Haa. Kan? Aku dah cakap dah. Kacak , sopan santun dan segan silu. |
Review Diari Mat Despatch - Naluri Ayah
Ibu sentiasa dikatakan mempunyai
naluri yang mempunyai kuasa luar biasa berkaitan anak-anak. Bagaimanapun
Bahruddin Bekri membuka satu ruang baru dalam menyelami naluri seorang ayah
yang kadangkala kita sering terlupa ia sentiasa wujud dalam hubungan
kekeluargaan. Hasil nukilannya tidak pernah mengecewakan dalam menyampaikan
nasihat yang serius dengan cara yang mencuit hati. Diari Mat Despatch keempat,
Naluri Ayah kali ini menyambung kisah hidup Rayyan, Mat Despatch berkelulusan
ijazah Ekonomi dari UPM yang pemalu kepada wanita namun belajar erti cinta
daripada ayahnya yang selalu dianggap naif kerana berasal dari kampung.
Kedatangan ayahnye ke Kuala Lumpur bukan sahaja memberi pengaruh besar ke atas
dirinya, malah kepada orang-orang di sekeliling hidup Rayyan. Anda pasti tidak
berhenti tersengih seorang diri apabila membaca diari ini.
Harga RM 9.90
Aku suka gaya penulisan penulis ini. Sempoi. Dalam sempoi tu juga, ada adegan-adegan mencuit hati dan menyedihkan. Aku sukar sedih bila baca novel, tapi untuk novel ni, aku rasa sebak sangat. Ada part yang buat aku sebak sangat bila membabitkan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Thumbs up kepada penulis. Nasihat aku kepada diri sendiri dan orang lain, jangan melihat luaran sahaja. Walaupun luaran novel ni macam buruk dan kelakar, tapi isi dalaman dia bombastik.
- http://www.bookcafe.com.my (Sila Klik)
Diedarkan Oleh
PTS Media Group Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Tel: +6 03 6188 0316
Fax: +6 03 6189 1316
Website: www.pts.com.my
Online Bookstore: www.bookcafe.com.my
Facebook: www.facebook.com/bukupts
Twitter: www.twitter.com/bukupts
Info tambahan:
Penulis prolifik ini juga menghasilkan pelbagai karya termasuk Diari Mat Despatch, Diari Mat Despatch: Hati Emak , Diari Mat Despatch: Patah Hati, Si Gadis-Gadis...3 Rasa, Lelaki Berkasut Merah, Di Mana Terangnya Bulan, Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid. Selain itu, novel Doa Untuk Aku sudah diterbitkan menjadi drama bersiri di stesen TV Al-Hijrah pada 2012.