Perkahwinan Bertemakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka Dulu Kala

Perkahwinan Bertemakan Zaman Kesultanan Melayu Dulu Kala | Lama betul blog hamba ini terabai. Hampir-hampir hamba dilempang dengan beliau sebab abaikan beliau. Semua gara-gara jadual hamba yang semakin padat. Esok pun ada aktiviti di Perodua Sungai Choh. Jadi, di kesempatan ni, hamba nak update perjalanan perkahwinan mak cik hamba minggu lepas. Majlis kahwin yang boleh  hamba katakan agak unik kerana menampilkan tema yang agak cool. Jadi, marilah layan gambar-gambar semasa berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut.


kahwin lagi
Sibuk potong daun serai. Objek penting yang selalu digunakan untuk merejam pengantin.
kahwin lagi
Potong jangan tak potong
perkahwinan bertemakan zaman kesultanan melayu
Pada mulanya hamba sangkakan duit saidina, rupanya duit betul.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu
Sempat lagi. Sebenarnya hamba hendak tuan hamba semua perhatikan kulit wajah hamba. Semakin ayu, bersih dan berserikan. Kalau nak tahu produk yang hamba pakai, hubungi hamba.  Hamba jual benda tu. Heh heh. Sempat promot lagi kan. 
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu
Pengantin sudah tiba. Bersama pengapit yang kacak bergaya. Masa ni ramai betul gadis-gadis nak minta tandatangan hamba. Hamba pun pelik. Mungkin hamba kelihatan persis bak Shahrizal Jaszle agaknya.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu
Bukan setakat pengantin diapit, pengapit pun turut diapit oleh dua panglima melayu yang gagah berani.
perkahwinan bertemakan zaman kesultanan melayu
Panglima yang mengapit hamba. Kacak tak? Itulah dia ayahanda hamba. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke roti canai. Hahaha.
perkahwinan btermakan kesultanan melayu
Pasangan raja sehari bersama permaisuri pilihan hati. Ketika ini, hamba agak malu-malu bila beberapa gadis mengenyit-ngenyit mata mereka kepada hamba. Blushing-blushing pipi hamba.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu melaka
Pasangan pengantin sedang berarak ke tempat persandingan.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu melaka
Nampak tak betapa sadisnya pengantin lelaki direjam dengan daun pandan tersebut? Hamba pun tak tahu adakah insan yang merejam daun pandan tersebut mempunyai dendam kesumat hingga bersungguh-sungguh merejam pengantin.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu melaka
Semasa ini, salah seorang panglima telah berjaya menangkap perejam daun pandan yang ganas tersebut lalu mencubit-cubit manja perejam tersebut sebagai hukuman.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu melaka
Berjaya menduduki podium untuk bersanding selepas melalui detik mencemaskan direjam dengan ganas.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu melaka
Pengantin berjaya ditenangkan.
perkahwinan bertemakan kesultanan melayu melaka
Pengantin agak tidak berpuas hati selepas perejam ganas tersebut masih lagi berlegar-legar di dalam dewan sambil sesekali membuat tarian tiang.
Maafkan hamba kerana agak sibuk kebelakangan ini. Sangat-sangat sibuk. Jika ada masa, hamba akan melawat teratak kalian. Nantikan kemunculan panglima melayu yang gagah ini.

{ 98 comments.. read them below or add one }

Bitt (double IS) Bitt (double IS) 15 December, 2012
cool tema!

owhh hamba nak pesan tapi tak berkesempatan nak p bank pulak...boleh hantar pakai burung jek tak? ngee (nanti eh sibuk skit lately ni)

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 15 December, 2012
memang sedondon dengan tema... rupa paras pengantin lelaki pun ala ala zaman kesultanan melaka zaman dahulu.. dengan rambutnyaaa.. perghhh... hehehe
selipar putih selipar putih 15 December, 2012
direjam pakai daun..lahai sadisnya,..haha
selipar putih selipar putih 15 December, 2012
direjam pakai daun..lahai sadisnya,..haha
onlajer onlajer 15 December, 2012
lagu pengantin baru takde boni
mujagirl92 mujagirl92 15 December, 2012
abang boni!!!!! loyal reader ni rindu tau tak,, hehee,, bila abang boni lak yang nak kawin nya,, jangan lupa jemput,, sila sedar anda tidak lagi muda macam saya,, url dah bertukar!! www.mujadafewa.my.. hehe
Unknown Unknown 15 December, 2012
cisss ! hamba ingatkan tuan hamba yang kahwin ! ingatkan boni dah tak sudi datang blog kite . huhu
zaxx zaxx 15 December, 2012
nice theme..ehheeh boni nnti kawen tema k-pop ea.? eh? hahaha
Lokman Lokman 15 December, 2012
tema yang menarik.. kalau tuan hamba tunjukkan silat lagi bertambah lengkap tema ini. hehe
◕ D Y S H A  S A H H I R ◕ ◕ D Y S H A S A H H I R ◕ 15 December, 2012
pengantin laki bak laksamana hang tuah laaa
hana hana 15 December, 2012
sibuk potong daun serai ???? HAHA ok konfius. daun pandan daa.. mana ada orang guna daun serai. :D btw, meriah sungguh.

#gambar last pegantin lelaki nampak macam tak puas hati je. Hoho.#
Cikgu Ma Cikgu Ma 15 December, 2012
ok...sangat krn x mmpu menunggu loading yg semput tuk melihat pengapit yg kacak...bai....
mie mie 15 December, 2012
alangkah indahnya bila direjam tanpa memotong halus daun serai itu..
ahahahahhaa
AnonymousAnonymous 15 December, 2012
teringin nak kahwin lak lepas baca entry nih.
muehehe
Unknown Unknown 15 December, 2012
bro ! daun serai ke daun pandan ??? he3....
tapi pengapit dia ala ala nelayan gitu...... comel.....
محمد رازيق محمد رازيق 15 December, 2012
haa. tea mcam ni menarik bro. sebab zaman skang ni ayik tema2 barat je. x syok. hehe
Niesa Niesa 15 December, 2012
daun serai???bia betik?hikhik..tuan hamba harus mengkaji semula daun apa yg digunakan tu..muka control macho mane x gadis2 hampir juling melihatnya..haha
Aien Not Alien Aien Not Alien 15 December, 2012
tema yg menarik...walau takde kat sana tapi dapat rasakan kemenarikkan tema itu. tambahan lagi part sadis pengantin direjam tu..bersungguh betul orang yg merejam tu. hahahaha
Unknown Unknown 15 December, 2012
Assalam, patutlah lama tak berupdate blog tuan hamba nie...
Unknown Unknown 15 December, 2012
Cool..
Kesian pengantin kene rejam..hehe..
Pn Ayu Pn Ayu 15 December, 2012
tema yang menarik..jarang orang buat :)
AtieYusof AtieYusof 15 December, 2012
Sibuk bebenor Panglima Melayu kita ni.. nampak meriah majlis nya..
Panglima Boni bila plak nak menyusul?? hehe:)
Aliff Haikal Aliff Haikal 15 December, 2012
Patutlah busy semacam. Jadi pengapit rupanay. HAHAHA
Aimacomel Aimacomel 15 December, 2012
Kemain panglim gagah perkasa tu ye.. Semart la.. Dah jtuh cinta... Hakhakhk.. Nak sain nk sain :p
Unknown Unknown 15 December, 2012
aku hengat kau yg kawen.. hehe
Lelaki Ini Lelaki Ini 15 December, 2012
rejam pakai daun takpe,,kalau kene tombak..tak ke naya? hahaha
Unknown Unknown 15 December, 2012
sugguh gagah pegantin lelaki..tp nmpk gagah lg si pengapit di sisi..huhu..mcm hang kuah...eh..slh pula..mcm hang tuah gitu
Unknown Unknown 15 December, 2012
nnti i nk buat tema angry bird. hahaha weh mana boleh pengapit dgn pngntin baju kaler sama...dh konpius td hehe
lynmunir lynmunir 15 December, 2012
Boni dah 2 kali jadi panglima mengiring pengantin tak lama lagi sampai le giliran dia.
Miss N™ Miss N™ 15 December, 2012
awakk...salah daun tu...bukan daun serai tu..
daun pandan..

xpernah guna dauh serai buat bunga rampailah..hihihi
hnahdy hnahdy 15 December, 2012
daun serai pun boleh.. :P
hazwan hairy hazwan hairy 15 December, 2012
pengapit dh jd byk kali dh..bila turn..haha
wantie wantie 15 December, 2012
ku fikir kau yang kjawin. rupa nya orang lain.

ko jgn coba coba menyamar menjadi tuan director. upsss.. salah dialog pulak.

ok le tu. ambik aura. lepas ko pulak yang akan di renjis.
aliza aliza 15 December, 2012
Mula2 akak bc pelik juga.. daun serai.. pandan maa
Selamat menjadi raja sehari.. pengapit bila lagi?
Unknown Unknown 15 December, 2012
ko biler lagi boni ? hehe
Unknown Unknown 15 December, 2012
oh sibuk pasal jadik pengapit erk hihih
Unknown Unknown 15 December, 2012
Biasa nya siapa jadi pengapit nih jodohnya dah nak sampai tuh,hehe
dhiashahida dhiashahida 15 December, 2012
pengapit tu amik berkat perantin *_^
fairus fairus 15 December, 2012
MACAM SULTAN MELAKA.. :)
Mira Maisara Mira Maisara 15 December, 2012
cm best je tema cm gini. jrg org wat kot..
Myra Jay Myra Jay 16 December, 2012
Pengapit tak lama dah tu, ada aura dah..

Muka pun molos... :D Penangan Kolagen ye?
donnyien donnyien 16 December, 2012
hai boni kacak,
pertama kali tengok perkhawinan ni dalam gambar, semalat pengantin baru untuk mereka. kacak bro dalam gambar tu.
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 16 December, 2012
sungguh kacak pengapit pengantin lelaki itu, haha
fifie fifie 16 December, 2012
Meriahnya majlis. Haiii teringin nak kahwin lah macam nie. haha
Potia Casadelarossa Potia Casadelarossa 16 December, 2012
wah tuan hamba.... hamba terharu dan menangis seketika membaca dan melihat kekacakkan tuan hamba... mohon post produk tu tanda kasih dan cinta tuan hamba kepada hamba yg hina dina ini.... ekekeke
eyriqazz eyriqazz 16 December, 2012
unik...turn bro dengan hanis zalikha bila pula?
maszull maszull 16 December, 2012
assalamualaikum boni...kesian nyer pengantin kena rejam ngan daun pandan hehehehe...:)
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 16 December, 2012
cantik sungguh
tapi pendapat momoy lagi cantik kalau hanya pengantin saja yang pakai baju kuning'
semua kuning nampak pengantin pun sama macam rakyat jelata
ewahh..komen majlis orang pula
memang nak pelempang
jauh sangat dear tunjuk kulit
dekat la sikit
syiela syiela 16 December, 2012
sama cantik sama padan..

kesian pengantin di rejam dgn daun pandan.. takkan hukum cubit2 je :)
Nik Nik 16 December, 2012
menarik.tema lain dari yg lain. gambar masa kat hantaran tu nampak mcm ustaz lak bila pakai songkok. bila jd pengapit mcm hulubalang pun ade.hehe

tak tahu pulak, kat majlis kwen kat sana guna daun serai.selalu daun pandan jea.hehe
Yana Yassin Yana Yassin 16 December, 2012
Eh,.. napa kad kawin Boni Tak sampai lagi yerr,...hahahhaha


#Propaganza tau.
Unknown Unknown 16 December, 2012
Wahai Panglima yg kacak, bestari lagi bijaksana.....hamba ingin benar tahu jenama apakah yang tuan hamba gunakan diwajah tuan hamba?

Errr....hamba berharap sangat dapat jemputan dari tuanhamba. Jadi tukang basuh pinggan pun takpe.
Wadi AR Wadi AR 16 December, 2012
kalau aku nanti tema haiwan boleh dak? sebab aku suka haiwann
AzzAMasturA AzzAMasturA 16 December, 2012
igt kan awak dah tak kenal daun serai ngn daun pandan . hehik hehik :D
anamizu anamizu 16 December, 2012
hahaha todia.. aku dok baca caption je banyak Boni oi.. sakit perut dok gelak hahaha
iAmCekbolat iAmCekbolat 16 December, 2012
boni ni bilanya nk khwin haha
Unknown Unknown 16 December, 2012
dah jadi pengapit.tak lama lagi jadi pengantin lah plak ye
Shida Radzuan Shida Radzuan 17 December, 2012
sebenarnya shida dah bau2 nasi minyak ni boni heheeee :P
Ca Ezah Ca Ezah 17 December, 2012
sesekali tgok wedding yg lain dr kebiasaan ni menarik gak ek.. :) suka2
Diari Si Froggie Diari Si Froggie 17 December, 2012
memang menjadilah tema melayu lama melaka nie.. cantik lah pulak legend je nampak.. ada orang kata kalau jadi pengapit dah tak lama lah tu dia pulak. :P
Korn Ahmad Korn Ahmad 17 December, 2012
lepas ni pengapit nya pulak kannn... mak aih potong daun pandan pun guna pisau potong ayam.. hahahaahha
Len Inouie Len Inouie 17 December, 2012
Kacak dan gagah?

Kenapa rasa mcm nak muntah ni.
mana panglima nak datang menyelamat?
Saya puteri buluh bentong dan buluh perindu.

:p
Dkna Abza Dkna Abza 17 December, 2012
macam boni lak pengantinnyaaa...sibuk gilerrr...heheee
Gillette Flores Gillette Flores 17 December, 2012
Tak minat Shah Jaszle
Hehehe...
Anyway pelaminnya cantik, buat Gill terasa nak bersanding
Hehehe
Fiza Rahman Fiza Rahman 17 December, 2012
Tahniah buat mereka. Bila giliran tuan hamba pula?
inche hlovate inche hlovate 17 December, 2012
haha tahniah abe boni..kawin dah haha

*eh ni ucapan untuk abe boni pada masa akn dtang kay.. sya wish awal :P
dya nasir dya nasir 17 December, 2012
ingatkan hang boni yg kawen..hahaha
Hidayah Hidayah 17 December, 2012
betul la...pengapit nampak kacak..bersilau silau...
sampai payah benar nak nampak muka..

:P
krole krole 17 December, 2012
huhhu serius bro...disebabkan ko terlampau kacak..terus tengelam seri pngantin..ples tell me bro...whats your secret? hihihi...tp konsep camni mmg best..huh..unik~
eva eva 17 December, 2012
hahaha yelah bertambah hensem bila jd pengapit... dpt aura dr pengantin kan haha
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 18 December, 2012
Baru tgok gambar dah rasa kesilaman majlis ini
Tak taulah kalau berada di dalam majlis ini , begitu gamat suara bagai di tepian pantai Melaka pada zaman Parameswara.
nasir hamzah nasir hamzah 18 December, 2012
Haha pandai betul boni mengarang.. power..

Tahniah pada pengantin sama cantik sama padan..
Nadot Nadot 18 December, 2012
wow...ayah boni sporting ar...

best membayangkan kalau la boni jadi pengapit saye dan kipaskan je saye.. ;)
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 18 December, 2012
silap2 boleh tertukar ni mana satu pengantinnya..hehehe
Sheila Salim Sheila Salim 18 December, 2012
Assalamualaikum, masyallah cantiknya pengantin. makcik ek? lawa makcik boni. hihi. sheila suka tema perkahwinan ni, hahahah bapak sangat tegap orangnya. hiihi
Miss Zahirah Miss Zahirah 18 December, 2012
klu sya xyah nk tema bagai..
kawen je.. hahaha
Unknown Unknown 18 December, 2012
yang jadi pengapit lelaki tu, statusnya apa? bendahara ka? hihi
cikgunurulizza cikgunurulizza 18 December, 2012
Ibolehkah patik tahu,pencuci muka apa yg tuan hamba gunakan..teringin juga hamba nak mencuba




Fatin Diana Fatin Diana 18 December, 2012
bila pula turn boni ni? :p
Acik Riotaro Acik Riotaro 18 December, 2012
daun serai ke daun pandan??
amirini amirini 18 December, 2012
hebat... saper wedding planner dia...
mcm berada di zaman dolo kala plak
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 18 December, 2012
fuyooo..rare sungguh..kacak bergaya pengantin lelaki berbaju ala2 pahlawan melayu dulu2..sweet~
Unknown Unknown 18 December, 2012
Boni..wah pengapit pun kena apit tu. Bertuah ..tahniah banyak tandatangan..pasti terkenal di blog..
sorry late terjah ke laman boni, kadang line tak ok..
Yaya Mohd Yaya Mohd 18 December, 2012
wahh tema diraja ke?
hebt la..hehe...eh,pengapit nyer tuuu..err..ow..en.boni rupenyer..hehe
cik nana cik nana 18 December, 2012
hampir tak perasan yang mana tuan hamba dan yang mana pengantin. hewhew. ohh teringat lagi hamaba pasal tuan hamba ada promot produk tu kat hamba. tapi alhamdulillah ok plak produk yang hamba pakai ni. kemungkinan klu nanti x sesuai hamba akan bertanya pada tuan hamba. hihi
Mia Liana Mia Liana 19 December, 2012
bestnya.... ehem.. ehem.. bilalah agaknya tuan blog ni nak kawin pula... hehehe
Cikrosecute Cikrosecute 19 December, 2012
bila pula turn boni ni?akak dah tak sabar nak tengok gambar kikiki
Jna marcello Jna marcello 19 December, 2012
SELAMAT PENGANTINNNN BARU UTK MEREKA
Si Matatajam Si Matatajam 19 December, 2012
Amboi2 hamba ingat tuan hamba yg jadi pegantinnya..ha ha ha...
bicara mak dara bicara mak dara 19 December, 2012
selamat pengantin br buat merekaaaa
Unknown Unknown 20 December, 2012
Wahh serba kuning...wajah kulit berseri tu mesti pakai safi rania gold kan..jelita tanpa mengira usia ..hakhak...
ct kektus ct kektus 24 December, 2012
fuyoo. siap ada aweks2 kenyit2 mata, mintak tandatangan. :D