Sebenarnya dah lama aku perap video ni daripada pandangan-pandangan kawan-kawan blogger yang lain. Sebabnya, entah kenapa aku malu. Vlog tak pula aku rasa malu macam ni. Entah kenapa video jangan lupa lirik ni aku jadi macam tak condifent je. Eh, betul ke ejaan yakin tu? Mungkin disebabkan aku menang sikit agaknya yang buat aku agak goyang nak keluarkan video ni dalam blog. Hahahaha. Tapi hari ni, dengan tak malunya aku akan publish akan video ni. Heh heh. Ni lah moment-moment paling terindah dalam hidup aku.
Dan sebelum tu, ingin aku katakan yang selama aku menyanyi merata-rata dalam hidup aku, inilah dia kali pertama aku dapat menikmati sound system yang sangat-sangat sedap. Terbaekk!!! Dapat pula beraksi bersama live band yang cukup-cukup handal di Malaysia ini. Ini semua adalah satu kebanggaan buat diri aku. Dan ini jugalah kenangan aku untuk ditatapkan oleh bakal anak-anak cucu aku satu hari nanti. Jadi, marilah layan. Tapi sorry kalau kualiti kurang sebab aku rakam guna kamera.
Part ke dua akan menyusul kemudian. Heh heh
p/s - Kepada --> jejaka langkawi <--, memang aku ada join, tapi dah lama dah. Malu aku nak bagitau kat orang sebab aku menang sikit je. Hahaha