MUNGKIN PERLU LEBIH BERSABAR DAN BERTENANG

Tadi aku ke $&% dengan Abang Mail (Officemate) untuk selesaikan bil yang tertunggak. Sampainya kat sana kitorang terus beratur kat meja pertanyaan. Mula-mula ada Aunty India yang jaga. Tak lama kemudian seorang gadis lebih kurang hujung 20an menjelma memunculkan wajahnya... yang.. macam.. singa.

Tengok muka je dah buat aku hilang selera nak bayar bil tu. Tak apalah, aku abaikan je. Mungkin sebab pagi tadi beliau tak mandi agaknya. Tu yang mengganggu kehidupannya kot. 

Dah nak tiba giliran kitorang. Aku masih perhati gadis ni. Masih dengan wajah yang macam singa. Apa-apa pertanyaan semua ditanya dengan nak tak nak. Sampai satu tahap, sorang Uncle depan kitorang disergah macam nak kena makan. Mak aih. Dia ni lapar cendol ke apa? Semua orang dia macam nak makan. 

Maka tibalah giliran kitorang, dan... masih layanan yang sama. Ada part dia macam melenting. Memang bagi bola tanggung betul. Bila dia tanya soalan, Abang Mail pulak menyinga. Baru ada akai sikit. Baru dia tau walaupun wajah kitorang jambu, jangan disangka tiada naga di dalamnya. 

Agak musyhkil aku macam mana orang yang macam ni boleh ditugaskan duduk di meja paling depan sekali. Yang paling awal diterjah pelanggan. Bertudung manis, tapi sayang.. personaliti tak menggambarkan keperibadian.

Kalau tak nak kerja, berhenti. Sebab ramai lagi yang menanti peluang untuk dapat kerja tapi tak dapat-dapat. Kalau nak kerja buat cara yang betul nak kerja.  Mungkin masa tu dia stress dan tertekan tapi sebagai seorang pekerja yang duduk di tempat pertanyaan pelanggan, tak sepatutnya bersikap macam tu. Perlu lebih bersabar, bertenang dan manja. Kena rajin buat muka kiut.  Buang jauh-jauh amarah tu. Orang lain memerhati. 

Memang ada Customer yang mungkin perangai buruk, busuk,keji dan pakai baju Ben 10, tapi jangan disebabkan Customer macam tu, Customer lain pulak jadi mangsa lepaskan geram. Kerja bahagian-bahagian macam tu memang memerlukan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Jadi aku harap gadis tu akan berubah sikap. Kalau tak.. memang tak lama lah dia kerja kat situ. 

sabar, pupuk sikap sabar, buang sikap negatif, tenang, bersabar, bertenang, Bukan bererti aku bagus dalam segala hal. Aku pun jua manusia biasa yang tak terlepas dari kesalahan, tetapi entri ni mungkin untuk renungan kita semua bersama agar menjadi lebih baik selepas ni. Walau apa pun kita, walau siapa pun kita, perlu lebih positif dan bersabar dalam segala hal.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 09 September, 2014
Yg dok bahagian depan ni lah yg jadi cermin syarikat....
lynmunir lynmunir 10 September, 2014
Management sepatutnya lebih selektif bila meletakkan pekerja di bahagian depan/kaunter. Jangan asal boleh aja yang akhirnya menimbulkan masaalah dan rungutan dari pelanggan.
jaymiee jaymiee 10 September, 2014
macam2 ragam manusia ni.....dia ingat dia kerja tu x dpt gaji agaknya....lupa la tu....mungkin dia ingat dia buat kerja sukarela kot....sergah je sekali org mcm tu...
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 10 September, 2014
uhuhu...paling x suka berurusan dgn org yg mcmni...patutnya x layak duduk kat bahagian dpan...uhuhu
PuteraOhtraBulan PuteraOhtraBulan 10 September, 2014
Kena masuk kursus Etika dan Tanggungjawab kerja tu.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 10 September, 2014
kekadang yang jadi front line ni kuang ajaq dan tak beradab tak menghingat...paling hangin berurusan macam ni...
Unknown Unknown 10 September, 2014
tak kan tak pi kursus kot..ke masa kursus dia tido..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 11 September, 2014
mgkn dia tak berapa layak duduk di situ..huhuuh
AtieYusof AtieYusof 11 September, 2014
Sakit hati kalau kena kat akak mcm ni..eee geram den! Sesiapa pun yg duduk di kaunter kenalah tau etika.. belajarlah customer service yg betul..huhu
Norfanil Norfanil 11 September, 2014
selalu sgt kena.. rasa nak jerkah je.. sabar je la
Unknown Unknown 12 September, 2014
Inilah realiti bro.
Kerap juga nampak hal ni dulu-dulu sebelum mula setelkan bil-bil tertunggak guna online.
Kebanyakkannya mmg kadangkala ada masalah kot. Garang semacam. Tapi tak selalu. Kadang2 ja mai angin macam tu.

Psst: I like ayat tang pakai baju ben 10 tu...kahkahkah