Cerita Lawak : JANGAN CABAR AKU!!!


     Hari ni berlalu seperti hari kebiasaan aku.Memang kadang-kadang aku rasa meluat betul nak bangun pagi.Rasa nak je aku teruskan aktiviti tido aku tanpa mempedulikan kerjaya aku.Tapi disebabkan rasa tanggungjawab dan amanah yang tinggi dalam diri aku,aku gagahkan gak diri aku untuk bangun pagi.Selesai bersiap,aku keluar untuk memanaskan enjin motor YAMAHA 135LC aku.Beliau lebih aku anggap sebagai bini dan merangkap kuda tempur yang sangat aku sayangi.

     'Dah panas da sayang?Jom kita membelah jalanan.', bisikku sambil tersenyum sinis padanya.

'





     Tepat jam 8.40 pagi , aku tiba di pejabat.Aku mengambil satu sudut yang redup untuk 'park' bini aku.Al-maklumlah.Bini aku ni manja.Tak boleh kena panas.Selesai mengunci bini aku,aku melangkah dengan penuh rasa bersemangat.Langkahan aku pantas dengan wajah yang mendongak sedikit ke atas tanda kebongkakan dan keriakan yang tersangat-sangat.Sedang aku stim melayan langkahan bertenaga itu,aku terkejut lantas terlompat. 

     'Opocot abah kau!!',aku terlatah.Ini yang buat aku panas.Kenapalah bila aku tengah dalam mod macho,ada je yang mencacatkannya.Adoiyai.Tanpa melengahkan masa,aku terus menjawab telefon aku yang berbunyi tu.Dan kedengaran suara yang tak berapa nak sedap mencabar aku.

     ' Hello bro,wa dengar lu champion?Wa nak bukak game.Wa nak cabar lu bro!! ', suara itu mencabarku.

     Aku tersentak.Serta merta darah aku berderau.Baranku datang secara mengejut.Tapi,as usual,aku tetap maintain.Aku control.Macho tetap aku pertahankan.Aku menjawab dengan penuh tenang dan takbur. ' Ye,memang aku champion.Kau baru tau ye?Kesiannya.Tapi malang sekali bro,aku dah cuci tangan.Dah lama sangat aku pegang gelaran tu,aku nak bagi orang lain pulak yang merasa.Kau carilah orang lain ye bro.'.

     ' Bro,lu jangan main-main dengan wa.Lu tak kenal lagi sapa wa!Kalau lu tak sahut cabaran wa,lu memang tak ada %@$!&*!!!(bunyi tut).Kasi potong bagi anjing makan la bro!!'.  


     Ha.Ayat ni buat aku panas.Ni yang aku pantang.Pantang betul aku bila orang cabar aku guna ayat ni.Suka-suka dia je.Dia ingat aku ni nak membujang sampai tua ke?Dia ingat aku tak nak zuriat ke?Darah aku semakin berderau.Ego aku semakin memuncak.Kejantanan aku tercabar.Lantas dengan nada yang sedikit tinggi,aku arahkan dia untuk set masa dan tempat.Kali ni aku memang nak ajar mamat suara tak sedap ni.Tunggulah nasib engkau.Kau tak kenal lagi sapa Boni.

...........................................................................................................
      
     ' Tauke,u kasi setting ini motor.Saya mau u setting baek punya.Saya mau sampai tayar depan sama tayar belakang tak cecah jalan bila saya pecut.Ok tauke? ',  arahku kepada tauke Ah Peng & Friend Motor.Kedai yang biasa aku 'buat' bini aku.Dalam masa yang sama aku turut membantu beliau untuk memastikan hasil yang akan diperolehi menepati kepuasan aku.

     Malam itu aku termenung.Aku tak dapat melelapkan mata.Puas aku pusing kanan pusing kiri , berpusing 360 darjah , bergelek , shufle , menari zapin , buat tarian ular , main tenteng , meletak colgate kat lobang hidung aku , menunjal-nunjal perut aku sendiri , melempang-lempang pipi menggunakan tapak kaki , merendam kepala dalam mangkuk tandas , menghempaskan kepala aku kat kulit durian , melemparkan wajah aku ke dalam kuali panas , terjun daripada tingkat dua secara kuak lentang , namun masih tak dapat aku melelapkan mata.Aku gelisah.Apakah aku dapat mempertahankan gelaran aku ? Skil aku semakin berkarat setelah sekian lama tak beraksi.Esok adalah penentuannya.Aku cuba menenangkan diri aku dengan menelan hamster aku,tapi still gak tak dapat menenangkan aku.Aku redha.Dan ketika itu jugalah aku berazam untuk lakukan yang terbaik.Aku akan beraksi sepenuh hati.KAMIKAZE.Di mana ada kemahuan,di situ ada highway.

............................................................................................................

     Detik yang dinanti telah tiba.Aku tiba di lokasi dengan penuh semangat.Riak wajah aku sedikit riak dan takbur tatkala memandang tepat wajah mamat yang mencabar aku.

     ' Huh!Sekurang-kurangnya aku lebih kacak daripada kau!",dengusku di dalam hati.

     Dengan menunggang YAMAHA 135LC berwarna hijau , ber'sport rim' warna oren , berbunyi bising dengan paip yang dipasangnya , tidak ber'side mirror' , memakai helmet cap KHI berwarna pink , sudah cukup untuk menggambarkan yang citarasa mamat tu memang tak senonoh langsung . Geli mat . Aku cuba menahan gelakku walaupun usus aku ketika itu sedang digeletek oleh cacing-cacing kerawit ternakanku yang berusaha keras untuk memaksa aku gelak.Tapi,as usual,aku tetap maintain.Tetap macho.Selepas aku membuat 40 pusingan mengelilingi mamat tu sambil tidak sikit pun berkelip mata aku memandangnya,aku park bini aku sebelah beliau.Game dahpun hendak bermula.Sambil itu seorang cikaro(gadis) menghampiri untuk membuat perkiraan.Setitis peluh jantanku menitis daripada lobang hidung aku.Dalam fikiran,aku hanya nakkan kemenangan.

     ' Satu.............Dua............' , teriak cikaro tersebut sambil memegang penyapu lidi yang dipasang bendera di hulunya.

     Adoiyai.Kenapalah tak semegah betul bendera dia ni.Aku mengabaikan perkara tersebut dan lantas menumpukan sepenuh perhatianku.Mata aku tajam merenung ke hadapan ibarat renungan mata Lee Chong Wei kepada Lin Dan ketika mereka bertemu di pertandingan badminton.
     ' Tiga!! '.
  
     Aku terus mencapai choki-choki yang disediakan di hadapan aku tanpa memandang langsung ke kiri mahupun ke kanan.Aku dah tak peduli.Aku akan makan sepantas yang mungkin.Aku mesti menang.Aku musti.Maruah harus aku pertahankan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.Satu persatu choki-choki aku habiskan dengan begitu pantas dan efisien sekali.Walaupun keadaan agak kelam kabut,tapi,as usual,wajahku tetap maintan.Macho.Tenang.Ibarat wajah tenang Lee Chong Wei.

     Dan akhirnya.Aku berjaya menghabiskan 50 batang choki-choki terlebih dahulu daripada mamat tu.Aku berjaya.Aku berjaya.Aku merenung ke langit tanda bersyukur.

     Mamat tu akhirnya akur dengan kehebatan dan kekacakan aku sambil beliau menangis berguling-guling di dalam parit berhampiran.Tapi aku akan tetap smash dia.Smash tetap smash.

     ' Bro,lain kali jangan cabar aku.Aku pantang dicabar.Kau tau tak kau cabar sapa?Kau cabar raja choki-choki bro.Aku champion.Aku tetap no1. ', sambil jari kaki aku menguis-nguis kelopak mata mamat tu.

     Mamat tu menangis teresak-esak sambil berlari-lari anak meninggalkan aku.Aku bangga dengan diri aku.As usual juga,dengan wajah yang riak dan sedikit takbur,aku melangkah dengan langkahan yang penuh bergaya ke arah bini aku.

     ' Sayang,kita dah menang sayang! ', sambil aku menanduk-nanduk halkum seorang mamat yang kebetulan lalu di situ.

                          
                                                - tammat -
    

      

{ 22 comments.. read them below or add one }

Mr Swat Mr Swat 25 November, 2010
huhuhu...... mimpi yang indah.... huhuh... apo da...
AnonymousAnonymous 25 November, 2010
best!!lagi2!!!!hahahaha...
dyelladyella 25 November, 2010
ermmm..best ar boni citer awk..hehehe...baguihhhhhhh sgt.... !!
Unknown Unknown 25 November, 2010
hahahaha..tunggu...hehe
ThanyapornHerb.com ThanyapornHerb.com 25 November, 2010
adoiii..x leh tunggu hehehehe...
AnonymousAnonymous 25 November, 2010
hahahha..cter best...ingatkan btul2 race...rupa'Y hampeh...makan choki je pun,,,mmg GEMPAQ.
maiamaia 25 November, 2010
boni cter ni mmg gler.best sgt2...suspen n pnh dramatik...hhehee
Unknown Unknown 26 November, 2010
hakhakhakhakhak..thanks all..follow k blog nih..pasni akan ada lagi citer2 yang ak akan cube buat usus korang terbelit2 mahupun terlipat2..hakhakhak..tunggu....hehehe
AnonymousAnonymous 03 December, 2010
mengapa mesti aku....aku kalau boleh x mau terjebak dgn blog ko ni...tp kenapa aku mesti menjebakkan diri...aku nk ko byr duit cc ni
Unknown Unknown 03 December, 2010
orang yang tak dikenali : hakhakhakhak..sapa sebenarnya ko??adoyai..ko pun kene bayar royalti sebab baca blog aku ni..hakhakhakhakhak
AnonymousAnonymous 12 February, 2011
pasal choki2 pun gduh mcm nk rak......meh cni lawan mkn choki2 sma gue plk...
ada brani....
MisZz LuVr3 MisZz LuVr3 26 March, 2011
haha..lwak ah! ch0ki2!!...i like~
Unknown Unknown 30 March, 2011
hahahahaha..thanks2 miszz naiera
Unknown Unknown 01 February, 2012
hahaha !! coki2 je ..adeyhhhh .... ingat ke race ...tertipu
Unknown Unknown 02 February, 2012
@MAiSAraH

hahahahaha,,jangan MARAH YER..HEHEHE
eddy syrol eddy syrol 21 March, 2012
lawak...! bahahaha...
Unknown Unknown 21 March, 2012
@hawiz

hahahaha..thanks bro :)
hamsterhamster 09 April, 2012
haha.. tersumbat sistem kumbahan aku baca entry ni.. nice..
Unknown Unknown 06 December, 2012
Ingatkan nak race rupanya lawan makan choki-choki..hehe..

#Time risau tu hiperbola je lebih . :)