Sekian sahaja. Terima kasih. Hahaha. Rasa nak lempang bulu mata aku pakai terompah tak? Baiklah. Diumumkan.. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012 jatuh pada tanggal.............. 19 JULAI 2013!!!! Eh, macam ada tak kena pula. Oh. Sorry. My mistaking is under determined. 19 JULAI 2012!! Bersamaan 29 Syaaban 1433 HIJRAH.
TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2012
meneropong anak bulan ramadhan menggunakan teleskop. sumber gambar http://nurhafiz2009.blogspot.com |
Tiap kali dapat tahu tarikh melihat anak bulan Ramadhan, pasti akulah orang yang paling gagah untuk meneropong bulan. Excited dah macam budak tadika terpijak taik lembu. Aku teringat satu kisah beberapa tahun yang lepas. Masa tu memang aku dah bersedia untuk teropong anak bulan Ramadhan. Siap pakai baju pengantin aku pinjam dari jiran sebelah. Lokasi aku tuju ialah di sebuah taman permainan. Ramai juga yang ada untuk teropong anak bulan. Tengah baik punya teropong, aku ditegur. Melentinglah aku. Darah muda membuak-buak. Panas rasa hati. Pantang aku kena tegur masa tengah fokus tengok anak bulan Ramadhan. Terus air mata aku berjujuran.
" Kenapa ni pak cik? Saya tak buat salah apa-apa pun. Kenapa pak cik tegur saya? Sayu hati saya. Sedih rasa bagaikan awan yang terpilu."
" Eh, dah-dah. Jangan menangis. Malu orang tengok tu. Pak cik cuma nak tanya. Kamu dah kenapa teropong bulan pakai mikroskop? Apa yang kamu nampak?",soal pak cik tersebut.
" Oh salah ye? Ahahahaha. Saya baru first time nak teropong anak bulan Ramadhan ni pak cik. Jadi saya ingatkan menatang ni boleh teropong bulan."
Inilah dia bentuk mikroskop. Sumber gambar --> Sam Wiki-Wiki |
Jadi, untuk info lebih lanjut berkenaan tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012, boleh lah terjah --> TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2012
~selamat berpuasa abg boni