari IRM akan menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjaya dan menyempurnakan program ini dengan menghantar kotak makanan terus ke rumah mereka yang kurang berkemampuan ini. Diharap dengan program ini dapat menceriakan keluarga-keluarga itu.

Titian Selami Iman Ramadhan

Ini adalah program berbuka puasa bersama Susu Yeo's di 150 buah masjid di seluruh Malaysia. Ini merupakan salah satu tanda penghargaan kepada seluruh masyarakat Islam yang telah memberi sokongan kepada Yeo's menjangkau lebih daripada 50 tahun. 

program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's

Untuk program ini, Yeo's telah menyumbangkan sebanyak 500,000 kotak Susu Soya Yeo's dan juga Laici Yeo's kepada 150 buah masjid tersebut. Sumbangan ini juga bertujuan untuk menggalakkan umat Islam untuk menunai dan menjalani ibadah Ramadhan di Masjid. Hurm, satu niat yang murni apa lagi remaja-remaja Islam sekarang dah kurang mengunjungi masjid.

Titian Serasa Ramadhan

Titian Serasa Ramadhan adalah program yang bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama, kepercayaan, budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan di samping untuk menghargai perbezaan budaya dan amalan masyarakat Islam. Program ini juga adalah untuk menyemai sifat-sifat mulia seperti sifat sabar, mengawal dan mendisiplinkan diri. 

program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's

Titian Serasa Ramadhan merupakan satu landasan masyarakat bukan Islam untuk berani menyahut cabaran berpuasa selama sehari di samping mempamerkan kasih sayang dan kemesraan kepada seluruh masyarakat di Malaysia. 

Kem Ramadhan Yeo's

Terbuka kepada 500 orang peserta, orang awam berumur 15 tahun dan ke atas digalakkan untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo's yang bakal diadakan 12 Julai 2014 nanti. Program yang disediakan tidak sekadar memberi manfaat kepada rumah kebajikan yang terlibat, malah aktiviti lain seperti membersihkan dan menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri turut diselitkan sebagai satu program komuniti. Banyak juga aktiviti-aktiviti yang turut disediakan seperti pertunjukan fesyen, pertandingan kumpulan dan sesi cabutan bertuah dengan gajet dan hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih daripada rm10,000 untuk dimenangi.

Para duta tadi juga akan bersama-sama para peserta untuk merasai dan menjiwai erti sebenar Ramadhan dalam kem Ramadhan Yeo's nanti.

Yeo's sangat berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam kem Ramadhan Yeo's bermula dari sekarang. Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini bolehlah layari laman web Yeo's di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo's di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553.

Jom Follow Yeo's di semua saluran media sosial termasuklah di :-

Facebook  (Sila Klik)
Instagram (Sila Klik)
Twitter (Sila Klik)

dan #yeosramadhan untuk mengikuti perkembangan terkini atau boleh menyumbang dalam tweets langsung Sinari Kemulian Ramadhan Bersama Yeo's.

program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's, "Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan. Yeo's melancarkan Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo's bagi menghayati bulan yang mulia ini bersama-sama seluruh rakyat Malaysia. Yeo's berharap agar elemen Ramadhan dapat dihayati dan disebarkan melalui program-program komuniti yang dianjurkan. Diharap program Ramadhan ini dapat menyumbang dalam membina masyarakat yang penyayang, positif, saling memahami, dan sedia menghulurkan tangan antara satu sama lain.",- Ong Chay Seng. Ketua Pegawai Operasi Yeo's.

program ramadhan bersama yeo's, program-program menarik  sepanjang ramadhan, program-program amal sepanjang ramadhan bersama yeo's, yeo's. yeo's pilihan semulajadi, sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo's, "Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua. Dan semoga Ramadhan ini menjadikan kita semua lebih baik daripada sebelum ini. Puasa jangan tak puasa. Jangan singgah restoran yang nampak kaki je."- Boni Kacak.

{ 9 comments.. read them below or add one }

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 07 June, 2014
Semoga Allah diberikan ena kesempatan untuk join semua event yang bakal dilancarkan
wak jay wak jay 07 June, 2014
ramadhan semakin hampir....semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa yg terbaik pada tahun ini...in shaa allah...
wawa zulkefli wawa zulkefli 07 June, 2014
semakinlama, semakin hampir ramadha huuu tk sabar! hehe
akubiomed akubiomed 08 June, 2014
Aktiviti CSR ini memberikan keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
fairus fairus 08 June, 2014
INGAT YEOS, INGAT YEOS CAMPUR.. KACANG SOYA + CINCAU.. TAPI TAK PERNAH MINUM PON.. :)
ONEXOX PLAN ONEXOX PLAN 09 June, 2014
Bulan puasa nanti sedap berbuka minum air Yeo's Soya + Cincau..
Admin Admin 11 June, 2014
Nampaknya aku kena stop la ambil Yeos .. sbb kesihatan yang tidak mengizinkan.

Bagus Yeos buat program amal gini. Sayang sekali hang tak terpilih jadi duta ..

Cer tanya kot2 derang nak buat video ... huhuhu... mana tau rezeki hang kat situ...:)
hazman fadzil hazman fadzil 11 June, 2014
harap2 ko dapat cipta lagu raya YEOS.... agar dapat berkumandang time bulan Syawal nanti....
Far East Far East 13 June, 2014
Berbuka puasa dgn soya + Cincau....Best kot...