LAMA TAK MASUK KE PLAZA PEKELILING

Tadi aku ada satu tugasan yang sangat mencabar keselamatan aku sebagai seorang lelaki metropolitan yang penyayang orangnya. Aku ditugaskan untuk hantar cek kepada seorang manusia bergelar bos ke Plaza Pekeliling. Aku pun apa lagi, menghidupkan motor peribadi aku dan menyarungkan helmet sepenuh bergaya dan terus merempit ke Plaza Pekeliling.

Plaza Pekelilling. Huh, Sini lah tempat bermulanya profesion aku sebagai seorang Mat Despatch profesional dan aku kembali semula ke sini dengan jawatan Mat Despatch profesional yang lebih tinggi sedikit pangkatnya dari dulu. 

Lama tak singgah sini, dah banyak dah berubah. Serta merta terbayang segala kenangan setelah bertahun-tahun berada kat sini. Plaza Pekeliling ni banyak meninggalkan kenangan-kenangan yang melekat dalam jiwa aku. Di mana aku susah senang bersama kawan pejabat bersama-sama.

Lepas hantar cek, aku makan tengah hari kat Food Court dengan beberapa orang kawan dari pejabat lain yang sama Floor dengan pejabat aku sebelum ni. Tauke kat Food Court masih lagi sama. Cuma orang-orang yang ada kat situ semuanya aku dah tak kenal kecuali muka kawan-kawan lama aku ni. Tauke tu pulak bersembang dengan aku seolah-olah gembira dan teruja dengan kehadiran aku. Mungkin jugak sebab dia teruja melihat transformasi aku yang tampak semakin matang, semakin berkeyakinan dan lebih tampan daripada dulu. Lagipun, memang aku selalu usik tauke ni. Biasanya orang yang selalu kita sakat, dorang akan ingat kita lebih daripada orang lain. Betul tak? 

Kat sana aku perasan ada budak-budak PICOM (Kolej PUSRAWI) makan kat sana. Dan lebih kurang sepuluh kelibat jejaka-jejaka Afrika yang jugak pelajar Kolej kat sana, tapi aku tak tau kolej apa. Huh! Dah ada kolej-kolej pulak kat sini. Kenapalah dulu tak ada. Boleh jugak aku buat Further Study secara Part Time masa kerja kat sana dulu.

Lepas makan aku terus Chow. Hurm, rasa sedikit sedih sebab banyak kenangan terpatri kat sini dulu. Tersenyum aku atas motor masa On The Way balik. Rasa macam nak ulang balik kenangan dulu.


plaza pekeliling kuala lumpur, pekeliling kuala lumpur, bangunan plaza pekeliling, kenangan plaza pekelilingKenangan adalah sesuatu yang mustahil untuk kita lenyapkan kerana ia telah terakam rapi di dalam hati kita.

6 comments.. read them below or add one

sabree hussin sabree hussin 25 September, 2014
Fuh... post ni buat aku terkenang tempat kerja lama aku pulak... yang dah lama aku tinggalkan
Nadia Johari Nadia Johari 26 September, 2014
biasalah..lama2 tempat tu akan berbeza
Unknown Unknown 26 September, 2014
tempat jatuh lagi dikenang,ini kan pulak tempat bercinta..eh!tempat bermanja..eh!silap lagi..tempat ..tempat apa ye..lupa lak...
Unknown Unknown 28 September, 2014
yup , kenangan mmg x blh hilang sampai bila - bila sama ada suka atau duka ...
fairus fairus 29 September, 2014
Puasalah kau keliling di Plaza Pekeliling.. Mesti sekeliling kenal kau kan Boni...
Korn Ahmad Korn Ahmad 03 October, 2014
Plaza pekeliling..? tempat apa tu... ok aku lost.. haha..