| Sibuk potong daun serai. Objek penting yang selalu digunakan untuk merejam pengantin. |
| Potong jangan tak potong |
| Pada mulanya hamba sangkakan duit saidina, rupanya duit betul. |
| Pengantin sudah tiba. Bersama pengapit yang kacak bergaya. Masa ni ramai betul gadis-gadis nak minta tandatangan hamba. Hamba pun pelik. Mungkin hamba kelihatan persis bak Shahrizal Jaszle agaknya. |
| Bukan setakat pengantin diapit, pengapit pun turut diapit oleh dua panglima melayu yang gagah berani. |
| Panglima yang mengapit hamba. Kacak tak? Itulah dia ayahanda hamba. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke roti canai. Hahaha. |
| Pasangan raja sehari bersama permaisuri pilihan hati. Ketika ini, hamba agak malu-malu bila beberapa gadis mengenyit-ngenyit mata mereka kepada hamba. Blushing-blushing pipi hamba. |
| Pasangan pengantin sedang berarak ke tempat persandingan. |
| Semasa ini, salah seorang panglima telah berjaya menangkap perejam daun pandan yang ganas tersebut lalu mencubit-cubit manja perejam tersebut sebagai hukuman. |
| Berjaya menduduki podium untuk bersanding selepas melalui detik mencemaskan direjam dengan ganas. |
| Pengantin berjaya ditenangkan. |
| Pengantin agak tidak berpuas hati selepas perejam ganas tersebut masih lagi berlegar-legar di dalam dewan sambil sesekali membuat tarian tiang. |
Maafkan hamba kerana agak sibuk kebelakangan ini. Sangat-sangat sibuk. Jika ada masa, hamba akan melawat teratak kalian. Nantikan kemunculan panglima melayu yang gagah ini.
owhh hamba nak pesan tapi tak berkesempatan nak p bank pulak...boleh hantar pakai burung jek tak? ngee (nanti eh sibuk skit lately ni)