Entah mengapakah Lately ni aku rasa macam orang hilang pedoman dan hilang iltizam. Buat apa semua serba tak kena. Buat apa semua tak ada semangat. Sampaikan aku terlupa nak makan ayam, terlupa nak sabun kaki masa mandi, hilang nafsu untuk Selfie, suka bertelagah dengan kucing aku sendiri, terlupa nak berdengkur masa tidur, terlupa apa sebenarnya kegunaan jamban dan macam-macam lagi yang aku sendiri tak sudi nak luahkan kat korang. Tak pasti samada faktor umur atau faktor keturunan ni. Macam-macam dah aku buat untuk dapatkan mood aku balik, tapi tetap sama. Ia tetap rasa kelam dan gelap gelita. Ibarat tak ada lambang cinta yang abadi. Hari ni jenuh aku dengar lagu-lagu 2ne1. Aku dalami bahasa-bahasa Korea supaya mudah untuk aku sambung Phd kat sana nanti. Dapat jugaklah aku ambik mood aku balik. Kalau tak, rasa nak tidur kat kaki lima je. Aku dapat rasakan yang ini adalah berkemungkinan besar kerana badan aku dah terlalu EXHAUSTED agaknya. Aku perlukan tidur dan rehat yang berkualiti. Mungkin aku perlukan percutian sesekali. Aku nak mula menyimpan untuk beli set khemah ni. Boleh aku Camping kat laman depan rumah aku nanti. Harapnya esok mood aku akan kembali normal seperti sediakala.
Jangan terlalu paksa diri untuk cari duit. Kalau tak, jadi macam aku. Badan kalau dah terlalu penat, otak susah nak berfungsi dengan baik. Dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti. Masalah aku susah nak tidur awal. Sendiri cari penyakit.