Assalamualaikum aku ucapkan kepada semua yang sempat membaca blog miskin tapi kacak aku ni.Dua hari aku tak hupdate entri.Semuanya gara-gara aku dilanda demam terkejut sambil melatah.Ia juga disebabkan oleh Dato' Siti Nurhaliza.Sebenarnya ada kisahnya di sebalik tajuk yang agak dramatik kat atas tu.Siapa sangka juga Dato' Siti Nurhaliza yang comel tu tak ada melakukan kesilapan.Tapi disebabkan kecomelan beliau,aku dengan ini membuat pengumuman yang mengatakan bahawa aku sudi memaafkan kesilapan beliau.Nak tau apa cerita sebenarnya?Teruskan membaca entri aku ni.
Kisahnya terjadi semasa aku sedang beratur di kaunter untuk membayar choki-choki yang aku beli.Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkemuka tanah air.Sedang aku asyik mencari duit syiling di dalam poket,secara tiba-tiba aku terdengar suara seorang wanita sedang menegur aku.
" Eh,Aaron Aziz!U beli apa tu? ",kedengaran suara itu menegur aku.
Sebaik saja aku menoleh ke arah suara itu,alangkah terperanjat hamster nya aku apabila melihat kelibat Dato' Siti Nurhaliza sedang memandang tepat ke arah wajah aku yang kacak ini.Dan secara tiba-tiba reaksi dan intonasi wajah beliau berubah kerana telah salah menegur orang.Walaupun aku hampir-hampir pitam dan diserang angin ahmar disebabkan teruja melihat beliau di depan mata,namun aku tetap memaintainkan diri sendiri.Aku cuba mengawal diri sendiri daripada berlaku tak senonoh seperti meracau bukan-bukan,meraung-raung tak tentu pasal,membaca doa masuk tandas secara tiba-tiba dan berbagai-bagai lagi aksi yang memungkinkan aku dilempang bertalu-talu oleh peminat Dato' Siti Nurhaliza yang lain.Aku cuba mengkacakkan lagi wajah aku sehabis yang boleh sambil membuat suara yang agak jantan dan macho.
" Eh,tak pe Dato'.Saya tak salahkan Dato'.Memang dah ramai yang salah tegur dan ingatkan saya ni Aaron Aziz.Memang saya sekacak dan setampan Aaron,tapi saya bukan Aaron Aziz.It's ok Dato'.",kataku sambil mengangkat-ngangkat kening sambil berlalu meninggalkan kedai itu.
Balik je rumah,aku terus snap gambar-gambar wajah aku.Baru aku perasan,memang sekacak Aaron Aziz.Saling tak tumpah.Sampai demam terkejut aku bila tengok balik gambar-gambar yang aku snap tu.Ni yang buat aku nak share dengan korang.Cuba korang tengok gambar-gambar aku ni,saling tak tumpah,malah lebih kacak daripada Aaron Aziz sebenar.
gambar pertama
gambar ke dua
gambar terakhir yang membuktikan aku seiras dan sekacak Aaron Aziz
Pergh..Nampak tak?Baru korang nak percaya kan?Hahaha.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
JOM BERTEPEK-TEPEK!! KLIK ---> SINI
p/s :- Harap-harap lah Dato' Siti Nurhaliza dengan Aaron Aziz tak mengamuk kalau-kalau terbaca cerita rekaan aku ni.Hahaha.Kalau tak,naye je aku.