Pada tanggal 1 JULAI 2012 pukul 1.00 petang , aku telah berjaya menaiktaraf blog aku dengan memakai domain sendiri. Dengan ini aku merasmikan penukaran nama blog lama ke nama blog yang baru iaitu:-
www.bonikacak.com
Jangan salah faham. Aku mengambil nama ini bukanlah untuk mengatakan yang aku seorang lelaki yang kacak, jauh lagi untuk membangga diri. Siapa yang mengenali aku tentu akan tau aku ni jenis yang bagaimana. Yang sebenar-benarnya, aku hendak branding kan blog aku agar orang senang untuk mengingati aku. Perkataan kacak pula merupakan perkataan yang sangat buat aku tertarik kerana ia agak hyperbola. Lebih-lebih lagi bila aku tengok filem lakonan Stephen Chow beserta sarikata di tv. Setiap kali keluar ayat kacak tu, pasti dengan hypernya aku akan ketawa terkekek-kekek bak pungguk rindukan bulan. Sebab tu kebanyakan entri aku selalu menggunakan ayat ni. Rasanya daripada mula aku memiliki blog aku dah selalu gunakan ayat ni.
Pada awalnya, aku nak guna kutubabi.com, tapi bila difikirkan balik, ramai yang kenal aku dengan nama Boni, jadi aku kekalkan nama aku pada domain ini. Plus ramai juga yang suruh aku kekalkan nama Boni tu.
Di dalam kesempatan ini, aku nak mengucapkan segulung ucapan terima kasih kepada --> Bro Jejai <--. Aku betul-betul tak sangka beliau seorang yang dasyat dan berseni. Tak percaya? Cuba korang jeling sikit kat header aku tu. Nampak tak? Stylo beb. Aku tabik spring gila kat beliau sebab designkan header yang gila stylo macam tu kat aku. Betul-betul buat aku terasa benar-benar kacak. Hahahahaha. Thanks bro. Bro memang superb habaq hang.
Dan yang paling terpenting sekali, aku hendak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada -->ABANG JAMBU<-- ini yang sudi MEMAYUNG dan menjadi penaja kepada domain baru aku ini. Thanks bro. Eden bertambah-tambah semangat untuk berblog lagi lepas ni. Semangat waja bak Kamen Rider Black RX yang sedang bertarung dengan raksasa. Tak pernah terfikir pun nak pakai dot com sebelum ni. Tapi selepas disuruh oleh beliau, aku dengan sepenuh hati bersetuju untuk menukar kepada dot com. Dengan ini, dengan sukacita dan bangganya, diumumkan beliau adalah penaja rasmi kepada blog aku.
Jadi, dengan penaik tarafan ini, aku harap aku akan terus sukses di dalam dunia blog ini. Dan semoga semangat aku akan terus bertambah dari hari ke hari. Terima kasih kepada semua kawan-kawan blog dan kawan-kawan di luar sana yang sentiasa menyokong dan sudi menjenguk blog picisan aku ini. Korang semualah sumber kekuatan dan semangat aku untuk terus menaip dan menghiburkan insan-insan sejagat di Malaysia ini.
www.bonikacak.com ./ senang ingat nanti ..... Taww !!! =)