Cuma adakah semua tahu hala tuju dan matlamat blooggers dot com ini? Apa kegunaan blooggers dot com kepada blogger dan juga peniaga. Apakah kegunaannya seperti menggunakan air teh untuk dicicah dengan biskut?
Bagi aku, ia ada unsur sebegitu di mana blogger perlukan blooggers dot com untuk mencari wang saku tambahan apa lagi kos sara hidup makin tinggi sekarang ini.
Peniaga pula perlukan blooggers dot com untuk mempromosi dan memViralkan perniagaan mereka. Promosi di alam maya yang sememangnya menjadi satu fenomena sekarang. Jika dilihat zaman sekarang ini, peniaga berebut-rebut untuk mempromosikan perniagaan mereka di alam maya, tetapi ada kalanya mereka sukar untuk menyebarkannya. Dengan blooggers dot com, semua itu dapat dipermudahkan kerana di bawah blooggers dot com terkumpul begitu ramai blogger-blogger di Malaysia termasuk aku yang kacak ni. Jadi, jika sesuatu perniagaan itu disebarkan oleh ramai blogger, memang mudah untuk orang 'sedar' akan kewujudan perniagaan itu.
Blooggers dot com pula perlukan blogger untuk meramaikan lagi komuniti blogger di bawah blooggers dot com kerana projek-projek semakin banyak di bawah blooggers dot com. Antara projek yang besar di dalam tangan blooggers dot com adalah projek dengan KTMB. Jadi, dengan pertambahan projek-projek ini, blooggers dot com memang perlukan lebih ramai blogger untuk meramaikan jemaah bloogers dot com.
Manakala blooggers perlukan peniaga sudah tentu untuk mencantikkan port folio dan juga memajukan lagi blooggers dot com jauh ke hadapan hingga menjadi satu syarikat pengiklanan terbesar buat peniaga di Malaysia ini.
Jadi kepada blogger , marilah sertai blooggers dot com. Mari meramaikan lagi komuniti blogger di blooggers dot com. InshaaAllah, blooggers akan makin berkembang dan akan banyak peluang untuk korang menambah pendapatan korang. Boleh cari kami di page facebook - Blooggers Dot Com atau website www.blooggers.com
Maafkan aku sebab aku tak reti nak letak link menggunakan ipad mini aku ni. Hahaha.
Dan kepada peniaga-peniaga, jangan berkira untuk keluarkan modal bagi sudut promosi kerana dengan promosi sahajalah yang dapat kembangkan perniagaan korang. Dan untuk sedikit info, aku tertarik dengan peniaga-peniaga berbangsa cina kerana mereka peruntukkan 30% dari perbelanjaan mereka semata-mata untuk promosi. Dan setiap kali promosi, mereka akan memanggil ramai blogger untuk menyebarkan perniagaan mereka. Kerana mereka memang pentingkan promosi untuk memajukan perniagaan mereka. Dan ini adalah satu strategi perniagaan yang memang berkesan. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.
Projek yang kini sedang dijalankan oleh Blooggers Dot Com
Meeting bersama dengan PTS. Syarikat penerbitan buku di Malaysia. Antara bukunya adalah novel penulisan Ain Maisarah. InshaaAllah, jika tiada aral, mereka akan turut bekerjasama dengan Blooggers Dot Com.
Kesimpulannya, aku tetap aku walau penulisan aku kali ni agak serius. Ok, masa untuk aku fikir entri-entri mengarut macam biasa. Aku sebenarnya tak gemar penulisan serius sebab aku takut orang salah sangka aku ni adalah Aaron Aziz yang menyamar. Ok, bye.
*berjaya juga aku upload gambar bersaiz besar dalam blog menggunakan ipad. Hahahaha.