Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Pada hari Khamis lepas, aku telah menjalani satu Shooting untuk rancangan Blogger Voice di TVi Channel 180. Rancangan yang akan memaparkan kisah-kisah kehidupan seharian blogger-blogger yang terdapat di Malaysia ini. Dan aku salah seorang blogger yang terpilih mewakili blogger berniche JENAKA. Kelakar juga aku ni rupanya sampai terpilih kategori tu. Hahaha.
Krew-krew sedang mencari port yang sesuai untuk meletak barang-barang peribadi mereka sendiri. |
Shooting di bowling ni pula adalah shooting opening untuk blogger sukan. |
Selesai Shooting tersebut, kelam kabut aku ke Bukit Jalil untuk ke bukit jalil pula. Aku dipanggil oleh Astro. Sampai je kat sana, rupa-rupanya aku telah DIPRANK!! Hahaha. Baiklah. Selalu aku tonton rancangan-rancangan Prank kat tv sambil kutuk-kutuk dan ejek-ejek dorang yang kena Prank tu sambil terlompat-lompat macam beruk kena tampar." Apa ke bingai tak sedar kena Prank?" Rupa-rupanya lepas kena kat batang hidung sendiri baru aku tau rasanya bila diPrank!! Hahaha. Perasaan panik memang betul-betul kuasai diri rupanya bila diPrank ni. Memang otak dah tak mampu nak berfikir dengan betul lagi. Kita bertindak berlandaskan apa yang terlintas di kepala otak macam tu je.
Jadi, pada hari tersebut aku telah diShooting dua kali sebenarnya. Satu dengan TVi manakala satu lagi dengan Astro. Hahaha. Kalah brader ni. Hehehe. Tapi yang kena Prank tu memang agak kejam. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang tak ada pedoman, sikit-sikit nak bunuh diri. Hahahaha. Choww..