Kedai Nasi Kak Wok Plaza Damas Sri Hartamas

Kedai Nasi Kak Wok Plaza Damas Sri Hartamas yeah! Kali ni aku nak kongsikan tentang nasi kak wok kat Paza Damas Sri Hartamas.

Sebenarnya Kedai Nasi Kak Wok kat Plaza Damas Sri Hartamas ni baru je bukak. Dijalankan oleh orang peniaga Kelantan sendiri. Mula-mula aku macam tak berapa nak terpikat sebab aku tengok macam biasa-biasa je. Tapi bila dah Try sekali, cukup buat aku rasa nak lagi.

Sama dia punya perasaan macam makan Nasi Ganja Ipoh. Rasa sekali nak lagi. Lebih memberangsangkan perasaan dia daripada tengok awek seksi pakai Mini Skirt kain terbelah tepi.

kedai nasi kak wok sri hartamas

nasi kak wok kuala lumpur

lokasi makan murah plaza damas sri hartamas

Apa yang menariknya Nasi Kak Wok kat Plaza Damas Sri Hartamas ni?? Dah tentulah dia punya kuah dan jugak sambal belacan. Sambal belacan dia memang lah.. Supaa Dupaa.

Paling menarik sekali dah tentu lah harga yang sangat-sangat murah berbanding lokasi makan yang ada kat Plaza Damas ni. Mana nak dapat makan tengah hari RM5 percuma air sirap. Air sirap pulak boleh Refill.

lokasi makan murah dan sedap sri hartamas

Ini yang aku tunggu selama ni. Kalau tak, aku akan selalu merungut makan kat Plaza Damas ni. Sini ramai pekerja Melayu yang rata-rata bukan Level bos. Gaji dah tentu ciput. Ni kalau makan tengah hari je pun dah dekat RM10 mana maunya...

Bila kedai Nasi Kak Wok ni muncul, depa ibarat Iron Man yang menyelamatkan bumi dari dimusnahkan oleh resakse dari planet Pluto. Ini adalah satu perkara yang ramai peniaga makanan kat sini terlepas pandang. Depa ingatkan jual mahal boleh kaya cepat, tapi depa silap. Kalau jual murah pastu sedap pulak tu, dah tentu pelanggan makin hari makin bertambah. Income makin banyak ler. Kalau makin sikit, maknanya ada toyol lah tu. Ngeh Ngeh.

tempat makan murah plaza damas

Ok, balik semula kat Nasi Kak Wok ni. Bagi aku sendiri yang hari-hari makan tengah hari kat sini, kualiti rasa dia memang terbaik. Sedap. Bukan je sedap, malahan kuantiti ayam goreng dia jugak pun Not Bad. Bukan kategori peniaga kedekut. Heh heh.  Aku rasa sangat-sangat berbaloi-baloi teramat dengan mengeluarkan belanja rm5 untuk makan tengah hari kat sini. Sebab tu, sejak dari hari pertama aku jejakkan kaki kat sini, aku terus jejakkan kaki hari-hari. Faktor kewangan pun main peranan jugak beb.

Kalau korang tanya aku berbaloi tak korang makan tengah hari kat sini? Aku akan jawab Yes! Sambil tunjuk isyarat bagus guna jari tangan kiri kanan dan jugak kaki. Maknanya sangat berbaloi tu. Lagipun, tempat makan dia pun sempoi jugak. Seronok makan sambil bersembang kosong menghabiskan masa.
makanan sedap dan murah sri hartamas
Mana dia lokasi kedai Nasi Kak Wok kat Plaza Damas Sri Hartamas ni? Ok, senang je. Korang Google Map je Plaza Damas 1, Sri Hartamas.

plaza damas 1

Korang ikut je suara awek yang tak sedap kat Google Map tu. Lepas tu masuk dalam Plaza Damas ni cari Malaysia Land ni. Kedai Nasi Kak Wok betul-betul bertentangan bangunan ni.

Ok. Bye!

4 comments.. read them below or add one

Bahrain Bahrain 25 April, 2016
tengok gambar macam nasi kandar pun ada . hehehe
A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y 25 April, 2016
nasik k. wok ni mmg popular. penah masuk afc channel. tgk kat tv pon dah meleleh air liur. owh.. nom3..!
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 26 April, 2016
sdpnyaaa tgk..

tp ns ganja yui xkenan sgt..huhuhu
Hawa Hassan Hawa Hassan 26 September, 2016
Nampak sangat menyelerakan. Harga pun lebih kurang sama dengan kat kampung saya je..terbaik.