Kisah Gempak Hari Raya AidilAdha Aku

Baru sempat aku nak ceritakan tentang kisah hari raya aidiladha aku. Lambat kan? Takpe, biar lambat asal kacak. Cerita hari raya aku agak gempak dan dramatik sikit. Pagi raya, aku bersiap. Pakai baju melayu wangi-wangi. Siap bersampin dan bersongkok. Songkok pula aku tacapkan sedikit senget. Nampak macam YB sikit. Deodorant pula aku pakai deodorant Rexona. Tapi sayangnya, Deodorant Rexona tu untuk wanita. Arghh! Ada aku kisah. Sedangkan Legging Pink pun aku sarung kadang2 untuk tidur. 

Selesai bersiap, aku terus ke masjid. Kelihatan ramai jemaah di sana bersiap untuk sembelih lembu. Aku pun rapatkan diri ke jemaah-jemaah tersebut. Kelihatan beberapa ekor lembu telah diikat. Aku tertarik pada seekor lembu. Nampak berisi dan gemuk. Pergh. Agak mengiurkan aku. Namun, lembu tu nampak agresif dan garang. Apa lagi tanduk dia amat tajam. Sekali berdengus, naik bulu mata aku. Kalau terlepas ni, memang nahas. 

Secara tiba-tiba, apa yang aku fikirkan tu jadi kenyataan. Lembu tersebut terlepas dari ikatan. Habis bertempiaran orang lari. Ada beberapa orang pakcik terpelanting lepas ditanduk. Mak aih. Memang ganas Attitude lembu sekor ni. Tempat tu terus kecoh dengan suasana orang ramai bertempik. Ada beberapa lelaki muda yang terlondeh kainnya. Nasib baik pakai Boxer. Kalau tak jadi Target Mark lembu tu je lah. Ada jugak beberapa orang nenek yang lanjut usianya panjat pokok untuk lindungi diri. Tergelak sikit aku. Dasyat tenaga nenek-nenek tu. Masih mampu lagi panjat pokok di usia yang sebegitu. Nasib baik gigi palsu tak tertanggal je. Silap-silap daripada gelak kecil, terus terbahak-bahak aku ketawa. 

Disebabkan naluri aku ni lebih kepada naluri seorang Hero, aku mengambil keputusan untuk menjadi penyelamat keadaan.  Aku tanggalkan sampin aku, dan menjadikan ia kain untuk memancing lembu tersebut. Ibarat seorang Matador sedang bertarung dengan seekor lembu. Macam tu lah gaya aku. Gaya tu berjaya menarik perhatian lembu tersebut. Diam dia merenung aku. Sejenak kemudian, kelihatan kaki dia dikais-kais.  Dan, tak semena-mena dia menerkam aku. Makin lama makin dekat. Aku terus menghayun-hayunkan sampin aku. Makin dia dekat makin berdebar-debar hati aku. Terasa macam debaran ketika mengambil pesanan makan dengan seorang Waitress yang cantik. Secara tiba-tiba aku Lost Control. Aku lepaskan sampin tersebut dan lari lintang pukang ketakutan. Gila tak takut. Kena kejar dengan lembu yang mengamuk. Mencicit-cicit aku lari. Tadi tu eksyen je lebih. Pucat lesi muka aku masa tu. Peluh tak payah cakap lah. Dah macam kena simbah dengan air jamban. Disebabkan tak dapat lagi kawal perasaan cuak tu, aku terus menjerit sambil pejam mata. 

"Satu darab satu.. Satu! Dua darab satu... Dua!!"

Bila aku buka je mata, aku nampak botol susu depan aku. Pergh. Mimpi ngeri rupanya. Rupa-rupanya aku bangun lewat hari tu. Terlepas aku acara-acara penting di Hari Raya Aidiladha. Pukul 12 tengah hari baru aku siap dan beraya di rumah makcik aku bersama-sama Family aku. Adeh. Nasib baiklah dapat juga merasa daging korban. Kalau tak, rasa menyesal aku.

Inilah kisah Hari Raya Aidiladha aku. Bangun lambat. Hampeh betul.
Kisah Gempak Hari Raya AidilAdha Aku

{ 29 comments.. read them below or add one }

sitirohaida sitirohaida 18 October, 2013
dah agak dah....tetiba macho je boni jadi matador tu...hihi
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 18 October, 2013
Aku ada dalam mimpi lu bro..gua saksi lu jadi matador..haha
dariilhamkehati dariilhamkehati 18 October, 2013
pergh ! memang baca tadi, makin baca makin rasa, napa macam tipu jer nih , ahahaha ~ nak citer pasal bangun lambat jer , ahahaha , good bro...ahahaha ~ ada mimpi CP tak ?? ahahaha ~
DILA ELLA DILA ELLA 18 October, 2013
mimpi rupanya hehe..lucu :)
wantie wantie 18 October, 2013
kalau akak duduk sebelah umah kamu, akak suruh je lembu tu gi tanduk kamu kat atas katil yang sedang asyik tido pakai legging pink. hahahaha...

apa nak jadi la budak ni, orang lain dah pergi sembahyang balik dah pun. tak bangun tido lagi. sabor je lah.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 18 October, 2013
la la la...rupanya mimpi boni ni... boniiiiiii....omg...pakai legging pink untuk tidur...tidakkkkk!!!! hilang kacak ok?
Tengkubutang Tengkubutang 18 October, 2013
hahahahaha.. lawakklah boni.. ingatkan betul tadi.. kalau betul teman nak gelak lagi berguling2 atas lantai dah tadi.. hik3
budi majid budi majid 18 October, 2013
syukurlah itu hanya mimpi toh...
Abil Fikri Ahmad Abil Fikri Ahmad 18 October, 2013
Bila sampai tang jadi Matador, aku confirm ni mimpi jea ni! hahahaha..

Entry lu memang aku gemar baca la bro..
blogger lelaki blogger lelaki 18 October, 2013
masa aku kecil dulu penah lembu korban terlepas..dan kami tepaksa kejar lembu tu..dekat pukul 11 lebih dh baru dpt sembelih..ada pakcik tu tak bg dah sembelih selepas pukul 12 tghari..sbb matahari dh jatuh
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 18 October, 2013
cehh....igtkan betul2...
Suria Amanda Suria Amanda 18 October, 2013
Citt....ingat betul2 macho...dh agak dh..ending mcm ni....anti klimaks tul...
Unknown Unknown 18 October, 2013
Owh mimpi rupanya.. Haha.. nice story..
Sukma Sukma 18 October, 2013
hampeh betul ko Boni Kacak....hilang kacak sebab mimpi ngeri nie...hoho
ma ❥ ma ❥ 18 October, 2013
part atas nampak real buat saya nak teruskan baca. bila turun part ayat "tiba-tiba" gua dah dapat rasa ini semua mimpi hang semata mata, hahaha


eh part legging pink cerita mimpi ke betul2?hehehe
part jadi matador dalam fikiran dah terbayang !iklan kat tv tu hehe
shazillahsani.com shazillahsani.com 18 October, 2013
Hahhha...yer2 ingat betul..rupanya mimpi jer..
munir ardi munir ardi 18 October, 2013
untuk pertama kalinya aku tak lihat picture di posting Rakan boni
Kekzamanis Kekzamanis 18 October, 2013
Wakakakakak! Mimpi rupanya.. Wat penat jer gelak beriya.. Cis..!
ZON PERMAISURI CHOMEL
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 18 October, 2013
Lawak la BK. Ingat tadi betul2 jadi hero.rupanya tido di rumah.
Izzat Eshak Izzat Eshak 19 October, 2013
salam aidiladha bro bonikacak!
Cik Itah Cik Itah 19 October, 2013
hahahaha apa la boni..mimpi rupanya lol kelakar mimpi tu :D
Aimacomel Aimacomel 20 October, 2013
awal cerita tu dah gempak dah. cehh rupanya berair liur basi. kehkehkeh, aduhai boleh pulak terlepas tidur ye abang kita ni =p
Fiza Rahman Fiza Rahman 22 October, 2013
DAh agak dah, klo dah melencong ni mesti mimpi...cis...Tapi cerita memang lawak. Dah tergelak sorang2 dpan pc ni ha.
AnonymousAnonymous 01 November, 2013
hehehe ada2 ajelah , lawak !
Unknown Unknown 04 November, 2013
hahaha kacak sungguh cerita nih...