Jadi, pada hari ni , aku hendak menceritakan tentang kaki yang kebas. Kejadian ni terjadi semasa aku sedang melepakkan diri di atas kerusi santai yang disediakan sebuah shopping mall. Ada lah dalam 30 minit aku duduk, aku mula terasa kebas-kebas kaki. Pergh! Makin lama makin kritikal. Tanpa melengahkan masa, aku terus memegang-megang kaki dan mengurut-ngurut. Mak aih! Tak terasa apa-apa. Aku dah mula goyang. Aku dah mula cemas. Apakah aku sudah lumpuh sebelah kaki? Aku tekan kuat lagi.
Licin betul kaki mamat-mamat ni. Tak macho langsung. Hahaha. Sumber gambar -> http://topimagine.blogspot.com |
" Oi! Kau dah kenapa pegang-pegang kaki aku?? Gay ke?!!",jerkah satu suara di sebelah aku.
Aik!! Bila masa pula ada brader duduk sebelah aku ni? Macam mana aku boleh salah pegang kaki ni?!! Pergh!! Hampagas betul!
" Sorry bang. Saya bukan apa. Saya betul-betul mengagumi kaki abang. Unik sangat. Tak ramai lelaki yang punyai kaki seburuk kaki abang. Saya kagum sangat.",ujar aku gigih memberi alasan untuk melepaskan diri.
" Betul ke? Betul kau kagum dengan kaki aku ni?",soal brader tadi. Terlihat wajah bangga yang teramat.
" Betul bang.",ujar aku singkat sambil terus berlalu pergi dari situ.
Tak lama kemudian terdengar suara brader tadi bertempik.
" Kurang ajar punya budak!! Kau cakap kaki aku buruk!!!"
Tunggu lagi? LarikK!!!!
Jadi, itulah dia cerita tentang kaki kebas. Hahaha. Selamat berhari Isnin. :) <-- smiley
macam mana boleh salah kaki?
Sib baik tak kena charge gangguan seksual di tempat awam..