Kad raya ini sebagai pengganti diri kekanda untuk Raya Aidilfitri tahun ni kerana kekanda mungkin tidak akan dapat pulang ke kampung halaman. Jika adinda merindui kekanda, adinda pandanglah motor buruk Pak Zack Daniel, penghulu kampung kita tu. Motor buruk tu lah menjadi kenangan cinta kita satu ketika dulu. Adinda masih ingat kita pancitkan tayar motor beliau dulu? Lepas tu kita sama-sama dikejar Pak Zack Daniel sampai adinda tercirit dalam seluar dulu. Adinda masih ingat lagi? Kenangan manis tu lah yang menjadi peneman apabila kekanda rindukan adinda. Baiklah, kekanda pun musyhkil kenapa kad raya ni dah jadi macam surat cinta. Baiklah, kekanda nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada adinda. Kekanda nak minta maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung cekam ni. Harap adinda maafkan kekanda. Salam Aidilfitri
Yang sangat-sangat dan tersangat merinduimu,
Sahak Strawberi.
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://idea-mix.blogspot.com |
" Bro, kau baca kejap kad raya yang aku tulis kat awek aku ni. Ok tak agak-agak kau? Mana tau kau ada ayat-ayat yang lagi puitis daripada ni. Boleh aku tambah lagi.",pinta Sahak Strawberi sejurus selesai menulis kad raya tersebut. Kad raya tersebut dihulurkan kepada Man Kutil. Riak wajah Sahak Strawberi tiba-tiba menjadi comel dan malu-malu.
Tak sampai seminit kad tersebut dibaca oleh Man Kutil, sedas penampar manja keanak-anakan hinggap di pipi Sahak Strawberi.
" Kau ni dah kenapa?? Bukan ke Zenab Beruang tu kau punya kambing?!! Kau jangan macam-macam!! Aku cekik anak mata kau nanti!!"
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://gempakz.org |
" Eh! Ye tak ye! Macam mana aku boleh terlupa ni?!! Sejak bila aku ada awek kan??"
-tamat-
boni..boni...
wordless lah akak..!