"Bonda, kita hendak terus atau ke kiri?",soal aku sambil tersengih kerang busuk. Bukan apa, kalau terus kitorang akan sampai ke rumah bakal mak mertua aku. Hahaha.
"Kalau rasa hendak ditampar dengan tayar kereta, silalah pandu terus. Bonda punyai urusan ni. Nanti bila kita mahu pulang dan punyai masa, singgahlah puas-puas.",jawab mak aku selamber dengan spek hitam besar terselit di wajah. Pergh, macam mak datin mak aku ni.
Dan, selepas tu kitorang terus menuju ke Bagan Serai. Sampai kat sana, masa dah agak petang. Jadi, aku mengambil keputusan untuk jalan sorang-sorang keliling kampung sambil bermonolog sorang-sorang macam dalam drama tv tu.
"Pak Ngah buat apa tu?",soal aku.
"Apa ke bengap anak menakan aku sorang ni. Dah nampak Pak Ngah bercangkul sambil dikelilingi sayur-sayuran ni, tak mungkin Pak Ngah tengah menari zapin. Lagi mau tanya kan?".
Pergh, sedas aku kena. Haha. Sambil-sambil tu aku bertanya juga macam mana keadaan sayur-sayuran dia. Dia pun mula bercerita. Dan katanya, dia ambil inisiatif ni sebab kos sara hidup yang agak tinggi. Hurm, dalam fikiran aku pula, kalau kat kampung pun dah terkesan dengan kos sara hidup yang makin tinggi, apa lagi manusia-manusia metropolitan lagi bergaya macam aku ni. Bergaya tapi poket kering. Kalau kat kampung memang agak menarik sebab boleh bercucuk tanam, kalau kat bandar nak tanam apa? Apa lagi yang duduk kat flet-flet tu. Kos sara hidup memang semakin kejam sekarang. Aku dah mula rasa nak pindah ke kampung. Tanam sayur-sayur, bela ikan, bela itik, bela ayam, bela kambing. Makan sendiri je. Lagi segar dan bebas racun.
Selesai bersembang, kitorang pun masuk rumah. Dah malam. Dan, keesokannya, aku dan mak aku pulang. Sekejap je balik kampung tapi cukup buat aku tenang. Rasa sejuk je jiwa. Lagi sejuk kalau dapat singgah rumah bakal mertua, tapi tak sempat. Hahaha.
kt kampung mmg best, mcm2 ada,,haha (^___^)