Kejadian berlaku di tokyo di mana seorang bapa cuba membunuh anaknya sendiri dengan mencampakkan anaknya dari tingkat 10 apartment beliau.Sebelum itu,beliau mengaku yang beliau mencekik anaknya dalam cubaan membunuh.Yang mengejutkan dan ajaibnya ialah budak itu hanya mengalami sedikit calar di mukanya.Wah,inilah namanya belum ajal.
gambar sekadar hiasan
Hurm,apa kejadahnya lah nak bunuh anak sendiri.Kalau nak tengok aksi superman pun,cuba lah lakukan aksi tu sendiri.Tak payahlah pakai anak untuk dijadikan bahan kajian.Fergh,kalau tak pun,apa salahnya telefon aku atau pm aku kat fb.Mungkin dia tak tau aku ni sebenarnya superman.Kalau setakat nak terbang-terbang tu,tak ada hal.Aku boleh je demo kan.Apa lah sangat setakat terbang-terbang tu.
Disebabkan hari ni hari jumaat iaitu hari yang mulia,jadi terpaksalah aku bongkarkan identiti sebenar aku dengan penuh rasa bongkak,takbur,berlagak dan eksyen sekali.Sebenarnya disebalik identiti aku sebagai seorang mat despatch yang kacak,aku sebenarnya ialah seekor superman.
Dah berapa banyak aku selamatkan manusia dalam dunia ni.Hari tu,pernah sekali Justin Bieber terjelopok masuk dalam longkang,aku lah orang pertama yang selamatkan hanphone nokia 3310 dia daripada termasuk sekali dalam longkang.
Ada satu kes lagi.Kejadian ni baru 3 bulan lepas terjadi.Mula-mula aku terdengar suara orang meminta tolong,tapi aku abaikan je sebab aku sangkakan tu cuma panggilan palsu untuk membuang masa aku.Tapi bila aku amati betul-betul,baru aku sedar yang orang tu memang betul-betul dalam kesusahan.Jadi,tanpa membuang masa,aku terus menyiapkan diri aku sebagai seekor superman.Tak sah kalau aku tak pakai spender kat luar.Superman ni memang kena tebalkan muka sebab pakai spender kat luar.Gila ke apa korang?Beli spender mahal-mahal pastu taknak tunjuk kat orang.Aku ni dah lah jenis takbur orangnya.Mana boleh tak tunjuk kat orang lain.Jadi,lepas bersiap tu,aku terus berterbangan ke udara.Kadang-kadang aku sendiri rasa gayat.Tapi nak buat macam mana.Aku tetap kena tunaikan tanggungjawab aku.Yang paling aku kesalkan bila setiap kali aku terbang,pasti aku ditaikkan oleh burung-burung yang sedang bersiar-siar.Kadang-kadang sengaja je dorang kahakkan aku.Mungkin dorang agak cemburu dengan kekacakan aku yang melebihi dari kekacakan dorang.Mungkin gak dorang takut kalau-kalau aku merampas awek-awek dorang.Sambung balik kat cerita tadi tu.Bila aku sampai je kat suara orang yang minta tolong tu,aku sendiri agak terkejut.Rupanya itu suara Aaron Aziz.
"Bro,apahal ni bro Aaron?Ada masalah ke?",tanya aku kepada Aaron Aziz sambil mencekak pinggang.
"Aku kena kejar dengan lipas terbang.Tanjat boboi!!",teriak Aaron Aziz sambil berlari lintang pukang dan mengelak-ngelak apabila dikejar oleh lipas terbang tersebut.
"Badan dah sasa,besar.Muka pun not bad walaupun aku lagi kacak daripada kau bro.Tapi tak sangka kau takut lipas??!!",teriak ku kepada Aaron Aziz sambil terbang meninggalkan Aaron Aziz terkapai-kapai meminta tolong.
"Bro,tolong lah aku bro.Kau nak pergi mana??",teriak Aaron Aziz sambil mengalirkan air mata.
"Aku bukan tak nak tolong kau bro.Tapi masalahnya aku sendiri pun takut lipas!!!!Oh!What the Fish!!Geli mat!!"pekik aku sambil terkencing-kencing dalam seluar.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
musti korang dah tengok berita pasal I PHONE 4 S semalam kan?Jadi tunggu apa lagi,meh klik ----> SINI
untuk kaki motor yang layan motoGP plak,sila klik --> SINI
berita lanjut pasal budak kena campak dari tingkat 10 apartment tu,korang klik --> BAPAK KEJAM
p/s : Kepada Aaron Aziz dan Justin Bieber,maafkan lah aku.Heh heh