Cerita Lawak : Malam Raya 2012

     Tersebut al-kisah di malam raya.


cerita lawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://awieshomestay.blogspot.com
     " Famimah Embun, kenapa dikau menangis depan pintu tu? Dah lah. Benda dah jadi, kita tak mampu nak putarkan masa kembali. Dah, jangan menangis lagi aduhai sahabatku. Pandanglah tepat ke dalam mata aku dan teguhkan jiwamu. Kuatkan semangatmu!",ujar Sifi Nurjalija sambil mengesat air mata Famimah Embun. Sayup-sayup terdengar suara tangisan Famimah Embun memotong kesunyian malam.

     " Sifi Nurjalija...."

     " Dah. Tolong jangan cakap apa-apa lagi. Nak buat macam mana. Tiket bas dah habis. Kita tak mampu nak buat apa-apa. Nak tak nak, kita kena beraya berdua kat rumah sewa ni. Tak apalah. Bukan rezeki kita untuk beraya di kampung. Aku... aku pun merindukan keluarga aku. Bukan kau seorang je...",potong Sifi Nurjalija. Kelihatan beliau pula yang mengalirkan air mata. Semakin lama semakin kuat tangisan Sifi Nurjalija. Meleleh-leleh hingus dari celah-celah gigi beliau. Dan tiba-tiba berguling-guling beliau di lantai sambil menghentak-hentak kaki.

     " Tapi Sifi Nurjalija, aku menangis sebab jari aku sakit digigit hamster ni. Yang kau dah kenapa menangis beriya-iya ni? Bukan ke rumah keluarga kita sebelah rumah sewa kita ni je? Rumah kau belah kanan, rumah aku belah kiri. Apa kau sudah lupa?"


cerita lawak
Sumber gambar --> http://sitinorsyazana.blogspot.com

     -tamat-



p/s : Di kesempatan ni, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Sejuta kemaafan dipohon andai ada terkasar bahasa dan terburuk kelakuan. Maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya. Kalau rajin, tengoklah rancangan sampaikan raya di TV3 jam 11.30 malam nanti ye. Aku ada hantar satu video ucapan raya. Tapi tak taulah samada terpilih atau tak. Kalau terpilih, ada lah muka aku nanti. Hahaha. Kalau tak ada, nanti aku publish video tu.

{ 31 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 18 August, 2012
hahaha...cet..sblh umh jer fmly dier
Unknown Unknown 18 August, 2012
Assalam,Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Moga silaturahim diberkati Allah
Noor Maizan Noor Maizan 18 August, 2012
amboi drama sakan.hahaha
Noor Atikah Ramli Noor Atikah Ramli 18 August, 2012
kemain lagi sifi nurjalija . hahhaha

selamat hari raya boni ^^
mz mz 18 August, 2012
selamat hari raya kawan
si robot comel si robot comel 18 August, 2012
gua baca dengan penuh teliti, hampir nak nangis, rupanya rumah sebelah je pun,sobsob*kesat air mata ;p
Azza Afdzal Azza Afdzal 18 August, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:)
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 18 August, 2012
selamat hari raya. ampun maaf di pinta :)
Ezad Skytech Ezad Skytech 18 August, 2012
rumah kat sebelah je..cehh..HAHA..

> SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
::...Cik Puan Muda Iqa...:: ::...Cik Puan Muda Iqa...:: 18 August, 2012
Hahaha..Lawak cerita ni sebelah rumah je..-------->apa-apa pun Selamat Hari Raya juga..
Unknown Unknown 18 August, 2012
ahahahaha.boni nie..drama raya ae?
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin untuk boni dan semuanya ! mintak ampun dan maaf untuk boni kalau2 selama kenal boni di alam maya ade buat boni tak senang hati ke,tak senang duduk ke dengan sikap dan perbuatan nieya..maaf tau tau tau ! raya jemput datang rumah..kekekeh ;D
Aimacomel Aimacomel 19 August, 2012
kemain rumah sewa eh, padahal mak pak sebelah rumah je.. ceh, hamster gigit bukan sakit pun, ala-ala kena gigit kerengga je pun ;) hehe
~baby ucapkan selamat hari raya tau, jgn nakal-nakal raya nanti ni ;)
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 19 August, 2012
AHaaahh , ada juga ker org duduk rumah sewa sebelah rumah mak... aduh3...

Selamat Hari Raya Cik Boni... Maaf sekirang terdapat salah dan silap sepanjang Nurrul berbloog :")
Cik Fie Cik Fie 19 August, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri ♥

Jom Baca :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html
munir ardi munir ardi 19 August, 2012

Tiada yang seindah ketika hati tersucikan
Bersih tanpa noda kebencian
yang terbasuh oleh ramadhan
dan kemurnian hati untuk saling memaafkan. Dari jauh kuucapkan
selamat hari raya idul fitri, minal aidzin wal fa idzin
mohon maaf lahir batin Bro Boni

mujagirl92 mujagirl92 20 August, 2012
aku tertipu lagiiiiii,, grrr,, selamat hari raya maaf zahir sahaja,, kih3,, abang boni banyak tipu,, so,, kena wish 100 kali yang part maaf zahir batin tu,, wekkk :D
anamizu anamizu 20 August, 2012
beriye2 nanges smpai leleh2 hingus bagailah.. hahahaha hampeh nyok! =P






slm syawal Boni :)
- - 20 August, 2012
kelas kau Bonz Zakless! :P
حاني رملي حاني رملي 20 August, 2012
hahahah baik xyah sewa umah camtu
Masha Meisters Masha Meisters 20 August, 2012
haha...kesengalan yang terserlah lagi nyata....kekeke

selamat hari raya maaf zahir dan batin :)
Unknown Unknown 20 August, 2012
selamat hari raya aidilfitri semua :)
fairus fairus 20 August, 2012
SELAMAT HARI RAYA BRO.. MAAF ZAHIR BATIN..
Nadot Nadot 20 August, 2012
hahahahha..boni mrepek kerepek lagii..

tak tengok la tv3..masuk ke tak video boni? ;)
RIZZNA RIZZNA 22 August, 2012
Selamat hari raya..

2 org yg tk dpt tiket balik raya tu, tunggulah mak diorg hntar ketupat pg raya. Hehehe,, sengaL
Myra Jay Myra Jay 23 August, 2012
Uik, family dok sebelah rumah pun sewa rumah lain jugak ke? ;)
Cendol Cendol 23 August, 2012
hhahaha sengal ah.sblh rumah je pn.tumbok je mata manusia mcm ni.haha sedap nama famimah embun.i loikeeee unik!
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 25 August, 2012
umah family ade, tetap nak duk umah sewe jugak? advance.. haha