Aku masih lagi sangsi dengan diri aku sendiri. Kenapa gambar ni yang aku letak dalam entri ni. Macam tak ada kena mengena. Sumber gambar --> http://buka-cerita.blogspot.com |
Berapa hari aku terlepas untuk update entri. Ini semua gara-gara laptop kesayangan aku dah pun menamatkan perkhidmatan beliau kepada aku. Tiada apa lagi yang tinggal, hanyalah kenangan aku dan beliau. Banyak kenangan manis bersama beliau. Antaranya aku dan beliau bersama-sama stalker blog blogger-blogger gadis, bergurau senda dengan Selena Gomez dan bermacam-macam lagi perkara manis kami lalui bersama.
Tak mengapalah. Jasamu akan tetap ku kenang. Walaupun dah tak mampu berkhidmat, aku akan tetap menyimpan rapi beliau di dalam almari baju. Selepas ni, aku akan repair pc aku pula. Dan aku akan kembali memeriahkan alam blogger. Pc pun apa kurangnya. Besar pun besar. Lagipun memang aku suka barang yang besar-besar ni. Heh heh.
p/s :- Special thanks to blogger kejiranan ini yang sudi meminjamkan laptopnya untuk aku gunakan sekejap.