HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II

Assalamualaikum peeps and readers.Hari ni dengan rasa bongkak dan takbur aku mengisyhtiharkan yang aku telah menyertai satu contest.Satu contest yang secara tiba-tiba membuat aku diserang sawan babi dan kekejangan otot.Contest ni agak simple tapi cool.Sebab dia tak memerlukan gambar dilike paling banyak.Dan yang paling penting sebab saudara HAFIZ ZAINAL sendiri yang invite aku.Alhamdulillah,rupanya blog aku ni juga telah dikesan kewujudannya oleh blogger-blogger yang lain.Hnns hnns hnns(kembang kempis kembang kempis lobang hidung aku).Jadi kalau korang berminat nak menyertai contest ni,boleh lah klik kat banner bawah ni untuk mengetahui syarat-syarat yang lebih lanjut.Aku dah tak sabar dah nak publish gambar senyum aku yang paling mahal dan kacak ini.Heh heh.

Err,kalau klik kat gambar ni tak boleh sampai ke blog Hafiz Zainal ni,korang klik --> SINI
Hahaha.Aku tak berapa nak pandai link kan gambar terus ke blog lain.Hahaha.
Jadi,dengan mengenepikan segala usaha aku untuk menjadi kacak sebelum ni,dengan selamber je aku akan memaparkan gambar aku yang paling hot dan penuh kontroversi.Lihatlah senyuman paling mahal aku.


Jawapan soalan-soalan UPSR :-

i- Ceritakan kenapa anda rasa gamba senyuman
anda ini adalah senyuman mahal ?
Dengan dipenuhi rasa takbur dan bongkak,jawapan aku ialah kerana senyuman aku ini adalah senyuman yang paling sukar untuk didapati di dalam dunia.Disebabkan aku selalu menonjolkan wajah yang bengis,garang,ego,maskulin,buat-buat gangster,kasar,dan menakutkan para-para gadis,jadi secara automatiknya bibir aku ini susah untuk dibentuk dan diukir menjadi senyuman.Jadi penyelesaiannya,aku terpaksa meminta bantuan dua orang mekanik(pakar dalam penggunaan spanar),untuk membantu aku menyenyumkan bibir aku.Lihatlah hasilnya,walaupun terpaksa menggunakan playar dan spanar hidup,alhamdulillah aku berjaya juga mengukir senyuman.Ini lah namanya senyuman yang mahal.Heh heh.

ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?
Kadang-kadang memang aku suka menyertai mana-mana contest pun.Minggu lepas pun,aku baru je berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan mewarna yang melibatkan seluruh tadika dalam Selangor.Hahaha.Lagipun,aku rasa dengan menyertai contest-contest sebegini,kita akan dapat menambahkan lagi rakan-rakan di kalangan blogger mahupun reader.Hidup kita ni sempoi je sebenarnya.Berkawan biar beribu bermusuh jangan sesekali.Betul tak?

iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?
Ajaib.Sebab tiba-tiba ada besi kat gigi.Kadang-kadang aku sangkakan dorang semua tu terminator.Hahahaha.Honestly,kadang-kadang aku suka juga tengok orang pakai menatang ni.Lebih-lebih lagi awek-awek.Sebab nampak comel dan lain daripada yang lain.Tapi sayangnya,menatang ni tak boleh pakai selama-lamanya kan?Aku sendiri pun kalau ada duit lebih,aku nak pakai.Sebab banyak sangat mengunyah kulit durian.Habis tunggang langgang gigi aku dibuatnya.

Jadi setakat ni lah dulu.Aku harap bro HAFIZ ZAINAL dapat menilai betapa mahalnya senyuman aku tu.Hahaha.Dan kepada sesiapa yang ingin mengenali siapakah gerangan sebenarnya bro Hafiz yang kacak ni,boleh lah KLIK fanpage beliau iaitu PAGE HAFIZ ZAINAL,ataupun TWITTER beliau iaitu TWITTER HAFIZ ZAINAL.Untuk pengetahuan korang semua,dia ni pun salah seorang penyanyi yang bersuara sedap.Siap menyanyi lagu Justin Bieber lagi.Tak percaya?Korang boleh tengok kat saluran Youtube.Klik    sini --> HAFIZ ZAINAL SINGING.Jangan lupa subsribe sekali.

Jadi,dengan penuh emosi dan tegasnya aku mengeTAG

Hari ni aku tak sempat nak update entri,sempat nak join contest ni je.Jadi,kepada readers setia aku,aku harap korang boleh bersabar dan tak menyumpah seranah aku dengan kata-kata yang kesat.Heh heh.Jangan risau.Esok masih ada.Aku akan paparkan lagi story-story yang dasyat untuk korang semua.Tunggu...













6 comments.. read them below or add one

fae jamal fae jamal 21 December, 2011
gud luck boni !
senyuman with spanar..haha..terbaik! :D
mr.pingu mr.pingu 21 December, 2011
alalaa tomeynyer senyum
Unknown Unknown 21 December, 2011
@mr.pingu
tomey ko cakap??hahahaha..dah macam predator carik makanan da aku tgk..nyampah plak tgk muka sendiri..hakhakhak
katakejaw katakejaw 19 January, 2012
hahaha
suke3!!

gudluck !