Pagi-pagi saja aku keluar rumah. Nak cari ketenangan. Sambil mencuci mata melihat gadis-gadis yang berkeliaran tak tentu pasal. Mind set aku telah menetapkan untuk lepak sorang-sorang di restoran mamak berdekatan rumah aku sambil membuat muka paling menyedihkan. Aku dah fikirkan dah perancangan aku tu. Bila aku lepak dengan muka yang sedih tu, lepas tu mesti akan ada seorang dua gadis gatal yang akan tegur aku.
" Awak yang membuatkan jantung saya berdebar-debar tu, kenapa awak kelihatan muram je?"
Lebih kurang beginilah dialog gadis-gadis gatal yang akan tegur aku tu nanti.
Gambar sekadar hiasan. Tapi comel jugak. Hadoi. Sumber gambar --> http://akustressgiler.blogspot.com |
Pergh!! Best betul angan-angan aku tu. Tanpa berdolak-dalih lagi, aku terus menghidupkan enjin motor dan terus memecut ke restoran mamak tersebut.
Aku membuat keputusan untuk duduk di tempat cerah yang disinari cahaya matahari. Bila sistem pencahayaan sempurna, pasti aku kelihatan lebih kacak daripada biasa. Kerusi ditarik. Dengan gaya yang agak lambat, lembab dan sembam, aku duduk. Riak wajah aku pamerkan sesedih yang mungkin sambil memandang-mandang sekeliling. Kadang-kala saja aku titiskan air mata sambil mengelap dengan tisu. Taktik berkesan. Aku perasan ramai gadis-gadis memandang aku. Tak lama kemudian, aku perasan ada seorang gadis berjalan menghampiri aku. Pergh! Sama! Sama macam yang aku angankan tadi! Semakin lama semakin berdegup kencang jantung aku. Memikirkan yang aku mungkin akan dapat memikat seorang gadis pada pagi ini, aku terus memantapkan lagi tangisan aku itu. Sambil meraung-raung tak tentu pasal, aku juga menghempas-hempaskan kepala ke meja. Untuk menambah kesadisan cerita ni, selepas berhempas pulas menghempas-hempaskan kepala, aku terus menekup muka aku di meja. Seolah-olah seseorang yang sedang berputus asa di dalam kehidupannya. Seketika kemudian, kedengaran sehelai suara yang sangat merdu.
" Awak? Sorang je? Boleh saya duduk dengan awak?"
Pergh!! Dia nak duduk dengan aku!
" Silakan awak. Besar tapak tangan, ngilu pula rasanya bila ditadahkan. Duduk lah dengan saya. Saya pun lonely ni.", jawab aku sambil terus mengangkat muka dan memandang ke hadapan.
Eh! Terkejut aku. Gadis tadi tiba-tiba hilang. Aku memandang sekeliling. Pergh!! Rupanya dia bercakap dengan orang belakang aku. Mak aih!! Aku bercakap sorang-sorang rupanya!! Aku tengok orang sekeliling semuanya memandang aku. Mesti dorang ingat aku ni orang gila. Hampeh betul.
Malu memang malu, tapi nak buat macam-mana. Apa yang aku angan-angankan musnah begitu sahaja. Aku terus bangun dan pergi mengambil sepotong kuih. Dengan muka yang agak marah, aku mengunyah-ngunyah kuih tersebut sambil tak berkelip mata memandang mamak yang berada di hadapan. Pucat mamak tersebut. Entah apa lah yang difikirkannya. Sedang enak mengunyah-ngunyah, tiba-tiba aku dijerkah.
" Abang! Abang! Manis tu!! Rosak gigi!!"
Chit! Budak-budak kembar ni, kat sini pun ada dorang!