Promosi Menu Ramadhan, Rumah Terbuka Hari Raya Dan Akademi Chef Gallery - Restoran Rebung

Promosi Menu Ramadhan, Rumah Terbuka Hari Raya Dan Akademi Chef Gallery - Restoran Rebung

PROMOSI MENU RAMADHAN

Dengan bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi, Restoran Rebung telah menyediakan pelbagai pilihan 'masakan nenda'. Amat sesuai bagi anda yang suka menikmati masakan gaya kampung untuk berbuka puasa. Restoran Rebung menyediakan masakan gaya kampung ini sepanjang bulan Ramadhan.

Dengan harga rm70 untuk seorang (dewasa) , manakala rm48 bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun, pelanggan berpeluang merasai makanan yang boleh mengimbau kembali zaman kegemilangan bersama nenek di kampung.

Pemilihan menu untuk berbuka puasa adalah pelbagai dari hidangan utama. Antaranya adalah pelbagai pilihan hidangan nasi iaitu nasi putih, nasi minyak, nasi kerabu, nasi tomato, dan nasi beriyani di samping lauk-pauk seperti daging salai, ayam percik, ikan patin tempoyak, rebung perut, asam pedas dan lain-lain.

buffet ramadhan terbaik 2013, restoran rebung
Antara lauk-pauk yang disediakan untuk bulan Ramadhan nanti.
buffet ramadhan terbaik 2013, restoran rebung

Di Restoran Rebung juga terdapat hidangan menarik dan menyelerakan seperti rojak buah, murtabak, cucur bawang, roti jala, dan sebagainya. Untuk penggemar pencuci mulut pula, terdapat pulut durian, pengat pisang, bubur kacang, badak berendam, kuih koci dan pelbagai lagi. Jom rasai hidangan masakan-masakan kampung yang tradisional di bulan Ramadhan ini walaupun berada di tengah-tengah bandar.

buffet ramadhan terbaik 2013, restoran rebung

Bagi memeriahkan lagi suasana semasa berbuka puasa , Restoran Rebung juga menyediakan biskut raya dibakar setiap hari pada bulan Ramadhan bermula minggu kedua Ramadhan hingga penghujung Ramadhan. Apa yang istimewanya adalah biskut-biskut raya ini disediakan dengan diketuai oleh Dato' Chef Ismail Ahmad and Pastry Chef Florence Tan sendiri.

RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Hari raya sangat bermakna dan sangat meriah bila disambut bersama keluarga , sanak-saudara, dan juga rakan-rakan. Restoran Rebung juga dibuka pada minggu kedua hari raya di mana terdapat menu-menu istimewa hari raya yang dihidang. Contohnya ketupat dan rendang, dodol, lemang , biskut raya dan kek raya di samping menu-menu masakan tradisional.


buffet ramadhan terbaik 2013, restoran rebung
Rendang ayam 
buffet ramadhan terbaik 2013, restoran rebung
Rendang daging. Terliur tak? Aku menaip sambil terleleh-leleh air liur ni.
buffet ramadhan terbaik 2013, restoran rebung

AKADEMI CHEF GALLERY

Tahun 2009 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan penubuhan Academy Cheff Gallery kepada Chef Gallery SDN BHD dalam bidang Latihan Seni Kulinari diketuai oleh Dato' Hj Chef Ismail Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, ahli-ahli Chef Gallery terdiri dari beberapa Celebrity Chefs lain yang mempunyai hasrat untuk memindahkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi masakan dalam melahir, membangun dan menaik taraf usahawan-usahawan atau pengeluar makanan.


Kelulusan yang diberi oleh Kementerian Sumber manusia adalah dari segi kemampuan akademi tersebut dalam menyediakan kedua-dua latihan secara teori dan praktikal di bawah pimpinan selebriti-selebriti chef serta penolong-penolong yang mempunyai sijil-sijil kemahiran di samping latar belakang yang mendalam dalam bidang masalan.

Bahkan kelulusan Kementerian ini adalah dalam memberi latihan kemahiran skil SKM 1, 2 dan 3. Akademi ini juga menyediakan latihan-latihan masakan lain mengikut permintaan. Kursus-kursus ini melibatkan kursus setengah hari , satu hari, seminggu, sebulan kursus-kursus berpakej dan juga demo-demo masakan.

Jadi, kepada korang yang nak ke Restoran Rebung atau pun ingin membuat tempahan, boleh lah ke alamat di bawah ini.

Restoran Rebung
No. 4-2 Lorong Maarof,
Bangsar Park,
59000 Kuala Lumpur

TEL : 03-22832119 / 03-22824776
FAKS : 03-22834775


* Restoran Rebung telah dibuka pada 2004 dengan pemilikan bersama Malaysia Celebrity Chef, Dato' Haji Chef Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Mustapha Shukor. Kejayaan tarikan kepada restoran ini adalah dari segi 'personaliti' dan 'karisma' Chef Ismail sendiri kerana beliau sentiasa memastikan dirinya berada di restoran tersebut pada bila-bila beliau bebas dari aktiviti-aktiviti lain  di samping mempunyai chef-chef yang mahir dalam pelbagai jenis masakan.

restoran rebung, buffet ramadhan terbaik 2013, buffet ramadhan 2013, buffet ramadhan, ramadhan, chef ismail, masakan gaya kampung

{ 43 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 27 June, 2013
wah!! byaknya menu..>_<
Sohra Rusdi Sohra Rusdi 27 June, 2013
kalau makan kat sini pasti lupa nak berhenti hmm terliur tengok semua gambar-gambar itu
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 27 June, 2013
perghhh apa lagi boni, bawak la sy.. belanja sekali pun boleh.. wakakakakakak
akubiomed akubiomed 27 June, 2013
Roti Jala dengan kuah kari tak boleh tahan bro. :-)
Unknown Unknown 27 June, 2013
kad kredit terima ? haha >.<
Sarah Mohd Saleh Sarah Mohd Saleh 27 June, 2013
hamioiiii abam boni puasa nye idak tiba lagi. dah up pasal promosi ni.mihmih
Bin Muhammad Bin Muhammad 27 June, 2013
Aku kalau pergi makan tengok banyak sangat menunya ni...payah, xtau nak pilih...
Kalau nak cari restoren ni mau sesat nih, orang Hulu masuk KL...mabuk tgok bangunan...hehe
Unknown Unknown 27 June, 2013
restoran rebung memang terbaik
AnonymousAnonymous 27 June, 2013
Assalamualaikum,

Iklankan produk yang ingin dijual atau perniagaan atau bertukar laman web
di www.produkmuslim.info

Daftar segera ia percuma

Terima kasih
Unknown Unknown 28 June, 2013
ko dah jadi ejen promote restoran rebung ke? makan komisen ni... hehehe.. anyway.. insyaallah kalau sampai sana aku roger2...
Tengkubutang Tengkubutang 28 June, 2013
sah2 teman makan sampai lebam.. opsss.. kena kawal nafsu makan.. bulan ramadhan, byk kan amal.. bkn byk kan mkn.. hihihi.. tp klu larat apasalahnya kan boni.. =)

salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..
Abil Fikri Ahmad Abil Fikri Ahmad 28 June, 2013
Rm70 dewasa, 48 kanak2...emmm kalau Duda?? mesti dapat murah lagi kut bro?!! hhahaha...Menarik nampak lauk2 tu bro..
Teena Tna Teena Tna 28 June, 2013
Harga dia kira satu kepala or tgok menu yg kte amik?
Byk makanan dia
Sheila Salim Sheila Salim 28 June, 2013
assalamualaikum. sedapnya tengok rendang tu. hehehehheee
Qashmere Qashmere 28 June, 2013
Sedapnya lauk2 tuuuuuuuu..laparrrrrr
wantie wantie 28 June, 2013
menu rumah terbuka tu. kalau lepas raya. malas sangat nak buat rumah terbuka tu. belanja je kengkawan kat restoren ni. Ha.. menu pun menu raya kan.

mesti best. tak de nak letih mengemas berhioas bagai. amacam my idea?
Unknown Unknown 28 June, 2013
wa pernah buffet dinner kat sini der...tak sedap pon ahaksss
*sedangkan bukan selera ai... ;p
Unknown Unknown 28 June, 2013
hihi..pnah wt hi tea uk event opis kt cni...tp mcm kurenggg ckit rsenye..mybe bkn air tgn chef mail kot...huhu
fairus fairus 28 June, 2013
I LIKE ROTI JALA.. SERIOUS..
emarieys emarieys 28 June, 2013
selalu opis buat jamuan kat sini...cuma utk berbuka belum lagi.
kisah Si Dairy kisah Si Dairy 28 June, 2013
tak sabar nak tunggu ramadhan...
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 28 June, 2013
cpt betol masa berlalu kan..dah nak pose kita nie...uhuhuhu
Unknown Unknown 28 June, 2013
nak free bole x bole x ?
mrpolie mrpolie 28 June, 2013
Tahun lepas ada terniat nak ke sini... tapi x kesampaian plak...
Unknown Unknown 28 June, 2013
fuh banyak sungguh menu makanan,pasti pening kapala mano nak pilih...hehe
Mummy MM Mummy MM 28 June, 2013
Sedapnya.. Saya suka rendang ayam..
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 29 June, 2013
aku tak pergi pun hari tu bro..hmm..
Mizz Aiza Mizz Aiza 29 June, 2013
nampak sedap menu di situ..
Unknown Unknown 29 June, 2013
Sdp2 belaka..hihi..selmt menyambut bulan ramadhan.... ;-)
AtieYusof AtieYusof 30 June, 2013
sedap2 semuanya.. sangat2 menyelerakan..nyum!
Pykaa Pdott Pykaa Pdott 01 July, 2013
Amboih awalnye prmot . Wah sdapnye terliur haih . Hee
Namee Roslan Namee Roslan 01 July, 2013
banyaknya menu....gulp.pastu mmg tak larat terawikh la nnti kalau sumbat smua. hehe
Denaihati Denaihati 02 July, 2013
wah..kalau nak rasa semua menu kena hari-hari berbuka kat sini...tapi kena ada sponsor...heeee
Bitt (double IS) Bitt (double IS) 02 July, 2013
pernah makan situ dulu..not bad...chef ismail tu dulu pon selalu je ada dan peramah orgnya ;)
Aimacomel Aimacomel 02 July, 2013
perggh makanan dia betul2 menggugat hati.. lapar lapar! ada akademi masak? syok tu, leh belajar masak
Unknown Unknown 03 July, 2013
Roti jala tu..puasa nnti teringin la nak makan..
Hafizul Hafizul 03 July, 2013
banyak juga menunya..hehe
Unknown Unknown 04 July, 2013
menu dari pakar masakan..... tu yg best tu.... asli dan terasa....
Unknown Unknown 04 July, 2013
macam2 ada.. terima kasih je lah.. lyla makan rebung kat rumah ja lah.. hwahwaha. tak sabar balik sabahhh... ~~~~~
lynndamya lynndamya 09 July, 2013
adolahai, nasib aku tengok masa tak puasa, klw x...lapar sudahhh haha
btw, salam ramadhan :)