SHOOTING VIDEO TIPS PENJAGAAN MOTORSIKAL

Hari Sabtu lepas aku dan Penyamun Inc. telah bersatu hati menuju ke Wangsa Maju untuk merakamkan satu lagi video untuk tatapan penonton-penonton setia Penyamun Inc. Video yang bertemakan ala-ala rancangan Nona itu akan menjemput tiga orang pakar di dalam bidang permotoran untuk berkongsi tips-tips penjagaan motor terbaik. 

Ini pun sebenarnya rancangan secara tiba-tiba disebabkan tokey aku Cancel Job pasang pelamin aku. Mungkin untuk menyimpan kehebatan, kekacakan dan kekreatifan aku untuk pelamin minggu depan. Mungkin juga atas permintaan pengantin minggu depan yang inginkan aku bertenaga, sihat, kuat dan berkarisma untuk memasang pelamin dorang nanti. 

Jadi, disebabkan Sabtu tu aku, Bophairy, Reja Mus dan Razi tak ada apa-apa rancangan, kitorang terus buat keputusan untuk Shooting satu video.

Hari tu juga merupakan sesi penyerahan Komik Ultra Qalif episod terbaru kepada aku daripada pelukisnya sendiri iaitu saudara Bophairy Baharum. Skema betul ayat aku kan.

tips penjagaan motorsikal, tips penjagaan enjin motorsikal, tips enjin, tips permotoran


tips penjagaan motorsikal, tips penjagaan enjin motorsikal, tips enjin, tips permotoran
Aku sarankan kepada peminat-peminat komik aksi untuk dapatkan komik Ultra Qalif ni di pasaran. Memang best dan memang terbaik. Aksi sempoi dan banyak pengajaran-pengajaran dapat diperolehi kat komik ni. 
Nantikan kemunculan video dari Team Penyamun Inc. tersebut yang telah menelan kos yang sangat besar untuk menjemput tiga orang pakar dalam bidang permotoran. Video itu akan muncul bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jikalau korang nak cepat video tu dipertontonkan, sila merayu damba pada aku dengan cara berpusing-pusing seperti orang sedang menari Ballet, membuat satu lompatan tinggi, dan terus jatuh dengan keadaan kepala terpacak di atas jalanraya. Selepas tu, kenyit-kenyit mata kat aku dan buat muka sedih seperti seekor kucing yang terkena gastrik. Lastly, sebut berkali-kali yang aku adalah seorang lelaki yang diciptakan terlalu kacak hinggakan melampaui kekacakan lelaki-lelaki dari Eropah. Kalau korang berjaya buat semua ni, aku APPROVE! Hahahaha.

tips penjagaan motorsikal, tips penjagaan enjin motorsikal, tips enjin, tips permotoranSeorang penghibur yang hebat adalah penghibur yang mampu mempengaruhi orang lain untuk menuju ke jalan kebaikan. 



6 comments.. read them below or add one

Ezad Skytech Ezad Skytech 08 September, 2014
tak sabar aku nak tunggu video tu...hee

P.S - baru edisi 1 ye Ultra Qalif ni...kena sambar satu ni..hee
Bunda_nora Bunda_nora 08 September, 2014
Dah lama tak singgah blog orang kacak ni..
tarmizi tarmizi 09 September, 2014
Harap cerita nyer gempak macam pelakon nyer juga...
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 09 September, 2014
mummy ash datang buat kacau kat sini... untunglah retisss...ha ha ha...