TIP MEMIKAT WANITA SOMBONG














































      Assalamualaikum kepada korang semua.Kembali korang bersama aku. Siapa? Ape? Bonzai? Sob sob sob..  Uwargh!! Aku tau lah aku ni katik, sampai hati korang. Tapi tak apalah. Disebabkan aku ni agak kacak, maka aku maafkan lah korang.

     Hari ni aku kembali untuk memberikan sikit tunjuk ajar kat golongan-golongan lelaki yang tak berapa mahir dalam memikat wanita-wanita sombong. Memikat wanita adalah perkara yang sangat mudah, tapi bukan pada wanita yang sombong.  Tak kene cara, silap-silap korang kene maki je, apatah lagi kene lempang dengan kasut tumit tinggi.




      Jadi, korang jangan risau jangan khuatir. Berdasarkan pengalaman-pengalaman aku memikat wanita sombong, 99.99% berjaya. Dengan rasa bongkak dan takbur aku mengaku. Dan tanpa sedikit rasa berdosa, aku akan mengajar korang. Jadi, korang belajar rajin-rajin. Aku ajar ni pun tanpa apa-apa bayaran.  Aku harap segala jasa aku ni akan dihargai dan dikenang sampai bila-bila.

     
  1. Tunjukkan kehebatan korang dengan cara yang melampau dan takbur. Kerana wanita-wanita sombong seperti ini, memang akan cair. Contohnya.  Jika korang memiliki kepala yang cukup kuat, cuba tanduk seekor lembu yang sedang makan secara tanduk terbang sambil membuat muka jelek dan melambai si dia.
  2. Buat perkara yang jijik. Kerana wanita-wanita sombong sangat sukakan perkara yang lain daripada yang lain. Contohnya. Biarkan gigi korang tak bergosok selama seminggu. Bila korang terserempak dengan si dia, berlari pecut selaju yang mungkin ke arahnya. Dan bila semakin hampir, buat satu lompatan berpusing. Bila wajah korang bertentang dengan wajah si dia (dalam keadaan lompatan berpusing), terus hembus nafas korang tepat ke dalam hidungnya tanpa ada rasa segan silu.
  3. Jadikan diri korang HYPERAKTIF. Wanita-wanita sombong memang tak suka pada lelaki-lelaki naif. Contohnya. Sedang korang berjalan di hadapan si dia, buat-buat korang diserang sawan babi sambil bermain batu seremban. Jika hendak menampakkan hasil itu lebih asli, cuba korang mengesot mengejar si dia sambil menjerit-jerit dan bermain PSP.
  4. Cover macho? Ini adalah kesilapan terbesar jika korang buat. Wanita-wanita sombong paling anti dengan lelaki-lelaki macho. Buat muka yang aneh. Contohnya. Jika korang ternampak si dia sedang makan, datang terus ke meja makannya sambil membuat senyuman aneh (bahagikan bibir korang ke 2 bahagian. Kiri dan kanan. Pastikan sebelah kiri senyum dan sebelah kanan masam), sambil membeliakkan mata korang sebesar-besarnya.Untuk mendapatkan hasil yang lebih positif, hampiri si dia dengan cara melompat-lompat dalam keadaan duduk bersila sambil membuat senyuman aneh.
  5. Tunjukkan TARIAN KASIH SAYANG. Kebiasaannya kalau bercerita tentang tarian, pasti ramai yang terbayang breakdance, shuffle, tarian zapin, menari dalam guni dan sebagainya. Tapi apakah itu tarian kasih sayang? Tarian ini sebenarnya telah pun digunapakai oleh lelaki-lelaki sejati yang punyai cinta sejati. Tak semua lelaki di dalam dunia ini mampu menguasainya. Langkah-langkahnya:-
  • Pasangkan muzik romantik.
  • Hampiri si dia.
  • Buat satu lompatan setinggi kemampuan korang sambil mengorek-ngorek lobang hidung korang menggunakan garfu.Ulang langkah ini sebanyak 4 kali.
  • Lemparkan punggung korang ke sebelah kanan selaju yang mungkin dan diikuti ke sebelah kiri, sambil mematuk-matuk orang yang lalu lalang berhampiran menggunakan gigi korang. Ulangi langkah ini sehingga korang dilempang oleh orang-orang yang lalu lalang tersebut menggunakan mangga pagar.
  • Taburkan kulit durian di atas jalan. Hempaskan badan korang di atas kulit durian-durian tersebut dan berguling-guling sambil ketawa terbahak-bahak mengikut irama lagu yang dipasang.
  • Hayunkan halkum korang ke kiri dan ke kanan sambil mengangkang dan terlompat-lompat.
  • Membuat lompatan berpusing-pusing di udara dan di akhiri dengan terjun tiruk ke dalam tong sampah berhampiran korang sambil menghisap choki-choki.

      Jadi, setakat ini sahajalah yang dapat aku kongsikan bersama. Sebenarnya banyak lagi ilmu yang aku tak tonjolkan kat sini. Cukuplah setakat ni. Jikalau korang nakkan lebih, datanglah beramai-ramai ke kelas aku dengan kadar bayaran sebanyak 5 cupak emas satu kepala. Kelas aku akan berlangsung setiap hari di dalam sarang burung wok-wok di selatan tanah air. Daftarlah dengan segera.

      Assalamualaikum

{ 27 comments.. read them below or add one }

jaja jaja 30 November, 2010
E'EH Yati la..hhehehe
mawar rina mawar rina 30 November, 2010
dia buat camtu yek huhuhu
padan lah....
Unknown Unknown 30 November, 2010
jaja : hahahaha..mane4??

mawar : ye..tepat sekali.dengan rasa penuh bongkak dan angkuh..hahaha
nadz Lyza;nadz Lyza; 30 November, 2010
boni:dr mana u dapat idea ngorat pompuan cmtu???mcm penah wat je??so hasilnye cmner???
hahhahaha...u mmg gler r en z....huhuhu..apa2 pun i like..huhuhu...
AnonymousAnonymous 30 November, 2010
kalo xmenjadi camne,aku shoot buah pinggang ko ngan bola..!!hahaha
Unknown Unknown 30 November, 2010
maia : hakhakhakhak..giler+sengal..hakhakhakhak

orang yang tak dikenali : hakhakhakhak..jangan la macam tu.bek ko hadiahkan aku dengan bola futsal..hehehehe
Dinda KisahDinda Kisah 01 December, 2010
ala boni 2 cara ngorat zaman batu sbb 2 x penah nak cuci gg...........sejak colgate d temui dlm pasaran gelap.......institusi ngorat trus berubah tau.........gg jdi putih bersih n berkilau...so ppuan sombong trus tpikat sbb xyah cibuk nk bawa cermin lg tau....kalu depa nk tepung muka 2.........so fakta awak 2 slh dri sisi gelangang futsal n blh djatuhkan hukuman pakai skirt n bawa papan tanda menunjuk arah ke toilet llki or ppaun
Unknown Unknown 01 December, 2010
dinda : hahahaha..this is 4 fun..tak tau la plak kalau u anggap ni betul2..hahaha
ThanyapornHerb.com ThanyapornHerb.com 01 December, 2010
hehehe.. my pic..warggh!! boni.. awk mmg pandai mengorat..wahahaha...!
Unknown Unknown 01 December, 2010
hahahaha..pandai mengorat plak..hahaha..
AnonymousAnonymous 02 December, 2010
dh mcm azawan ali dh aku tengok kau merapu zack..
hahaa~
AnonymousAnonymous 02 December, 2010
mat z ko mmg dh rosak teruk...kembalilah ke pangkal tenuk...enjin mesin rumput masih hidup untuk ko mat z
Unknown Unknown 02 December, 2010
orang tak dikenali 2 : hakhakhakhak.azawan yer??

orang tak dikenali 3 : hahahaha.baiklah ko je yang kembali ke pangkal tenuk..aku taknak..hahaha
AnonymousAnonymous 03 December, 2010
sambil baca sambil tgk muka kerul ni...dh mcm muka tekek kerul ni
Unknown Unknown 03 December, 2010
orang yang dikenali : hakhakhakhakhak.ko jangan wat pasal dengan dia,dia kasi tekek dia gigit kerandut ko baru tau..hakhakhak
AnonymousAnonymous 07 December, 2010
Ko ni sakit kot..?? Aku gunakan tips ko tu kt ko la ye..tgk cmne hasilnyer..!! Nasz is the god of war
AnonymousAnonymous 12 February, 2011
pd sesiapa yg nk ikut tips ini....
ikut ler klu nk merasa jd bujang tua hhaha
AnonymousAnonymous 22 July, 2011
wei, bahaya care gini wei.. bleh mati awek aku! haha.. ngarut, ngarut.. :p
AnonymousAnonymous 28 September, 2011
woy nie sape...asal ade muke adi @ pooh....aduhai,korang nie dk2 selayangkan...
Unknown Unknown 29 September, 2011
hahaha..mane ko tau kitorang budak2 selayang??
farahadilah farahadilah 29 September, 2011
mana dapat tip tue??? cm tue ker??hahahakk... kompom lagi xdapat!!! huhuhuh...
Unknown Unknown 29 September, 2011
farah : hehehehehe..tapi dalam mimpi bleh je dapat.hakhakhakhak
AnonymousAnonymous 03 October, 2012
Apela ko ni...wat ak glak guling2 je tgh mlm...ak bru nk cri tips yg bguna utk awek sorg ni...hahaha
Tengkubutang Tengkubutang 28 May, 2013
hahahaha.. lawok punya tips..
AnonymousAnonymous 29 May, 2013
You ought to be a part of a contest for one οf
the hіgheѕt qualіty blоgs on
the web. Ι most certainly will recommеnd thіs blog!


Feel freе to visіt my blog post hcg diet