Dunia Blog Makin Panas Dengan Beberapa Isu Kebelakangan Ni

Sejak kebelakangan ni macam-macam isu panas timbul membabitkan blogger. Memang agak panas. Aku macam biasa akan cuba menjadi se NEUTRAL yang boleh dengan tidak menyebelahi sesiapa. 

isu panas, bangsa melayu, blogger
Ini bukan entri Wordpress VS Blogger ye. Harap maklum. Hahaha. Credit Picture
Segala-gala yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Mungkin juga tiba masanya untuk kita cermin diri kita semula. Dan tengok apa kekurangan kita dan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Adat bila ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi sebolehnya kita jadi yang terbaik dan sebaik yang mungkin agar tidak menjadi buah mulut sesiapa. Mana yang negatif tentang diri kita sebelum ni, kita ubah menjadi positif. Elakkan kontroversi. Sebab mulut orang kita susah nak tutup. Pasti ada yang berbunyi walau kita tak mengganggu mereka. Itu adalah adat. Nak-nak lagi yang jenis dengki-mendengki. Itu pun ramai juga. Apatah lagi mulut yang busuk sebab tak gosok gigi, tapi slamber je keluar ke mana-mana dan beramah-mesra dengan orang ramai. Itu lagilah ramai. Hahaha.

Jadi, rumusan yang aku boleh rumuskan di sini adalah, tak guna markah matematik tambahan hebat kalau markah matematik moden rendah. Korang mesti tak faham sebab aku sendiri pun tak faham. Hahaha.

Dunia blog ni sebenarnya kecil je. Pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama juga. Jadi, apa lah salahnya kita berbaik dan buang perasaan dengki jauh-jauh. Salah satu sebab bangsa kita jatuh merudum adalah sifat dengki-mendengki ni. Jadi, jangan salahkan kaum lain kalau bangsa kita tak maju-maju.

{ 51 comments.. read them below or add one }

Admin Admin 17 June, 2013
yang mana bro kacak maksudkan ni sebab mmg banyak bende panas sebelum ni..termasuk la cuaca pun turut panas sekali
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 17 June, 2013
Betul cakap boni..dan maaf..jujur aku katakan..benda ni jadi bila ada blogger ada sikap dengki n riak..Dengki bila ada antara blogger yang tak boleh tengok orang lain naik..nampak lebih sikit daripada dia terus nak pancung..tambah pula bila blogger itu dah boleh dianggap senior dalam dunia blog..pastu sikap perli memerli pun sama..tak salah nak perli, tapi orang yang memerli tu jangan la lebih2..dan orang yang kena perli tu pikir positif dah la..tak perlu diheretkan isu tu lebih serius..rilek je..maintain cute..kan boni?

Baru kite sembang hari tu, terus ko up entri ye..hahaha
Cik Fie Cik Fie 17 June, 2013
buang sifat dengki jauh2 ;)
Unknown Unknown 17 June, 2013
sama la kita boni, eh kbai >..<
Mizz Aiza Mizz Aiza 17 June, 2013
setuju sangat.. setiap orang ada kelebihan tersendiri, buat apa nak dengki.. kalau dengki buatkan kita lagi bersemangat jadi yang terbaik takpe la juga.. ini dengki khianat orang lain yang tak boleh tu..
fadh leyanie fadh leyanie 17 June, 2013
sarkastik sungguh ayat mulut bau busuk sebab tak gosok gigi..ahaha
krole krole 17 June, 2013
lumrah manusia boni..ingat mngingati sesama kita insyaAllah yang negatif akn jd positif~
Hey B! Hey B! 17 June, 2013
orait, xfhm... Heee
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 17 June, 2013
blogging dengan amalan yang bersih..apakah...
Yu. Syamz Yu. Syamz 17 June, 2013
harap bang boni utarakan isu panas yang dimaksudkan..terawang2 waalid baca entry nih..haha..:P
Hidayah Hidayah 17 June, 2013
Isu apa nih...ala nak tau gak.......
Yeop Maz Yeop Maz 17 June, 2013
assalamualaikum dan salam sejahtera.

memang pernah jumpa rakan blogger camtu. memilih kawan, sombong bongkak berlagak. aku hormat dia sbg blogger, tapi ada tak dia hormat kita?

takkan ada!!!

mujurlah aku dh berpindah platform & jumpa rakan sebenar. Alhamdulillah, ramai yang membantu aku, dan aku membantu mereka. tak salah kita berkongsi idea kan...

wassalam

http://www.khairilmazri.com
Unknown Unknown 17 June, 2013
baik cikgu! kami faham.

"Dunia blog ni sebenarnya kecil je. Pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama juga." ayat ni kan..seringkali dgr kat stesen tv..ala yg wartawan melodi tu..hikhik

ade can boni jd wartawan nih
munir ardi munir ardi 17 June, 2013
dimana-mana dunia pasti ada hal baik dan buruk sekitar negeri kamipun ada banyak blogger yang suka dengki melihat keberhasilan orang lain
Unknown Unknown 17 June, 2013
haaa.. dengar ckp abg kita ni..
Akupenghibur.com Akupenghibur.com 17 June, 2013
setuju boni... jangan mendengki.. dah terkena
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 17 June, 2013
kita gosok gigi tau..sampai hati ckp kita x gosok gigi..sobssss
Unknown Unknown 17 June, 2013
xsangka dalam dunia blogging pun ada...

xkemana pun manusia ada sifat dan sikap dengki ni...

Aimacomel Aimacomel 17 June, 2013
Betul da setuju sgt dgn pe yg encik boni kata. Xpyh ckp dlm dunia blogging la, dlm realiti pun kalau kita buat benda yg sama takkan kemana. Nak naik dgn cara yg tak bersih, hasad degki berleluasa, fitnah bagai, perli memerli, kutuk kritik.. Agak2 maju kita tu smpai manalah kalau begitu gayanya?? Tepuk dada tanya iman. Belajar didik hati utk jadi manusia yg boleh menambah nilai org lain. Bukan yg jenis letak pasir atas luka org lain. Betul tak abg boni??
Lagi satu, kalau kita nak org lain hormatkan kita.. Kita yg perlu belajar menghormati org lain dulu. Tu asas kehidupan. Dan penghargaan adalah untuk mereka yg tau menghargai...
-erkk sebenarnya adik xtau pun pe isu yg sebenarnya tentang blogging dan blogger ni. Hanya bercakap umum tntg kehidupan seharian. Harap dpt diberi pencerahan ye abg boni. Okey cukup smpai sini. Kang org marah plk komen berjela2. Hehehhe
AtieYusof AtieYusof 17 June, 2013
tak baik dengki2..:)
hana hadi hana hadi 17 June, 2013
dunia blogger ni mcm dunia realiti kan mcm kita dah tahu blogger tu macam mana tapi realitinya kita tak pasti. apakah yang hana tulis ni.. hehe

cmna la nak tau blogger tu dengki ke, busuk hati ke, cemburu ke? melalui penulisan ke..confius ni dah la hana lambat

ehem,biarkan biarkan... biarkan tak tahu
hazwan hairy hazwan hairy 17 June, 2013
setuju weh! buang sifat tu jauh2 kan..nk dengki pasai pa nth..masing2 lah cri sndri..hehe
Unknown Unknown 17 June, 2013
APA KES,APA KES..LENKALI CERITA LA DETAIL BONI..HUHU
Unknown Unknown 17 June, 2013
Asas nye berbalik pada kita, Kita yg nak tolak tambah bahagi. HAIH LAGI MERAPU AKU . HAHA
Izzat Eshak Izzat Eshak 17 June, 2013
Baca berkali2 ayat dalam tu. Memang guna bahasa tinggi ni, susah nak paham maksud dia. Aishh! Hahaha
Bin Muhammad Bin Muhammad 17 June, 2013
Kite ni blogger syok sendiri...apa jadi kt dunia blogger ni sebenarnya? Kureng mengerti, kureng tahu dan kureng faham le... Ada sangkut paut dgn Neelofa ke Boni?
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 17 June, 2013
tak ada kemana dengki2 ni.. merosakkan hati adalah.. subhanaAllah! jauhkanlah sifat ni dari diri kita
Mummy MM Mummy MM 18 June, 2013
Betul tu.. Setakat nie dalam dunia blog belum ada lagi yang dengki dengan saya dan harapnya tak ada..
miss yatie miss yatie 18 June, 2013
setiap yg terjadi, baik atau buruk pasti ada hikmah dan kebaikkan, cuma kita yg tak tahu, jadi kerna itu, fikir2kan
fyna fyna 18 June, 2013
setuju. tak semua orang suka dengan apa yang kita ada sekarang. so, berhati-hatilah...
Katak Comel Katak Comel 18 June, 2013
gua bru je kne fitnah bru2 ni tp gua x jdkn fitnah tu sbg batu penghalang tuk berjaya..
yeah!!!
Denaihati Denaihati 18 June, 2013
mulut busuk sebab puasa dapat pahala...
peringatn baik ni bro supaya kita tak tergolong orang yang macam tu...
Niesa Niesa 18 June, 2013
sokong!dunia sekarang semakin panas!
fairus fairus 18 June, 2013
APA MASALAH SEBENARNYA BRO.. CER CITE.. CER CITE..
Dkna Abza Dkna Abza 18 June, 2013
dkna rasa macam nak cari pasal jer ngn boni..hahahaa.. jom gaduh dalam blog boni :)
Norfanil Norfanil 18 June, 2013
berusaha lah berbaik, walaupun orang tuh tak terima kita dan tak layan kita..

so next step?
Unknown Unknown 18 June, 2013
betul tu boni, kalau asyik dengki je memang tak majulah nampaknya
Hafizul Hafizul 18 June, 2013
Setuju dengan artikel boni nih..hehe..paling penting, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..hahaha
Perling Putih Perling Putih 19 June, 2013
aman dunia kalau sifat dengki tu tiada di dunia.....
azman azman 19 June, 2013
Apa kes yer,tak ikut perkembangan langsung hehehe....dalam dunia blog ni macam2 org kita jumpa,kena hadamkan jer...tapi ko memang sempoi la boni...
Tengkubutang Tengkubutang 19 June, 2013
hu2.. memang isu panas selalau kedengaran sejak akhir2 ni.. tapi bagi teman klu xde angin masa kan pokok bergoyang.. ye x? ha2.. tepuk dada tanya selera.. blogger2 dh beso.. dh bole pk sniri.. bg yg dengki mendengki tu cuba lea muhasabah diri sikit kan.. klu nak jadi blogger terbaik, xyah lea sampai nak jatuhkan blogger lain.. sabo jelea..
Tengkubutang Tengkubutang 19 June, 2013
hu2.. memang isu panas selalau kedengaran sejak akhir2 ni.. tapi bagi teman klu xde angin masa kan pokok bergoyang.. ye x? ha2.. tepuk dada tanya selera.. blogger2 dh beso.. dh bole pk sniri.. bg yg dengki mendengki tu cuba lea muhasabah diri sikit kan.. klu nak jadi blogger terbaik, xyah lea sampai nak jatuhkan blogger lain.. sabo jelea..
Blog Santai Blog Santai 20 June, 2013
wah ada isu panas kat sini...itu dah namanya rezeki masing-masing..jangan ada PHD..tapi tulah kan manusia ni rambut aje sama hitam, hati lain-lain..susah nak control..bertabahlah ya, sesiapa yang di uji..
Fatin Diana Fatin Diana 20 June, 2013
banyak sangat dah isu panas. semua benda panas kelua, belum terbako je lagi.
reezluv reezluv 20 June, 2013
macam macam..standard le tu..bbnu pun ramai..:D
Mia Liana Mia Liana 22 June, 2013
panas... panas... biasalah tapi tak sepanas dunia artis kan.... heheheh
AnonymousAnonymous 23 June, 2013
betul tuh..setuju sangat2..
Unknown Unknown 24 June, 2013
remy sokong..... jom pi mandi sungai ramai2 buang kepanasan tu.....
Unknown Unknown 25 June, 2013
gue Gak Mengerti Bahasa loe
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 30 June, 2013
ape ni? tak mau lah dengki mendengki. bersama2 lah kita berbaik2 :)