Cerita Lawak : Santau

     Assalamualaikum hendaknya kepada semua yang mengenali diriku ini . Rasanya dah terlalu lama aku tak update blog aku ni . Rasanya da makan tahun . Hakhakhakhak . Hurm,jadi hari ni aku saje je nak menulis , tanpa ada isi ape-ape pun . Main tulis je ni , asalkan blog aku update . Hakhakhakhak .

     Minggu lepas, hari Sabtu , bersamaan hari krismas , officemate aku baru je melangsungkan perkahwinan bersama suami tercinta . Aku pula hadir sebagai Dj dan juga mengendalikan set P.A system . Kalau sesiapa yang ingin melangsungkan perkahwinan dan ingin mendapatkan set P.A system , boleh lah contact aku . Aku sediakan sekali penyanyi jemputan , no worries. (sempat lagi promote bisnes) .

            

     Jadi , bukan lah hal perkahwinan ini yang menjadi tajuk cerita aku pada hari ni , tapi ia adalah tentang santau. Kalau bercerita pasal santau , pasti ramai yang tau apa itu santau . Ada santau angin , santau katak puru , dan macam-macam lagi yang kadang-kadang di luar pemikiran kita .

     Tapi , harus diingat , tiada di dalam dunia ini yang berkuasa selain daripada Dia . Dia lah Maha Kuasa . Baiklah , tanpa membuang masa aku akan ceritakan sebuah kisah dan tauladan . Kisah pernah terjadi pada seseorang yang bernama lelaki . Aku hanya menceritakan pengalaman insan itu . Untuk menjadikan ia lebih tragis dan menjiwai watak , aku memasukkan diri aku sendiri sebagai watak lelaki itu  Saksikan..

.....................................................................................................................................................................


bab 1

     " Woi sapik!!Petang ni mau pergi mana? ", aku bertanya kepada kawan sekerja.

     " Mana lagi??Maple la!!Macam tak biasa! " , getus Syafiq sambil kening terangkat-angkat .

     "  Adoiyai , aku dah naik muak la dengan maple tu.Aku macam dah mula rasa dalam badan aku ni dah sebati dengan peluh mamak yang buat roti canai tu . Cari lah port lain . Aku dah buhsan " , aku memarahi syafiq sambil melempang-lempang pipi beliau.

     " Nak buat macam mane beb , itu je lah hala tuju kita selama ni. Tanpa maple,sapalah kita . Majulah maple untuk negara " , teriak Syafiq sambil menggesek-gesek kepala di dinding ofis .

     Pada pagi itu , kami berdua terus bercerita tentang berbagai-bagai isu tanpa mempedulikan kerja yang bersepah di atas meja . Aku kadang-kadang terasa seperti aku adalah seorang CEO syarikat kerana lebih banyak bersembang daripada melakukan kerja-kerja yang di amanahkan kepada aku. Lebih mengeruhkan keadaan , kadang-kadang dengan selambe badak je aku tidur di dalam pejabat . Jadi, itulah kerja aku seharian . Lebih banyak mengular daripada bekerja . Syafiq pula adalah rakan sekerja aku yang paling cool sekali . Beliau agak tegap orangnya,berambut panjang dan berkumis tebal . Jika sekali pandang ,saling tak tumpah seperti seorang 'bouncer' kelab malam.

bab 2

     Seminggu kemudian , aku didatangi satu mimpi yang sangat mengerikan . Di dalam mimpi itu , aku di datangi seekor hamster yang boleh berkata-kata. Tiba-tiba sahaja hamster itu keluar daripada bawah tangga , lantas memanggil nama aku . Tanpa sikit pun mencurigai hamster itu , aku menghampirinya. Tidak semena-mena hamster itu telah melompat dan menumbuk aku. Aku jatuh terlentang . Bila aku buka je mata , aku berada di bawah katil sambil hidung aku berdarah . Aku masih tertanya-tanya apakah maksud di sebalik mimpi ngeri aku itu .

     Sesampainya aku di pejabat , aku terus mendapatkan Syafiq yang sedang berlari-lari sambil terlolong-lolong kerana dikejar seekor lipas . Aku terus menumbuk halkum dia kerana perbuatannya itu memalukan kaum lelaki . Dengan muka megah dan bangga , aku terus menangkap lipas tersebut lalu menggigit dan memakannya dengan harapan sesiapa yang melihat perbuatan aku itu akan mengakui kehebatan aku .

      Sesudah selesai menunjuk-nunjuk kehebatan aku , aku terus mendapatkan Syafiq yang tersangkut di mesin photostat akibat ditumbuk oleh aku lantas aku menceritakan tentang mimpi yang aku alami tersebut . Dengan linangan air mata yang membasahi pipinya , Syafiq mengatakan bahawa aku akan di khianati orang . Dengan bibir yang terketar-ketar dan halkum yang turun naik turun naik , dia cuma menyebut satu perkataan iaitu  "santau" .

      Pada petang itu , aku semakin tidak keruan . Apakah yang diberitahu oleh Syafiq itu benar-benar menghantui hidup aku . Aku dah mula memikirkan macam-macam . Di rumah pula , aku sudah mula melakukan tabiat yang luar biasa untuk meredakan keresahan aku . Aku mula berguling-guling menuruni tangga , aku mula menggigit-gigit telinga jiran aku , aku mula mengejar anjing , aku mula menjilat bateri kereta, aku mula melempang kucing menggunakan hujung buku lali aku , aku mula menanduk-nanduk semut yang lalu lalang di lantai , aku mula melastik buaya , aku mula memijak-mijak kepala hamster menggunakan perut aku , aku mula menjentik-jentik halkum belut dan berbagai-bagai lagi sehinggakan aku di gelar pengganas oleh kebanyakan haiwan . Mereka tak faham apa yang aku lakukan.Aku buat tu semua sebab nak meredakan keresahan aku .


bab 3

     Keesokan harinya , secara tiba-tiba aku merasa kesakitan yang teramat pada perut aku . Terasa memulas-mulas . Lantas aku teringat pada kata-kata Syafiq yang benar-benar menghantui hidup aku . Santau. Tidak semena-mena , aku muntah darah . Aku semakin cuak.Aku semakin cemas . Hinggakan tanpa aku sedari aku telah menyarung baju kurung untuk ke hospital . Dalam keadaan yang kelam kabut itu , aku terus menghidupkan enjin motorsikal aku dan terus memecut . Dalam pada itu juga aku lihat seperti beberapa orang sedang melihat aku sambil tersenyum sinis . Di dalam hati aku timbul persoalan , adakah mereka ini yang menyantau aku . Aku terus memberhentikan motorsikal dan mengejar mereka yang tersenyum sinis pada aku . Dengan selamber je aku memberi satu penumbuk padu dan hinggap tepat di hujung rambut mereka .

      Dan aku terus bertanya , " Korang senyum-senyum ni sebab korang santau aku kan??!! ,".

      " Eh , tak ada bro . Kitorang senyum-senyum sebab bro pakai baju kurung , " , jawab mereka sopan .

Dengan wajah yang agak tebal , aku terus berlalu pergi dari situ sambil berlari-lari anak dan menutup muka aku . Aku pulang semula ke rumah untuk menukar pakaian aku sambil di tertawakan dengan sekuat-kuatnya oleh mak aku. Tetapi sedikit pun aku tidak mengambil pusing perkara itu kerana ada satu lagi perkara penting yang harus aku fikirkan . Aku terus bersiap dan terus memecut ke hospital .

     Sesampainya di hospital ,aku telah berjumpa dengan Doktor Jangan Bin Buang . Beliau merupakan doktor yang bertugas pada hari itu . Dan aku terus menceritakan apa yang terjadi sambil menghentak-hentak kepala aku ke betis beliau . Beliau menyuruh aku supaya bertenang sementara beliau melakukan pemeriksaan ke atas aku . Selang berapa minit , beliau membawa sekeping kertas . Dan aku tahu itu adalah keputusan . Aku semakin berdebar untuk mendengar hasil keputusan . Dengan muka yang agak pucat dan kening terketar-ketar , doktor itu menyerahkan kertas itu kepada aku . Secara tiba-tiba doktor itu breakdance dan terlolong-lolong.

      Dan secara drastik juga beliau bersuara , " Sebenarnya encik , encik ni hanya keracunan makanan.Darah yang keluar tu pula ,adalah darah daripada gusi encik yang koyak tu.".

     Aku terus termenung sambil teringat tragedi aku memakan lipas sebelum ini.Jadi itulah perkara yang membuatkan aku keracunan makanan . Bukanlah santau. Sambil aku berlalu daripada hospital , aku terus memikirkan apakah idea yang bernas untuk menyeksa Syafiq .

-tammat-

{ 17 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 28 December, 2010
hahaha..mkn lipas...! eee.. busuk punyer org..huhu
ThanyapornHerb.com ThanyapornHerb.com 28 December, 2010
mmg sgt sgt sgt klakar.. seksa syafik tu bg mkn jus lipas..hehe
Unknown Unknown 28 December, 2010
hahahaha..mane ada busuk..hari-hari mandi nih
Unknown Unknown 28 December, 2010
dyella : hakhakhakhak..bukan setakat jus lipas, jus tikus pun boleh..hakhakhakhak
lissielissie 28 December, 2010
adoiyai...u ni kn......lipas....lipas...lipas.....hehehehehehehe.....i taw la kisah hitam u dgn lipas2 yg ada kt malaysia ni....sampai bila????sampai bila???sampai bilaaaaaaaaaaa??????!!!!sampai bila u nk takot ngan lipas ni...????heheheheheh...
Unknown Unknown 28 December, 2010
lissie : hakhakhakhak..jangan la bocorkan rahsia
AnonymousAnonymous 28 December, 2010
hahaha best...aku igt sapik M....miahahahaha..
halkum turun naik membuatkan aku teringat kat gjal yang sedang menyanyi lagu dwen...hahahahak
Unknown Unknown 29 December, 2010
hakhakhakhak..memang ada kene mengena ngan budak2 selayang nih..hakhakhak
fae jamal fae jamal 29 December, 2010
awk ney dasyat sungguh! g mkn lipas 2 watpe? hahaha! besh sungguh cite awk neyh..ahhahhaa
Unknown Unknown 29 December, 2010
misz fae : hahahahaha..thanks..terus support citer2 saya tau..hehehe
Khalish RizkinKhalish Rizkin 29 December, 2010
azmir yang baca blog ko smpai dia disahkan buta oleh pakar sakit tuan...sedih yang teramat sgt smpai dia xleh wat pape katanya...skang dia dh dpt meneruskan kehidupannya secara normal sbb dia dh buta...miahahahaha
Unknown Unknown 29 December, 2010
khalish : hakhakhakhak..susah la die nak bawak motor lagi pasni..hakhakhak
maszull maszull 06 July, 2012
assalamualaikum boni....hehehehheeh mcm2 kan...:)
blog juga blog juga 07 August, 2012
Salam persahabatan,
Ingin berkongsi banner saiz 125px, sila kunjungi blog kami untuk daftar.

Terima kasih.
http://www.blog.nik.my/index.php?id=39
AnonymousAnonymous 20 February, 2013
[url=http://levitranowdirect.com/#xwtjq]cheap levitra[/url] - buy levitra , http://levitranowdirect.com/#jpdvh cheap levitra online
AnonymousAnonymous 06 May, 2013
[url=http://truelevitrahere.com/#gajun]generic levitra[/url] - generic levitra , http://truelevitrahere.com/#ekxuh cheap levitra
AnonymousAnonymous 06 May, 2013
[url=http://truelevitrahere.com/#rgrse]levitra 10 mg[/url] - levitra online without prescription , http://truelevitrahere.com/#jybiw levitra without prescription