Pada hari tersebut, telah di dipersembahkan tujuh
kereta berjenama Lingham daripada jumlah 24 keseluruhannya. Memang agak menarik perhatian aku. Kereta
yang digunakan agak comel.
|
Nampak betapa comelnya kereta-kereta tersebut. Perasmian kempen sedang dilakukan. |
Sempat lagi bergaya. Sekali pandang nampak macam David Teo pun ada. Hahaha. |
Menariknya bila nombor pendaftaran kesemua kereta tersebut adalah sama. 1908. 1908 adalah tahun jenama Lingham ini ditubuhkan. Aku masa tu masih tak diciptakan lagi. |
Tambah Yeoh Jin Beng lagi, Lingham akan
menganjurkan pertandingan di Page Facebook mereka bermula pada bulan ini.
Korang memang kena cuba pertandingan tu. Nanti aku sertakan sekali Page
Facebook Lingham di akhir-akhir artikel.
Kata beliau lagi pada hari tersebut, rakyat
Malaysia akan berbangga apabila mengetahui bahawa Lingham adalah satu jenama
tempatan yang menjual produk mereka kepada lebih 20 buah negara dan terus
mendapat sambutan di seluruh dunia. Dan mereka juga berhasrat untuk terus
melebarkan sayap mereka pada masa hadapan. Apalagi mereka mahu sos mereka yanng
unik , manis dan pedas untuk dirasai oleh semua manusia di dunia. Bagus impian
ini. Sebagai rakyat Malaysia, sememangnya aku turut berbangga dengan jenama
Lingham ni.
Mengenai Lingam
Lingham telah ditubuhkan pada tahun 1908
oleh seorang warga India dengan nama yang sama di Pulau Pinang. Perniagaan ini
telah dijual kepada sebuah keluarga Cina pada tahun 1945 selepas perang dunia
kedua. Selepas beberapa perubahan, syarikat Lingham & Son (Malaysia) Sdn.
Bhd. ditubuhkan pada tahun 1971. Sejak daripada itu,jenama ini telah
mengekalkan kedudukanya sebagai salah satu pengeluar sos cili yang terkemuka di
negara ini. Rangkaian pengedaran Lingham di seluruh dunia kini menjangkau
Australia, Belgium, Brunei , Kanada, Denmark, Finland, Hong Kong, Indonesia,
Jepun, Belanda, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Afrika Selatan,
Sweden, Switzerland, Thailand, UAE, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
*Resipi Lingham adalah resipi yang tak dapat
ditiru dan resipi tradisional rahsia yang telah dipelihara lebih 100 tahun.
* Produk yang halal.
Laman web Lingham – www.lingham.com
Facebook
– www.facebook/lingham.sauces
Ruangan Mengundi
1. Jika korang mahu aku kekal sebagai seorang blogger yang agak kacak, sila vote setiap hari Eyma Lydia di --> Eyma Lydia
2. Jangan lupa untuk vote Penyamun Inc. di Digi Wwwow Awards.