Cerita Lawak : Aku diserang oleh Khairul Fahmi

Assalamualaikum kepada semua peeps dan readers setia kesayangan aku.Hari ni,awal-awal pagi dah hujan.Aku rasa macam nak tidur je kat bawah meja aku ni.Nasib baik aku tak bawak bantal,bantal peluk,tilam,selimut dan botol susu.Kalau tak,memang dah jalan dah aktiviti sihat aku tu.Hahaha.

heh heh.walaupun ngantuk,aku tegaskan juga muka aku ni.

Hari ni aku sangat-sangat gembira kerana semalam aku mendapat satu penambahan semangat untuk meneruskan lagi penulisan aku di blog ini.Sesuatu yang benar-benar buat hati aku tersentuh dan benar-benar rasa dihargai.Ok,yang tu aku akan cerita sekejap lagi.Sekarang ni aku nak story pasal Khairul Fahmi serang aku.Aku betul-betul tak sangka beliau akan bertindak macam tu.

Kisah terjadi baru-baru ni.Sedang aku melepakkan diri sambil minum teh 3 layer bersama Bengkuas dan Hernandez Hamidon.Sedap juga teh 3 layer tu.Hari-hari minum boleh potong kaki tu.Sedang aku menghirup dan menghayati keenakan teh tu sambil menggaru telinga yang gatal menggunakan ibu jari kaki kanan,tiba-tiba nama aku diteriak dari jauh.Aku pun apa lagi.Darah muda,senang je panas.Terus aku melompat dari kerusi.Aku capai kerusi tu dan aku baling sekuat hati dan sepenuh tenaga ke arah suara yang meneriak tu.Tak disangka-sangka kerusi itu tepat mengenai kepala Hernandez Hamidon.Aku pun pelik.Kenapa kerusi tu terbang ke arah Hernandez Hamidon yang berada di sebelah aku dan bukannya ke arah suara puaka tersebut.Aku segera meminta maaf kepada beliau dan membelanja beliau ais krim lolipop.Sejurus selepas itu,aku terus berhadapan dengan suara tersebut.

"Kau rupanya Khairul Fahmi!!Kau dah kenapa terlolong-lolong macam orang yang kehilangan kasih sayang seekor kucing je?!!Kau nak cari gaduh dengan aku ke?Kau dah habis fikir?Dah cukup amalan kau untuk aku hantar kau ke alam kubur??!!",tengking aku kepada Khairul Fahmi.

"Aku memang dah lama tak puas hati dengan kau!!Sejak kau cubit hamster aku hari tu pun aku dah mula berdendam dengan kau!!Hari ini adalah penentunya.Aku akan habiskan kau hari ni jugak!!!",teriak Khairul Fahmi sambil mula memasang kekuda.

Aku terus berada dalam mod bersedia untuk menerima apa pun serangan menggila daripada Khairul Fahmi.Macam mana sekalipun,aku tak boleh kalah di dalam perhitungan ini kerana Bengkuas dan Hernandez Hamidon telahpun menganggap aku sebagai otai dorang.Kalau aku kalah,sememangnya akan tergugat kedudukan aku di dalam hati dorang.

Sedang aku bersedia dengan gaya yang sangat kacak di mata-mata gadis-gadis yang berada di kedai itu,secara tiba-tiba angin bertiup kencang.Rambut aku yang ikal mayang pun sekali berterbangan lantas mengkacakkan lagi  wajah aku yang tersedia kacak ini.

Dan...secara tiba-tiba Khairul Fahmi mengorek-ngorek hidung beliau dan terus menembak aku menggunakan taik-taik hidung beliau.Bertalu-talu taik-taik itu menuju ke arah aku.Aku terus mengelak dan mengelak agar ia tidak mengenai tubuh badan aku.Aku membalas serangan dengan mengorek-ngorek pula hidung dan menjentik-jentik taik hidung aku tepat ke muka Khairul Fahmi.Ternyata beliau juga mahir mengelakkan diri.Serangan ganas dan kejam itu berlarutan selama 5 minit.Orang ramai yang menyaksikan aksi yang terlalu hebat itu pula bertempiaran lari kerana tidak tahan merasai aura aku dan juga Khairul Fahmi.Hidung kami berdua mulai kemerah-merahan kerana terlalu kerap dikorek dengan tangkas sekali.Namun,aku melihat Khairul Fahmi masih lagi mengorek-ngorek hidung untuk mendapatkan 'peluru-peluru emas' beliau.Ternyata beliau sememangnya bersungguh-sungguh untuk menumpaskan aku.Aku pula terus berterbang-terbangan di udara untuk mengelak segala tembakan-tembakan taik hidung Khairul Fahmi.Namun,di dalam kehebatan dan kekacakan mengelak itu,aku telah melakukan satu kesilapan.Kaki aku tersadung dengan perut mamak yang bekerja di kedai itu.Ketika itu,beliau sedang berpura-pura menjadi jalan raya kerana risau diapa-apakan oleh Khairul Fahmi.Aku pula terus terjelopok jatuh di atas jalanan.Dan ketika itu,aku melihat kehadiran satu taik hidung yang terbang melayang ke arah aku.Aku bingkas bangun dan menarik mamak itu untuk menjadikan beliau sebagai perisai manusia.Di kesempatan itu,aku terus mengorek lagi hidung aku untuk mencari lagi 'peluru'.

wajah ganas Khairul Fahmi

"Oh,ini yang terakhir...Aku tak boleh melakukan kesilapan.Jika tak,aku takkan ada peluang lagi untuk menumpaskan Khairul Fahmi.",fikirku sambil memikirkan strategi untuk menewaskan Khairul Fahmi memandangkan aku hanya ada sebutir sahaja 'peluru'.

Sedang mamak tu bertempiaran lari,aku menggunakan kesempatan untuk berlari selaju-laju dan sepenuh-penuh kudrat aku menuju ke arah Khairul Fahmi yang sedang leka mengorek hidung.Beliau terkejut dengan kehadiran aku yang sedang menuju ke arahnya.Aku bertekad untuk mengambil peluang yang ada itu untuk menumpaskan beliau.Sedang Khairul Fahmi menggentel taik hidungnya untuk dijentik ke arah aku,dengan sepantas kilat aku menjentik taik hidung aku ke dalam mulut beliau.Tercampak beliau ke belakang lantaran serangan hebat aku itu.Selepas tercampak lebih 10 meter,Khairul Fahmi bingkas bangun.Aku terus bersedia menghadapi apa pun jua kemungkinan yang bakal melanda.Namun,secara tiba-tiba Khairul Fahmi menangis teresak-esak dan menghentak-hentak kaki sebelum beliau berlari-lari anak meninggalkan aku.Akhirnya,aku berjaya menewaskan beliau.Terpelanting-pelanting kelemumur aku dek terlalu gembira.Bengkuas dan Hernandez Hamidon berlari-lari mendapatkan aku untuk meraikan kemenangan aku itu.

"Kemenangan ini,aku hadiahkan buat korang berdua!!",kataku sambil membuat isyarat peace dan mengangkat-ngangkat kening.

Bengkuas dan Hernandez Hamidon menangis-nangis kerana terlalu teruja.

-tammat-

Jadi,inilah kisah aku diserang oleh Khairul Fahmi.Musti korang rasa nak calit taik hidung korang kat aku kan.Hahahahaha.Sabar-sabar.Inilah dugaan membaca blog aku.Hahaha.

Jadi,sebelum aku mengundurkan diri,aku akan kotakan janji aku untuk ceritakan apa dia yang menjadi penambah semangat aku untuk terus berkarya dan apa yang membuat hati aku benar-benar tersentuh.Ia semua disebabkan seorang gadis yang betul-betul menghargai aku.Yang betul-betul memahami karya aku.Special thanks to her.Pesanan aku kepada dia,jangan sesekali give up dalam berkarya mahupun berblogger.Kerana kejayaan tidak akan datang sebegitu sahaja.Apa yang penting ialah usaha tanpa henti.Dan jauhkan sikap mudah mengalah.

Lagi satu,ingat pesanan abang ni sampai bila-bila."Setiap apa yang kita buat,akan ada yang suka dan ada yang tidak suka.Pedulikan yang tak menyukai tu kerana apa yang kita buat ni tak sikit pun menganggu hidup dorang dan periuk nasik dorang.".Jadi,teruskan usaha Salwani tu untuk berjaya.

Kepada korang yang ingin mengenali siapa adik Salwani tu,bolehlah klik --> NUR SALWANI 


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

nak countdown new year bersama artis-artis terkemuka tanah air?sila klik --> NEW YEAR

{ 24 comments.. read them below or add one }

khairulkhairul 22 December, 2011
woittt boni,ko curi pic aku erkk..!!!hahaha
Unknown Unknown 22 December, 2011
hahahaha..siot jerk..aku belum post lagi kat wall aku..ko da baca dulu da..ak ingat nak buat suprise..hakhakahkhak
nur salwani nur salwani 22 December, 2011
haahaha .thnk you abg boni ..saya akan terus kan usaha ini :) and pertarungan yg hebat bersenjata kan tahi hidung .hahaah kelakar gila =)
Unknown Unknown 22 December, 2011
@nur salwani
sama2..haha..dont ever give up k :)
Unknown Unknown 22 December, 2011
@miSpYeja
hahaha..yeah...taik idung..
vendoline vendoline 22 December, 2011
censored pic akhir tu.hehe
Unknown Unknown 22 December, 2011
@YNA HERMOSA
hahaha...aksi2 tu suspen tak?ahahahaha
Unknown Unknown 22 December, 2011
@Edy Fee
hahaha..sebab tu tunjuk paras atas dada..hahaha
Unknown Unknown 22 December, 2011
@Edy Fee
hahaha..sebab tu tunjuk paras atas dada..hahaha
vendoline vendoline 22 December, 2011
ahha nasib baik hehehhe...
Unknown Unknown 22 December, 2011
@Edy Fee
hahahaha..kalau tak,sia2 jer aku kena hempuk dengan tuan badan..hakhakhak
smilenajah93 smilenajah93 22 December, 2011
haha ! ingtkan ape lah tadi ~~
Unknown Unknown 23 December, 2011
@onnie sepet
wah...muka yang dia tgk..bukan baca cerita.hahahaha
حاني رملي حاني رملي 23 March, 2012
haishh taek idong pon buat maen ye? hahahah peluku jgk dua2 org..haha
Unknown Unknown 23 March, 2012
@Hany Rara

hahahahahaha..ok ape tu..hahahahaha
hidayah hidayah 07 June, 2012
Ekekekekekekeke...
Apa hal la aku ketawa kuat kuat sampai keluar airmata
Kerana entry ini ha...?
Heran. Ada ketika masa Baca tu beria mcm ueeyyuuwwww..
Tapi tergelak jugak.

Haisshhh..

Adakah boni telah membomohkan para readers..?

Wawawa..ini klu buat lagi satu entry nih boleh bikin panas lagi nih..
Haha..

Title : aku syak boni guna bomoh.

Ekekekekekeke..