Kepada penggemar suasana tenang dan santai, The Pool menyediakan suasana itu kepada anda. Baik untuk psikologi anda yang inginkan ketenangan selepas seharian berperang dengan segala masalah yang melanda. Di The Pool, anda boleh melupuskan segala kekusutan yang berada di dalam minda anda itu.
Di sini, anda akan dilayan bak seorang VIP. Layanan yang sangat memuaskan. Sememangnya ini adalah pilihan bagi warga kota yang inginkan suasana tenang, damai dan santai di tepi kolam. The Pool ini diasaskan oleh pemilik restoran dan bar yang terkenal iaitu di Damansara Heights iaitu The Hill.
Sejujurnya, pertama kali aku tau tentang kewujudan The Pool ni, aku dah tertarik dan jatuh hati pada tempat ini. Kerana sejujurnya juga, aku memang seorang penggemar tempat-tempat yang santai dan tenang ni. Apa lagi dengan susunan lanskap yang sangat indah dan limpahan lampu-lampu yang sangat cantik. Sememangnya dapat menghiasi dunia malam kita.
|
The Pool Deck |
|
The Pool Deck |
|
The Pool Deck |
|
The Pool |
Selain suasana tepi kolam yang indah dan santai, anda juga boleh menghayati suasana 'Indoor' di The Pool.
|
Kyoto Lab Dining |
|
Kyoto Lab Lounge |
|
The Pool Inside Seating |
|
The Pool DJ Console |
Antara keistimewaan lain yang boleh anda dapati di The Pool ini ialah , berbagai sajian minuman yang mampu membuatkan anda menjilat bibir anda. Di sini, anda akan dihidangkan dengan minuman ala-ala hawaii.
|
Fish Bowl |
|
Coconutz |
|
Hawaii |
|
Watermelon Slush |
Jadi, jangan fikir lama-lama untuk pergi ke The Pool ini. Anda pasti berpuas hati dengan apa yang disajikan untuk anda. Baik dari segi layanan hinggalah dari segi suasana. Anda pasti akan berpuas hati dan pasti akan datang lagi. Jika anda tidak tahu di mana lokasi The Pool ini, di bawah akan disertakan alamat serta harga untuk anda mula berkira-kira.
The Pool
347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Rabu hingga Sabtu 5.00pm - 3.00am
Ahad 4.00pm - 3.00am
RM35 for men, FREE for ladies (Applicable all nights)