Memang Kena Menuntut Dengan Persatuan Hoki Malaysia

keputusan penuh Malaysia vs Australia futsal dan hoki 14 oktober 2015

Tadi aku tengok dua-dua Game yang melibatkan hoki dan jugak futsal. Dua-dua Malaysia lawan Australia. Bezanya... futsal kena kitai 6-2, hoki pulak menang 3-2.

keputusan penuh Malaysia vs Australia futsal dan hoki 14 oktober 2015, pembangunan pasukan hoki malaysia,
Dua-dua aku tengok serentak. Satu kat Tb satu kat Ipad. Sampai berpinau kepala aku. Hampir-hampir keracunan makanan aku. 

Pelik kan. Apa yang melibatkan bola, Malaysia memang ketinggalan jauh. Tapi kalau hoki, Malaysia antara pasukan yang digeruni. Nampak tak perbezaan tu walaupun dua-dua pasukan menggunapakai pemain-pemain tempatan.

Ada yang cakap bola kena guna pemain-pemain Import baru boleh bersaing. Tapi tang tu aku macam tak berapa setuju. Dah tak asli lah macam tu. Bila rencahnya dicampur adukkan. Kalaupun Team bola guna Player Import, dan menang apa-apa Game, aku konpius nak bangga atau apa. Mungkin jugak perasaan gembira tu bercampur perasaan jeles bila awek-awek Malaysia bangga dengan Player Import. Hahaha.

Aku rasa mungkin persatuan bola sepak Malaysia dan jugak persatuan Futsal boleh menuntut ilmu pembangunan daripada persatuan hoki Malaysia. Ni yang terbaru aku dengar persatuan hoki Malaysia akan bekerjasama dengan Australia dari segi pertukaran pemain dan jugak ilmu-ilmu hoki bermula 1 Januari 2016 sampailah 31 Disember 2015.

Persatuan hoki Malaysia aku nampak memang bertungkus lumus dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk memastikan Team hoki Malaysia semakin maju ke depan. Tak macam persatuan bola sepak Malaysia yang aku rasa macam dah selesa dengan apa yang ada. Degil lak tuh. Plus angkuh. Tak nak terima kritikan. Rasa nak piat je tinge-tinge deme tu.

Pasukan hoki Malaysia dah membuktikan betapa harimaunya dorang. Bila pulak team bola dan futsal nak mengaum? Bosan dah aku menunggu lama ni. Belajarlah sesuatu dari persatuan hoki Malaysia!


keputusan penuh Malaysia vs Australia futsal dan hoki 14 oktober 2015, pembangunan pasukan hoki malaysia,Tahniah aku ucapkan pada pasukan hoki Malaysia. Korang memang garang! Grr




0 comment... add one now